Kawan-kawan lain ada laptop, aku langsung tak ada, buat kerja bergantung pada handphone semata-mata

Hai. Nak tanyalaa, korang yang baca ni agak-agak bila arh?

Aku cuma nak cerita masalah aku sekarang ni. Actually, sekarang aku ada kelas dan ada tugasan kena jawab, lepas tu siap ada due date lagi. Tapi tugasan aku ni kena guna laptop.

Aku takde laptop waima computer sekalipun. Bergantung dengan phone je.. so aku skip kelas sekarang ni

Cer korang bayangkan eh, sekarang ni musim COVID-19, so kita tak bolehlah kan nak belajar dalam kelas, jumpa lecturer, dengar dia mengajar depan mata. Aku pulak budak degree, yang 1st time nak masuk U.

Bulan 10 hari tu, tiber kerajaan kata suruh semua pelajar balik rumah sebab pkp nak dijalankan balik sebab covid naik.

Aku beranggapan semua akan baiklah, mungkin aku boleh belajar walaupun kat rumah. Walaupun aku benci duk rumah. So belajar secara onlinelaa aku ni..

Kawasan rumah aku tu memang line internet dia slow macam sloth weyh aku dah bagitau telco kata line slow tapi….

Setiap kali kelas, kau bayangkan eh aku duk main keluar masuk keluar masuk keluar lagi, lepas tu masuk balik.

Sepanjang tempoh aku belajar ni, satu ilmu pun tak masuk dalam otak aku sebab masalah online camtu. Tup tup ada assignment lak kena buat, dalam otak takde ilmu, korang rasa apa perasaan aku sekarang ni.

Kau tau tak aku pernah berdiri kat tepi jalan macam orang gila sebab nak dapatkan line 3 bar 3G.. semata-mata nak bukak google meet sebab takut kena marah, attendance takde, lepas tu tak boleh ambik ujian.

Bagitau dekat lecturer yang line internet slow, end up bluetick, tak pun kata tak masuk kelas.

Lagi stres bila lecturer tanya soalan lepas tu budak- budak kelas kau boleh jawab. Apa perasaan kau? Sedih weyh bila kau sorang je yang tak berilmu kat situ.

Aku cuba cari jalan penyelesaian dengan pergi ke library, tapi musim covid ni, nak pergi library pun susah sebab polis tak bagi.

Lepas tu aku kesian dekat mak aku nak guna motor.. Nak pergi kat rumah kawan, mak pulak tak faham, kata kita nak pergi jalan.

Kadang aku pening, mak ayah ni nak kita belajar tak? Kenapa diorang tak boleh faham even though aku dah banyak kali cakap line kat rumah slow, tak boleh bukak pun google meet, webex bagai.

Dalam kelas, aku sorang je la yang guna phone untuk google meet jadi aku rasa pelik, Orang lain semua pakai wifi ke kat rumah or semua line laju eh?

Lecturer sampai bosan tengok aku mesej diaorang kata line lembab. Semua mesej aku, diaorang bluetickkan aje. Apa salah aku. Aku nak belajar tapi, ak dah tak tahan dengan semua ni.

Aku tak tahan dah tak berilmu macam ni. Aku tak tahan dah tengok orang lain boleh buat semua tugasan tapi aku sorang je yang tak boleh.

Aku nak jugak berjaya, aku nak jugak belajar macam orang lain, tapi masalahnya aku takde laptop dengan line connection yang bagus je nak hantas mesej pun payah. Penat je bayar mahal bulan-bulan.

Aku dah fed up dengan semua ni. Aku give up. Lantaklaa nak jadi apa dekat aku. Aku nak berhenti belajar.

Korang tak pernah tahu perasaan belajar online. Kalau aku dah pernah duk kat U, tahu perasaan belajar dia, aku rasa aku tak selemah ini.

Haih, maafkanla aku wahai keluarga, ak dah tak larat. Aku penat.

Jadi, untuk para pelajar diluar sana, korang patut bersyukur dengan diri kau sebab line laju. Korang patut bersyukur sebab kau ada kelengkapan untuk belajar.

Kau takkan faham perasaan sakit macam aku. Jadi jangan menyerah macam aku. Guna peluang dengan baik

– Sleepnicotine (Bukan nama sebenar)