Suamiku yang berhati kering. 7 tahun berkahwin tapi suami masih belanja dari duit maknye

Assalamualaikum semua pembaca. Lama termenung. Tak tahu nak mula dari mana. Allahu… Saya tak suka dengan diri saya sekarang. Saya selalu menangis. Sedih. Saya rasa sangat tertekan dengan perkahwinan ni.

Sekarang saya dan suami selalu bergaduh. Kadang-kadang disebabkan hal kecil akan melarat jadi besar. Saya selalu makan hati dengan sikap suami.

Kadang-kadang sampai tahap murung sangat. Pernah juga terfikir nak bunuh diri. Tapi bila fikirkan anak-anak saya cuba jadi kuat. Oh ya, hasil dari perkahwinan hampir tujuh tahun ni, kami di kurniakan dua anak. 4 tahun dan setahun.

Pelbagai cara saya dah cuba untuk baiki keadaan tapi tetap sama. Saya tertekan. Nak bercerita pada keluarga takut membuka aib. Sudahnya saya terpaksa DIAM, HADAP dan TELAN.

1. Sikap.

Ini yang paling membunuh saya dalam senyap. Suami saya mempunyai sikap yang susah nak gambarkan. Korang pernah tak jumpa manusia yang seolah tak ada perasaan? Yang hidup untuk diri sendiri.

Kelebihan suami saya adalah hati dia kering. Tersangat kering sampaikan semua pekara tak pernah merisaukan dia. Banyak pekara saya terpaksa selesaikan sendiri.

Sekiranya ada masalah atau isu berbangkit, suami seolah lari dari masalah. dan sudahnya sayalah yang akan selesaikan. Saya seperti ketua keluarga.

Berjuta kali slow talk tapi dia masih tak berubah. Terlalu banyk isu yang saya boleh bangkitkan. tapi tak apalah.

Kekadang saya selalu pujuk diri untuk terima keadaan ini seadaanya. Tiap kali solat saya doa supaya dia berubah, lebih bertangungjawab dan ade penyelesaiannya untuk masalah kami.

Saya doa, doa dan doa. Saya pujuk diri sendiri. Tapi bila emosi mengatasi kewarasan akal, saya jadi penat. Letih sangat dengan situasi ini. Saya nak lari jauh dari semua ini.

2. Cinta

Sejujurnya rase cinta tu dah lama hilang. Jiwa saya kosong. Saya masih bertahan mungkin disebabkan anak-anak. Saya wanita biasa. Saya inginkan kemesraan dari seorang suami.

Allahu. Sedihnya… kenapa perlu berubah? Sesungguhnya sifat dan layanan suami saya sekarang jauh beza dari yang sebelum kawin.

Lepas kawin segala yang manis hilang terus. Memang tiada keserasian dan kemesraan. Suami jenis yang bercakap pun selalu sindir-sindir sahaja… Yang paling kecewa, dia tak pernah cuba untuk jaga hati saya. Sedihnyer, kenapa kami tak boleh bahagia? Adakah saya tak layak untuk bahagia?

Saya tak pernah minta harta benda dia. Saya cuma nak kasih sayang. Seseorang yang hargai saya. Share cerita dengan saya. Susah ke permintaan saya… banyak kali slow talk. Tapi tak jalan jugak. Sebab bagi suami, tiada apa yang perlu dirisaukan.

3. Rezeki

Lepas je kahwin, saya rase rezeki suami makin sempit. Syarikat suami bekerja ada masalah, suami diberhentikan kerja.

Then, dapat kerja lain. Tak lama dalam dua bulan je bekerja, diberhentikan lagi. Kemudian mencari kerja dapat la kerja selama setahun lebih, diberhentikan lagi.

Lama menganggur. Macam-maca. Usaha saya untuk bantu suami hantar resume (part ni sedih juga sebab saya sorang yang terhegeh2. Suami jenis tak minat dan tak bersungguh).

Saya ade ajar dia buat bisnes online tapi dia jenis acuh tak acuh. Sudahnya diam dan dia menjalani kehidupan macam biasa. Mungkin sebab dia selesa kerana saya bekerja. Pegawai kerajaan dengan gaji yang ok.

Banyak perbelanjaan keluarga saya yang tanggung…. Sejujurnya, soal duit saya tak pernah berkira. Saya selalu ingatkan diri saya untuk ikhlas, redha dengan situasi keluarga kami sekarang…

Tambahan pula, mama dia selalu bank in duit belanja setiap bulan. Dengan duit mamanya itu lah suami bayar bulanan kereta dia, belikan barang keperluan dapur, bayar bil dan rumah sewa.

Sejujurnya saya sangat malu dengan mak mertua. Rasa kesian mamanya bekorban duit pencen semata2 untuk bantu suami ni. Tetapi oleh sebab sikap suami sendiri yang ambik mudah semua pekara, dia tak kisah pengorbanan mamanya tu.

Malah saya rase sedih bila suami langsung tak malu menyusahkan mama dia… kering kan hatinya? Jadi saya terpaksalah DIAM, HADAP dan TELAN semua ni.

