Aku merupakan anak bongsu dari empat beradik. Mama dan abah jenis yang sangat supportive. Diaorang sokong je apa apa yang anak anak diaorang nak buat.
Tapi abah aku terlampau manjakan anak lelakinya. Sekarang semua dah besar panjang. Anak lelaki dah berumur 28 tahun tapi masih minta duit dari ibu bapa. Kereta cuma ada satu. Itupun untuk kegunaan keluarga.
Tapi yang si anak lelaki gunakan untuk angkut kawan kawannya pergi melepak sampaikan ahli keluarga yang lain nak guna untuk pergi bekerja pun tak boleh.
Sampaikan aku sendiri perlu pergi dan balik kerja guna grab. Ayah dan mak aku nak keluar pun susah. Pernah sekali, ayah aku lapar, stock makanan di rumah kehabisan. Kereta tiada digunanya.
Ayah aku sampai sanggup kayuh basikal pukul 11 malam untuk keluar beli makanan dalam keadaan kelaparan. Dah berbuih mulut mak dan ayah aku nasihatkannya. Dimarah, ditengkingnya mak dan ayah aku. Bila aku cuba masuk campur, keadaan cuma makin parah kerana dia akan mengamuk.
Ayah aku ada masalah jaantung tersumbat. Ayah admit ward, dia langsung tak jenguk. Malah masih minta wang dari mak aku, padahal wang kena guna untuk tujuan perubatan ayah aku.
Sampailah ayah aku discharge dari h0spital, Dr sarankan untuk pergi buat echo di swasta, tapi ayah aku taknak sebab dia tahu duit tak ada. Jadi abah sanggup tunggu appointment hospital kerajaan walaupun lambat.
Satu hari, aku tiada di rumah kerana bekerja, kakak aku keluar untuk delivery bunga. Ayah aku di rumah bergaduh dengan anak lelakinya kerana dia minta nak guna kereta. Bergaduh sampai tahap abah dah tak tahan.
Mak aku tengah solat. Ayah aku pergi ambil pisau dan kejar anak lelaki dia. Dia marah sangat sampai dia baling pisau tu tapi tak mengena. Anak lelaki dia pergi macam tu ja. Abah masuk rumah, dia cakap pada mama, dia nak tunggu anak lelaki dia balik, dia nak tengok siapa mati dulu.
Mama terkejut sangat. Mama suruh abah bertenang, bawa dia pergi tengok kebun di belakang rumah. Abah nampak penat, dia bangun pergi duduk di kerusi depan rumah.
Mama pergi buat makanan, tetiba abah jatuh dari kerusi. Pengsan, tiada nafas. Nasib ada jiran datang buat cpr. Aku dapat panggilan dari kakak, aku tunggu di hospital. Masa abah tiba, abah masih tak sedar. Dr cuba selamatkan abah. Cpr, electric shock, inotrope semua mereka dah bagi.
Abah cuma boleh bertahan selama dua hari. Tanpa sedar. Tapi air mata abah mengalir. Ramai ahli keluarga, kawan kawan abah datang.
Aku tahu abah orang yang sangat baik dengan semua orang. Semua orang terkejut. Ada yang kata baru jumpa abah kemarin, dia tersenyum, gelak tawa. Tapi nyawa abah tak panjang.
Aku terkejut dengan permergian abah, sehari sebelum birthday aku. Rupanya abah dah siap tempahkan kek birthday aku. Dia dah siap cakap dengan mak aku, nak suruh aku beli kereta. Abah cakap dengan kakak aku, nak bawa aku pergi makan makan bila aku cuti. Tapi semuanya tak kesampaian.
Abah, adik minta maaf adik tak sempat bagi gaji pertama adik kat abah. Adik tak banyak luangkan masa dengan abah sejak adik bekerja. Tiap kali balik rumah adik tak bercakap, tak tegur, tak tanya abah dah makan ke belum, abah sihat ke tak. Adik minta maaf.
Anak lelaki dia balik. Tak tahu betul-betul menyesal atau tak. Sekarang dah lebih 40 hari pemergian abah, anak lelaki masih meminta duit dari mama. Sampai mama menangis tak tahan kerana bila mama tak bagi duit, dia mengamuk, tengking mama lagi. Sehari dekat seribu habis.
Mama kata duit tu mama nak simpan buat upah haji untuk arwah abah. Betapa aku terkilan bila mama menangis kerana rasa dia tak mampu nak simpan duit untuk upah haji arwah abah.
Ya Allah, sampai bila nak macam ni. Aku kesiankan abah kerana pergi dengan keadaan macam tu. Padahal sebelum tu wajah abah masih ceria walaupun dia menahan kesakitan.
Aku kesiankan mama kerana terpaksa tanggung semua ni selepas abah dah tak da. Aku tak tahu sampai bila aku boleh bertahan. Aku nak bawa mama keluar dari rumah ni. Jauh dari anak lelaki dia.
Tapi mama tak mahu tinggalkan rumah ni. Ni rumah kenangan dengan abah. Ya Allah kau tolonglah aku ya Allah.
– Anonymous (Bukan nama sebenar)