Suamiku dulu pendiam. Sejak business sendiri suamiku seperti meroyan

Maaf kalau page confession ni dah macam page KRT. Sebabnya, saya pun nak meluah rasa pasal isu rumahtangga juga.

Suami saya mempunyai syarikat grafik designer sendiri yang diusahakannya sejak 10 tahun lalu. Sebelumnya dia kerja jadi tenaga pengajar di IPTS.

Dia jenis tak suka ulang alik jauh-jauh ke tempat kerja. Akhirnya dia berhenti dan buka syarikat yang berofiskan di rumah saja. Memang sangat sesuailah dengan jiwanya yang introvert tu.

Alhamdulillah rezeki berjalan baik. Tak mewah, tapi sentiasa ada.

Sejak kerja persendirian ni, jadual hidupnya pun berubah drastik. Jam 2-3 pagi baru tidur. Kadang membawa ke jam 4. Kadang, lepas subuh baru tidur.

Lama kelamaan, saya mulai perasan yang ada sesuatu berubah dalam dirinya. Dari seorang tak banyak cakap, dia jadi seorang pembual. Dia boleh berbahas tentang sesuatu isu setuntas-tuntasnya sampai ke akar umbi sampai ke kerak tanah.

Oleh sebab dia introvert, jadi dia tiada kawan. Maka kamilah kena layan perbahasan dan perdebatan dia. Kalau disanggah pendapatnya, boleh jadi perang besar.

Dia juga jadi perungut dan perengus. Bukan itu saja, dia juga jadi sangat sensitif, paranoid dan prejudis. Setiap isu dihadapi dengan penuh melodramatik.

Kadang tu, saya baru buka topik, dia dah ulas panjang lebar. Saya boleh ibaratkan, kalau saya baru baca Bismillah, dia dah baca satu juzuk. Begitulah metaforanya.

Untuk tak jadi gaduh, saya diam saja bila dia mulai berdebat. Data otak saya ni 32gig saja. Tak tercerna otak saya dengan kelas debat dia yang berkuasa 128gig tu. Too much information. Rasa macam too much ingredients in one bowl.

Apalagi bila waktu tu saya pun ada masalah sendiri kena setel.

BTW, saya kerja penulis skrip. So, korang tau tak macamana perdebatan dia boleh menghancurkan ilham-ilham yang sedang saya karang dalam otak sampai hancur berkeping-keping?

Pada tahap saya menulis confession ini, persepsi suami saya pada dunia sudah berada pada tahap toksid melampau. Tiada satu hal pun yang positif pada pandangannya.

Kalau dulu seronok di meja makan. Sekarang anak-anak yang sudah membesar, semuanya makan asing-asing sebab tak sanggup dengar bapa dorang berdebat pasal isu-isu dunia.

Anak-anak pun jadi malas mau bertanya apa-apa pada bapa dorang sebab akan dijawab dengan penuh semangat dan patriotik,

Sampai ke sejarah Nabi, penyata Razak, zaman Jepun… kekejaman Hitler pun boleh keluar. Padahal yang ditanya macamana nak tutup kamera laptop ja pun.

Semalam contohnya, dia mendebat isu online learning budak2 sekolah. Dia mempertikai tindakan KPM yang baginya sampai ke saat ini tidak mempunyai mekanisme yang standard yang boleh diguna pakai oleh semua guru.

Dia hairan kenapa guru-guru dibiar membuat modul tanpa garisan panduan standard dan kenapa pihak KPM belum menemui satu tindakan khusus bagi menangani masalah pembelajaran semasa pandemik?

Ya Allah sakit kepala saya. Anak saya cakap, kalau boleh didefinisikan bapanya dalam satu perkataan, maka perkataan paling sesuai ialah : DRAMATIK

Saya suruh dia pergi lepak dengan kawan-kawan dia. Pergi cari hobi jangan terpuruk di rumah dengan laptop saja.

Tapi dia ni kan introvert. Mana ada kawan. Kalau ada pun, semua sudah lari sebab tak tahan kena debat. Saya rasa dia sunyi sebab tiada kawan lelaki berborak.

Kadang saya kena perli oleh saudara mara saya. Dorang buat assumption yang suami saya tu tak puas seks sebab tu jadi gitu. Haha.

Saya anggap saja dorang melawak. Tak berani kasitau suami. Kelak didebatnya dorang 3 hari 3 malam tentang definisi kepuasan seks menurut kamus dewan. Hahaha.

Mak saya cakap, kalau orang perempuan macam tu, kena cakap bentan lepas bersalin. Lebih kurang macam meroyan. Tapi kalau suami yang tiba-tiba jadi begitu, tak taulah apa istilahnya.

Kawan saya ada bagitau yang kemungkinan suami saya mengalami kecederaan otak akibat terlalu lama depan laptop. Namely kesan radiasi yang menyebabkan brain damage.

Benda ni sering berlaku pada orang yang lama tertumpu pada gajet. Kesan akan makin teruk pada yang sudah meningkat usia.

Hal yang sama berlaku pada suami kawan saya yang tiba-tiba diserang meningitis hingga paralyze. Simptom-simptom suaminya sama macam suami saya sekarang.

Saya takut-takutkan suami saya pasal kes kawan saya tu. Lebih-lebih lagi dia ni ada migrain melampau. Samalah macam suami kawan saya tu. Menjadi juga taktik saya.

Alhamdulillah dia dah tidur awal lepas tu. Tapi penyakit bedebat dia tu tak juga setel-setel.

Bukan tak bersyukur ada suami. Orang cakap, bersyukurlah masih boleh diajak berbual, masih ada di sisi, masih boleh dengar suara dia dan bla bla bla.

Ini bukan kes tak bersyukur. Ibaratnya kalaulah, para suami ada isteri macam tu, ramai dah kot cari perempuan lain.

Kalau mak2 yang begitu, anak2 dah lari kot dari rumah sebab tak tahan kena leter. So perasaan tu begitu. Bukan pasal syukur semata-mata. Kami ni dah kawin 24 tahun. Pada usia-usia begini, jantung saya dah tak larat nak proses debat.

Saya kesian tengok suami saya bekerja keras depan laptop sepanjang hari. Walaupun kami sama bidang, tapi bezanya saya tak perlu nak puaskan hati pelanggan.

Saya jual skrip pada yang memerlukan untuk content youtube saja. Kau suka beli, tak suka jangan beli. Tiada komitment.

Tapi kalau dia, dia kerja berdasarkan tempahan dan standard KPI orang. Alangkah sedihnya kalau dia kena brain damage sebab nak sara kami.

Ya. Ketika hati saya sedang beriman, saya cakap, apalah salahnya dengar dia debat setelah apa dia perjuangkan untuk kami.

Tapi bila time hati meradang tu, saya bidas juga balik, siapa suruh tidur lewat malam sedangkan Allah sudah bagi garis panduan bila time kerja, bila time rehat. Haaa…gitewlah hati wanita. Sentiasa berbolak-balik.

Jadi begitulah. Kalau ada namanya meluah, maka terluahlah sudah segala isi hati saya. Terserah pada perception pembaca untuk komen apa. Maybe ada antara pembaca punya pengalaman yang sama, bolehlah kongsi2 cerita.

Wallahuaklam.

Thanks for reading.

– Jurin Rais (Bukan nama sebenar)