Aku kemal4ngan dan koma sebab nak elak dari l4nggar Nani. Entah macam mana boleh ada nota bertulis ‘Nani rindu Sara’

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Wah. Baca komen pembaca sebab aku tak habiskan cerita pasal Nani lagi seram keadaannya dari keadaan mengadap kejadian insan bernama Nani.

Takut aku. Hahaha. Minta maaf semua. Aku rasa panjang mungkin sebab aku rasa tempoh masa nak kumpul dan ingat balik semua kejadian dari 2 tahun lepas ambil masa sikit.

Banyak sangat yang berlaku jadi, aku perlukan masa untuk pastikan aku betul-betul okay, mental dan fizikal aku.

Minta maaf banyak-banyak semua. Okay lah. Aku compile sekali semua, start dari yang tak habis kelmarin.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Perlu mula dari mana, macam kurang pasti pulak. Tak sangka betul admin up balik cerita tu. Lama sungguh, dari 2017 cerita tu. Dan kejadian Nani yang paling awal, tahun 2016.

Dan, setelah sekian lama, aku Sara Liyana, confessor pada story di atas. Hi Semua! Sebenarnya tak terfikir nak share the rest of the story dan SUNGGUH tak sangka aku masih boleh hidup sampai sekarang, dari 2016 sampai 2018, dari umur 24 tahun sampai 26 tahun, lepastu tengok pulak admin up balik cerita lama, mengundang memori berdarah betul :’( Jadi, ini adalah pengakhiran cerita dekat atas, lepas hampir 2 tahun peram cerita ni.

Lepas Pakcik Said tolong pulihkan keadaan aku dan rumah, dan mak datang KL teman anak dia yang ‘sakit’ ni, aku cari balik Nani.

Pergi rumah lama, dia dah tiada. Cari facebook account dia, tiada juga. Memang runsing betul masa tu cari jalan mana nak jumpa dia.

Sebab memang tak banyak info pasal Nani. Cuba cari dengan buat public post di Facebook, masih tak jumpa.

Tanya jiran-jiran lama, mereka semua cakap dah lama tak Nampak Nani sejak aku keluar dari rumah tu. Aduh, makin pelik ni. Macam makin susah dah perjalanan nak jejak Nani. Serabut betul masa tu.

4 bulan lepas Pakcik Said datang rumah (oh ya, aku masih duduk rumah yang sama sampai sekarang), dan masa ni mak balik kampung dah sebab aku yakin aku dah betul-betul sihat… sampailah aku sampai rumah betul-betul waktu senja.

Satu tabiat aku dari dulu sampai sekarang, aku akan guna tangga untuk turun naik rumah, tingkat 11 sebab nak keep fit.

Tapi lain betul rasa haritu. Tangga tingkat 7, aku jumpa Nani wehh semuaaaaa! Memang dasyat betul keadaan kaget aku masatu.

Nani berdiri dekat pintu kecemasan yang selalu jadi exit door dekat tangga tu. Cara dia pandang aku, cara dia senyum, sampai sekarang aku masih ingat.

Macam dia dah tahu aku akan naik tangga, jam 720pm. Nani sengih dan…

“Hi Sara. Jom pergi rumah aku?”

“Kau tinggal sini ke Nani?” aku tanya.

“Ya. Tu rumah aku” – sambil tunjuk ke arah lorong rumah. Gelap.

Pelik betul. Apesal floor 7 sepanjang floor gelap gelita. Takkan semua lampu rosak kot!

“Sara! Jom pergi rumah aku?”

“Taknak. Aku nak balik” jawab aku.

Dan….. Nani menjerit sekuat hati dia sampai aku rasa nak terkencing sebab takut sangat. Masa tu aku rasa macam dia nak b***h aku. Serius trauma sangat masa tu. Aku terus lari naik tangga sampai rumah, tak toleh belakang dah.

BAMMM!

Pintu rumah kena tendang. Kalau ingat balik, aku tak rasa perempuan ada kekuatan untuk hasilkan tendangan kuat macam tu. Tapi sekali je tendang, lepas tu dia senyap.

Aku terus solat, mengaji dan teruskan sampai Isyak lepas tu aku tido. Penat lain macam.

Bangun pagi, memang rasa takut. Lepas Subuh, sungguh-sungguh aku nangis. Aku fikir apa jadi kalau aku keluar rumah harini, macam mana aku nak survive another days dekat sini sebab aku rasa Nani macam follow aku salama ni, dan mungkin sampai bila-bila..

Jadi aku decide untuk guna lif pulak. Lepas kejadian jumpa Nani dekat tangga floor 7 tu, 4-5 minggu jugak aku tak jumpa dia jadi konklusi yang aku dapat adalah, Nani cuma follow aku selama ni, dia taklah sampai nak pindah rumah tingkat 7 tu kan?

Sara, kau silapppppp besar!

Hari Sabtu beberapa minggu lepas tu, seawal pukul 2.30pagi camtu, aku dengar ada bunyi dekat luar bilik. Macam bunyi plastik. Cuak betul masatu.

Aku decide untuk bukak pintu, manalah tahu ada orang jahat masuk rumah ke kan.. tapi kosong. Aku keluar bilik beberapa langkah untuk ke ruang tengah. Dan..

“Sara. Jom pergi rumah aku?”

Astagfirullah. Nani dalam rumah?