4. Bisnes

Lama juga suami tak kerja. Kebelakangan ini, suami ade start bisnes printing baju kecilan di rumah. Tapi bisnes dia tersangat la on off.

Kekadang berbulan tak ade job. Sebab suami sejenis yang tak bersungguh dan menunggu job datang. Selalunya saya lah yang akan tolong promote bisnes dia.

Kebanyakan customers dia pun dari kalangan kawan-kawan saya. Apatah lagi sekarang musim covid, tak ada orang nak tempah baju event ke apa… Saya boleh katakan bisnes printing dia tak boleh pergi jauh.

Saya ada nasihat dia untuk cari kerja tetap. Apa-apa kerja pun tak ape asalkan halal. Tapi dia berkeras tak nak… Dia tetap mahu tunggu interview dari kilang2 besar (dulu suami engineer).

Sedih sangat rasa. Saya cume nakkan lelaki yang ada rasa tanggungjawab membela nasib keluarga dengan titik peluhnya sendiri. Biar gaji kecik, tapi duit dia sendiri. Bukan duit mamanya… sedih… egonya melangit tinggi.

6. Ego

Pernah saya minta cerai, tapi suami berkeras tak nak lepaskan saya. Saya tahu dia memang tak akan bercerai. Sebab suami saya seorang yang sangat ego. Dia bimbang pandangan masyarakat jika bercerai.

Tambahan pula keluarga dia sangat memandang tinggi pada nya. Setiap kali balik kampung, ahli keluarganya sentiasa memujinya berapa dia pandai dan hebat, allahu…

Kalau lah mereka tahu macam mana keadaan/ perangai suami saya yang sebenarnya…. Hmm.

Saya tahu dia pun dah tak ade perasaan pada saya tapi dia masih teruskan perkahwinan ini. Hubungan kami seolah housemate sahaja. Tiada kata2 manis/ manja. Tak wujud lama dah antara kami.

7. Porno

Ok. Ini sedih.. Saya tak tahu sejak bila suami minat pekara mcm ni. Kantoi bila saya pinjam telefon dia nak guna google tetiba keluar yang pelik2. Bila cek ‘myactivity’ terkejut rupanya suami selalu layari web2 porno. Jiwa saya sentap sangat.

Pernah saya cek, dia layan porno direct dari pukul 8 pagi sampai tengahari. Allahu… Sedih…. Saya keluar kerja seawal 7 pagi balik lewat petang. Dan saya lah yang hantar dan ambik anak di taska. Penat lelah saya keluar mencari rezeki tapi dia bersenang lenang dirumah tengok porno.

Pernah saya bertanya, slow talk dengan dia pekara ini. Tapi respon dia sangat mengecewakan. Sebab suami saya jenis pendiam. Kurang respon dengan setiap yang kita bagitahu.

Pekara ini buat saya jadi lebih paranoid dan selalu cek telefon dia. And yes… memang dia masih tengok porno. Even masa pkp ni pun ade dia tengok. Saya tak tahu kenapa mungkin satu kepuasan batin dia bila tengok kot.

8. Batin.

Ok. Bab ni agak berat. Untuk makluman, suami saya bermasalah dalam menunaikan nafkah batin. Perkara ini terjadi dari awal perkahwinan sampailah sekang dah nak masuk 7 tahun.

Saya pernah slow talk. Minta suami pergi berubat. Tapi sikap suami macam biasalah. Dia tak anggap pekara ini perlu diberi perhatian. Jadi saya rasa ini juga menjadi penyebab dia suka tengok porno.

Pernah smpai berbulan2 suami tidak mnyentuh saya. Even sekarang pun dah 3 bulan lebih tak bersama. Even anak kedua ni kami berdua terkejut ‘menjadi’ (memang plan untuk anak kedua).

9. Penyakit

Untuk makluman, suami saya mempunyai penyakit kulit kronik. Penyakit ini merupakan penyakit keturunan (saya memang dah tahu sebelum kahwin).

Saya terima dia kerana Allah. Itu niat saya berkahwin dan niat itu masih sama… Suami pernah masuk wad kerana penyakitnya dan sayalah yang menjaga dia.

10. Bertahan

Saya tak tahu smpai bila saya mampu bertahan. Kami jelas dah tak sefahaman. Malah rasa cinta mungkin sudah terkubur. Setiap hari saya doa pada allah supaya titipkan kebahagian dalam rumahtangga kami…

Saya munasabah diri saya. Mungkin Allah uji saya melalui suami saya. Doakan saya ya kawan2. Saya seperti manusia biasa inginkan kebahagian. Macam-macam usaha saya buat tapi gagal… Sampai la sekarang saya dah putus asa… Bertahan pun demi anak.

Penat juga setiap hati gaduh… Tertekan macam nak b***h diri rasa… Saya nak bercerai tapi suami memang tak akan ceraikan saya.

Mohon kata-kata semangat atau komen dari pembaca semua. Atau perlukah saya DIAM, HADAP dan TELAN sahaja semua ini?

– LARA (Bukan nama sebenar)