Suami selalu tegur aurat ku. Selepas kahwin aku tekejut melihat ibunye keluar berbaju tanpa seluar

Terima kasih admin approve, aku Maisarah. Nak minta pendapat dari kaca mata orang luar yang juga seorang anak atau ibu.

Ringkas sahaja ceritaku kali ini. Aku dan suami tak sampai setahun berumahtangga. Suamu aku biasa-biasa sahaja bukan seperti Ustaz mahupun Dai’e.

Cukuplah aku melihat dia menunaikan kewajipan seperti agama perintahkan. Orangnya pemalu sedikit, sangat sayangkan ibunya. Segala kehendak ibunya, pasti dituruti. Bahkan kalau di luar, sama sekali tidak membiarkan ibunya seorang diri membuat kerja rumah.

Bak kata orang pilihlah suami dengan melihat cara layanan nya pada ibunya.

Aku menerima suamiku kerana keperibadianya, tapi benar orang kata bila kita berkahwin, kita bukan berkahwin dengan suami sahaja, tapi dengan keluarganya. Sebab tu tajukku mudah antara tegas dan taat.

Ringkas tentang ibu mertuaku, orangnya baik cukuplah bagiku. Melayan aku seperti anak sendiri.

Dalam baik orangnya, penampilan nya kadang mengganggu pemikiran ku. Sudah awal 50an tapi masih seperti anak muda. Skirt pendek itu biasa, bahkan lurah kadang sengaja ditayang.

Kalau sudah tahu ia mengganggu aku, kenapa aku terus menikah dengan suamiku?

Ya, pada awalnya aku menganggap biasa kerana penampilannya sebelum itu tidaklah seperti aku katakan tadi biar tidak bertudung. Masakan tidak bertudung, aku menolak mentah2 suamiku? Padahal dia baik2, melamar aku juga dengan cara baik.

Selepas bernikah, aku duduk serumah bersama ibu mertuaku memandangkan suamiku risau akan keadaan ibu mertuaku yang keseorangan.

Ibu mertuaku rajin berjumpa rakan-rakan nya, keluar berjalan-jalan. Sejak itu baru aku tahu, penampilan biasa ibu mertuaku saat keluar berjumpa rakan-rakannya. Saat itu aku seperti culture shock untuk menerimanya keluar sebegitu rupa.

Extension rambut sudah biasa lekat dirambut yang diperangkannya. Bagaimana aku tidak culture shock, keluarga aku mungkin tidak sealim keluarga sunnah, tapi masih tahu batas dan budaya kita. Paling kurang walau tidak bertudung, pakaian itu biarlah sopan.

Banyak kali aku menanyakan pada suamiku, kenapa ibumu sebegitu. Apakah tidak punya pakaian yang lain? Apakah tidak malu?

Aku sebenarnya yang malu, lagi2 kadang keluar bersama orang lelaki, ntah bujang atau suami orang. Aku yang malu. Jawapan suamiku katanya sudah banyak kali tegur ibunya.

Pernah suatu hari ibunya keluar, pakaiannya seperti biasa hanya blouse labuh tanpa berseluar. Ketika itu ada suamiku, lantas aku bertanya terus pada ibu mertuaku. “ibu nak ke mana? Kenapa tak pakai seluar?”.

Jawapan ibu mertuaku mudah ” takda” dengan nada sengih2. Suamiku ketika itu hanya memandang aku sepi.

Saat kejadian yang lain ketika di sebuah restoran. Ketika itu ibu mertuaku menghadiri parti hari jadi kawannya. Aku dan suami yang menghantarnya. Pakaiannya seperti kebiasaan bahkan kelihatan tidak sopan di dada.

Lantas aku terus tegur, “ibu tutupla sikit, malulah nampak orang”. Jawapannya buat aku terkedu. “ehh takpala, saja ja tunjuk ni”.

Disebabkan hal seperti ini aku dan suami dingin. Bagi suami, aku kurang ajar dengan ibunya. Padahal aku menegur bukan dikhalayak. Setiap kali ibunya keluar dengan pakaian tidak sopan, pasti aku mempersoalkan nya.

“Abang tak tegur ke?”

“Abang tak kisah ke?”

“Abang macam tak tegur ibu je?”

Sehingga satu masa suamiku kata, “ya, nanti biarlah abang derhaka tegur ibu, itu yang awak mahu?”

Segala yang sudah dikatanya, “awak bersyukur lah ibu baik dengan awak, ada orang ibu mertua berpakaian elok diluar, tapi mulut jahat selalu buli menantu”

Aku masih ingat kata2 suamiku, biar singkat tapi pedih. Saat ini aku tahu aku hilang waras untuk berfikir bukan2.

Aku mempersoalkan, kenapa perlu dia selalu mengkritik pakaian aku walau terselak lengan sahaja.

Kenapa perlu dia memerli aku walau kadang tidak memakai stokin. Kenapa perlu aku taat pada sebuah ketegasan yang diaju pada aku sahaja. Lantas bisikan syaitan buat aku jadi ego.

“Jangan kau tegur aku lepas ni, sedangkan ibumu engkau takut untuk bertegas”. Sungguh aku benar tidak melihat ketegasan dia pada ibunya tentang pakaiannya.

Tapi aku masih punya kesabaran untuk memendam dan bersabar. Kerna aku tahu aku perlu benar-benar taat pada seorang suami.

Tapi sampai bila akal waras ku bernyawa. Aku risau akan suatu ketika, meletus segala pendam dan rasa akibat satu punca. Suami tidak tegas pada ibu mertuaku.

Sungguh aku benar mengharap pada pendapat, kata semangat dan doa diberi kekuatan. Juga mengharap pada Taufiq dan hidayah untuk terus istiqamah melaksanakan perintah Tuhan.

Sesungguhnya aku sayang suamiku dan ibuku sebab itu aku tegur.

– Maisarah (Bukan nama sebenar)