“Sara. Jom pergi rumah aku? Kau kan dah lama cari aku?”

“Nani. Aku tak tahu engkau ni apa. Aku nak kau keluar dari rumah aku. Apa kau nak ni?” aku tanya.

“Kenapa kau tinggalkan aku dulu? Kenapa kau keluar tinggalkan rumah kita dulu? Kenapa kau tak bawa aku sekali pindah sini? Kenapa kau—“

Lepas tu terus aku tak ingat apa jadi. Gelap. Aku sedar lepas terdengar bunyi azan. Alhamdulillah. Hidup lagi aku. Nani mana? Dan kalau betul yang tadi tu Nani, macam mana dia masuk rumah ni?

Tolonglah jangan jadi lagi kejadian lama. Aku tak sanggup dah. Terus bangun, siap pergi kerja. Hari yang sama, balik kerja, entah macam mana, aku dapat call dari number yang aku tak kenal minta aku pergi Melaka sebab Azri (masatu boifren aku) accident.

Aik, bila masa pulak Azri pergi Melaka. Tak beritahu pulak tu. Cuba call Azri, tak dapat. Lepas cakap dengan mak, ayah, aku terus pecut ke Melaka, tak fikir apa dah.

Di area Simpang Ampat, aku nampak Nani berdiri tengah-tengah jalan. Allahu. Nani, apa kau buat tengah jalan tu?! Oleh sebab aku cuba mengelak Nani, aku yang terbabas.

Lepas kejadian aku ternampak Nani tengah jalan di area Simpang Ampat dan kereta aku terbabas, aku koma lebih kurang dalam 2-3 hari.

Rumah aku kosong, takde siapa yang masuk untuk cek keadaan rumah semasa aku koma. Hari ke 36 aku tinggalkan rumah (masa ni aku dah sedar), mak datang rumah dengan Azri. Dan, cerita dibawah adalah diolah berdasarkan pencerita (mak, Azri, Ayah, nurse), kepada aku.

Mak & Azri
“Masa mak nak pergi rumah kamu, mak ada terjumpa jiran selang 3 rumah. Dia tanya kamu mana sebab dah 3 HARI dia tak nampak kamu”

“Mak cakap dengan dia ke Sara dekat sini?” aku tanya.

“Haah. Mak cakap kamu kemalangan. Dan dekat sebulan dah ni” Mak jawab.

“Tapi lepas mak cakap dah sebulan kamu dekat sini, auntie Elly terus cepat cepat pergi” sambung mak.

“Rumah ok tak mak?”

Mak nampak resah nak jawab. Azri pon sama. Terus dia nak ajak mak keluar. Mana boleh jadi, ada apa-apa ke mak dan Azri sorokkan dari aku.

“Azri. Mak. Rumah ok tak?” aku ulang soalan. Dan mak duduk semula, terus mak pegang tangan aku sambil tanya;

“Kenapa kamu tak cakap dengan mak Nani datang cari kamu lagi? Kamu tahu apa jadi dekat rumah kamu masa kami ke sana?”

“YaAllah rumah kamu kotor sangat Sara. Bersawang, macam dah bertahun kene tinggal, bau busuk jangan ceritalah. Tak tahan mak.

Lepas tu, dekat bilik kamu (bilik utama), kenapa ada banyak gambar kamu sendiri? Kamu selfie tu tak apa lah. Yang peliknya, gambar kamu tu, gambar dari jauh. Macam bukan dari kamu sendiri. Ada juga gambar kamu dengan Azri. Tapi semua gambar tu, kamu berdua tak tengok kamera pon.”

Aku pandang Azri.

“Saya pon terkejut tengok gambar tu. Tak tahu dari mana?” Azri sambung.

“Mak jumpa kertas atas meja kerja kamu, tertulis ‘Nani rindu Sara’”

Aku diam.

Azri
“Sara, kenapa awak ke Melaka masa malam awak kemalangan tu? Saya call awak tak berjawab. Nasib baik mak beritahu saya awak kemalangan, kalau tidak sampai bila pon saya tak tahu awak kemalangan” Azri mengomel.

“Azri. Saya nak tanya awak. Masa saya kemalangan dulu, awak ada ke Melaka tak?” Aku tanya.

“Lah.. Saya baru je tanya awak kenapa awak ke Melaka. Bukan saya yang ke Melaka”

“Sebab saya dapat panggilan dari nombor yang saya tak kenal beritahu awak kemalangan dekat Melaka. Saya ada cuba call awak tapi tak berjawab. Awak pergi mana masatu?” Aku tanya lagi. Geram.

“Masatu saya turun dari office ke lobby nak siap-siap solat maghrib sebab surau floor pejabat saya tutup. Masa nak turun tu, saya nampak awak tengah duduk atas bangku surau perempuan.

Saya peliklah sebab, yang pertama kenapa awak ada dekat sini dan yang kedua, kenapa awak duduk dekat laluan surau yang tengah renovate tu. Dah lah kawasan tu suram je” Azri Tarik nafas.

“Tapi saya dah syak ada benda tak kena sebab tu saya terus call awak. Tapi tu lah, tak berangkat pulak. Saya terus decide untuk turun bawah, tak nak tegur awak”

Dan, aku rasa Nani menang. Aku tewas untuk yang keberapa kali dengan Nani.. YaAllah tolong aku..

Bersambung