Suami saya ni bukan lah lelaki yang alim sangat tetapi tiap lepas subuh dia mesti mengaji, kadang bangun solat malam

As-salam dan selamat sejahtera buat semua pembaca.. Saya terpanggil untuk berkongsi rasa dengan semua pembaca sebagai luahan perasaan yang sudah lama terpendam.

Saya seorang surirumah sepenuh masa.. Sudah berhenti bekerja beberapa tahun kerana masalah kesihatan. 15 tahun berumah tangga tanpa zuriat.

Saya pernah menjalani rawatan ICSI pada tahun ke 6 perkhawinan tapi saya gugur pada minggu ke 12 kerana saya kerap mengemas rumah turun naik tangga.

Saya menyesal hingga sekarang kerana tidak menjaga elok-elok bayi dalam kandungan. Kami tidak di beri kauseling yang mana menjalani rawatan kesuburan macam-macam yang tidak boleh di lakukan pada awal mengandung.

Kemudian saya dan suami berpindah rumah menjalani kehidupan baru. Menjalani kehidupan seperti biasa. Lama kelamaan saya rasa kosong. Saya rasa sangat sunyi dan muncul lah suara-suara yang selalu bersuara dalam kepala saya.

Suami berkerja dalam bidang profesional dia sangat -sangat komited dengan kerjanya. Selalu balik lewat sebab kejar deadline. Dia sangat baik dengan saya sepanjang 15 tahun bersama hanya 3 kali kami bergaduh setakat merajuk tu biasalah.

Selalunya saya yang merajuk dia tak pernah merajuk dan saya akan pujuk diri sendiri. Seandainya saya marah saya akan masuk bilik kunci diri dah tidak makan berhari-hari kemudian bila saya sudah tenang saya akan jadi macam biasa.

Suami tidak akan pujuk sebab dia bukan lah lelaki yang romantik. Dia juga tidak pernah meninggikan suara. Rajin menolong melakukan kerja rumah jika dia lapang.

Dia bukan lah lelaki alim tetapi setiap hari selepas subuh dia akan mengaji dan kadang-kadang bangun solat malam.

Suami selalunya selepas balik dari kerja dia akan sambung kerja-kerjanya selepas makan malam selalunya saya akan menonton tv seorang dan tidur dulu,

Atau jika dia tidak menyambung kerja-kerja pejabat dia akan duduk menonton tv bersama saya tetapi matanya lebih kepada hp atau tertidur di sofa.

Apa pun yang saya bualkan seperti bercakap dengan dinding. Ya saya faham suami di pejabat sibuk tiada masa untuk tengok hp. Tapi bila saya tengok hp dia pula ajak berbual.

Rancangan yang dia akan tumpukan perhatian penuh adalah bola. Tetapi bila saya ajak berborak memang seperti bercakap dengan dinding…

Lagi pun saya tak tahu sangat tentang bola dan tidak berminat… tapi saya selalunya akan teman suami menonton bola saya korbankan perasaan tak minat tu demi suami.

Pernah juga 4-5 kali saya intai suami di bilik bacaan pada lewat malam betul ke dia buat kerja office.. betul dia memang buat kerja-kerja office.

Hp nya juga saya periksa juga tiada apa yang mencurigakan. Saya rasa sangat sunyi duduk di rumah tiada kawan berbual.

Jika tiada kerja pejabat suami suka tengok Hp tengok saham.. tengok fb.. Saya pernah bersuara kenapa dia asyik tengok hp? Dia cuma senyum-senyum dan berbual dengan saya tapi selalunya dia akan berubah sehari saja.

Sudah 15 tahun saya hadapi ini.. Nak merajuk pun dah muak. Saya juga tidak mempunyai kawan yang ramai hanya ada 6 orang sahabat baik. Itu saja tetapi saya selalu mengelak berborak dalam group whatsapp kerana mereka selalu berborak tentang anak. Pelajaran anak.

Apa yang mahu saya borakkan? Kemudian suara dalam kepala saya selalu mengejek mengatakan saya tidak layak berkawan dengan mereka kerana saya looser. Saya betul-betul benci suara tu.

Apabila malam saya akan bermimpi yang sahabat saya memulaukan saya. Mengata saya di belakang dan sebenarnya selama ini mereka tidak pernah menyukai saya.. Berkawan dengan saya pun bersebab. Berulang -ulang mimpi yang sama saja.

Selalunya bila suara itu mula bersuara merendah-rendahkan saya, saya akan hilang mood.. Saya akan menanggis sendirian. Mula mengemas rumah..

Ye.. Hobi saya kemas rumah.. Duduk dalam bilik gelap.. Bahu terasa sakit seperti memikul batu.. Perut memulas dan susah bernafas.. Tidak makan dan kemudian tidur.

Ya saya suka tidur.. Saya rasa dengan tidur saya bebas dari suara tu. Saya cepat letih dan tiada selera makan.. Berat badan saya tak pernah mencapai tahap ideal sentiasa under weight.

Saya tidak menceritakan masaalah saya kepada suami kerana dulu saya pernah cakap pada suami saya selalu rasa pening dan susah bernafas… saya tak sakit tetapi suami cakap sebab saya tak mengaji. Cuba mengaji lebih.. Ohhhh masa tu saya rasa macam dihina …

Apakah semua kesakitan tu datang sebab tidak beribadat? Saya sangat kecik hati. Akhirnya selepas itu jika saya sakit apa-apa saya cuma simpan dan tidak memberitahu suami.

Pada saya biarlah saya sakit.. Nanti saya akan cepat mati.. Dan kesunyian saya akan hilang. Andai malam jika saya sesak nafas saya akan berdiam diri berharap semoga saya mati tetapi umur saya masih panjang hingga sekarang.

Mungkin Allah mahu saya menambah lebih lagi amal ibadah sebelum mencabut nyawa saya.

Saya cuba menghilangkan kesuyian dengan melakukan aktiviti yang saya suka.. Melukis.. Membaca buku mewarna tapi suara tu suka mengejek mengatakan orang bodoh je yang buat benda-benda ni semua..

Kawan-kawan sebuk berbisnes.. Bekerja,.. Ambil anak kat sekolah… kau cuma duduk membuat benda tak berfaedah. Suara tu suka saya duduk termenung saja. Bila termenung di dalam bilik gelap. Dia hilang..

Itu membuatkan saya rasa sangat-sangat sunyi. Saya tidak boleh memandu kerana pernah terlibat dalam kemalangan semenjak itu jika saya pasang niat untuk memandu pasti saya akan bermimpi saya kemalangan jalan raya lagi..

Jadi keluar rumah untuk menghilangkan sunyi tidak boleh di guna pakai. Saya juga sebenarnya tidak suka keluar rumah walaupun untuk sidai kain.. Tidak tahu kenapa… seolah-olah saya terperangkap dalam rumah yang sunyi ini.

Mungkin orang akan cakap tengok lah hp boleh hilangkan sunyi.. Entah kenapa bila saya tengok hp lebih dari 30 minit saya akan rasa ingin muntah..

Kemudian bila tengok status kawan-kawan di fb buat suara tu perlekehkan saya.. Dia asyik membanding-bandingkan saya dengan kawan saya.

Kemudian saya unfollow semua kawan-kawan saya. Hitamnya hati saya.. Cemburu dengan kehidupan kawan-kawan. Saya terfikir bagus juga saya tiada kawan kurang lah dosa bergosip.

Selalunya bila suara dalam kepala saya galak mengatakan saya looser saya akan mengaji untuk menghilangkannya tetapi saya tidak pernah melakukan depan suami sebab tu dia cakap saya tidak mengaji.

Saya akan bangun awal untuk solat malam mencari ketenangan. Selalu melakukan solat hajat untuk menghindari suara-suara tu..

Jika saya melakukannya saya akan rasa tenang. Tetapi bila saya bercuti solat suara itu semakin galak bersuara. Ketawakan saya. Memperlekehkan saya..

Semasa PKP awal tahun dulu saya adalah orang yang paling gembira kerana suami ada bersama saya 24 jam.

Walaupun dia berkerja dari rumah.. Asyik berkepit dengan laptopnya saya gembira.. Kemudian selangor membuat lock down semula saya lah orang yang paling bersyukur sekali..

Tak apalah jika suami 24 jam dengan kerjanya sekurang-kurangnya saya ada teman di rumah.. Tak apalah saya selalu tidur dulu setiap malam.. Tanpa ada pillow talk sekurang-kurangnya saya masih ada suami..

Tak apalah jika dia tak berborak dengan saya kerana tengok hp saja sekurang-kurangnya saya masih ada sosok tubuh yang nak di lihat hari-hari… Saya ada kucing-kucing untuk diajak berborak walaupun kucing-kucing saya macam bosan bila saya ajak berborak.

Sejujurnya saya sudah lama tidak ketawa besar.. Bergembira bersuka ria.. Semuanya seperti membungkus saya… Kesunyian.. Kesuraman.. Kegelapan….

Kini.. Saya hanya pasrah dan berdoa semoga saya cepat-cepat pergi dari dunia ini.. Agar kesunyian ini terhapus…

”Aku ingin menjadi awan yang memberat menjadi mendung kemudian bertukar menjadi hujan dan menghilang perlahan-lahan dari pandangan mata…”

Doakan saya kuat menghadapai hari-hari mendatang… dan saya mati dalam keadaan beriman..

– Kelkatu (Bukan nama sebenar)