Suami malas mandi sampai 4-5 hari tak mandi. 11 tahun perkahwinan hanya 3 bulan dia pernah bekerja

Gambar sekadar hiasan. Assalam dan hai. Saya ingin meminta pandangan pada ahli2 dalam group ni, mungkin ada yang pernah melalui stuasi yang macam saya..

Saya seorang ibu dan mempunyai 2 orang anak. dan telah mendirikn rumah tangga selama 11 tahun.

Masalah yang saya ingin kongsi kan disini, saya mempunyai suami yang tidak berkerja.

Yang 24 jam menghadap handphone bermain game, bab nafkah jangan cerita sampai ke planet mana entah hilangnya, sepanjang perkahwinan kami.

Hidup kami anak beranak d tanggung oleh mertua saya, dan lagi 1 saya juga pernah berkerja, tapi ada faktor2 yang meyebabkn saya harus berhenti kerja.

Selama tempoh perkahwinan saya, suami cuma pernah berkerja dalam tempoh 3 bulan macam tu lah..

Selepas tu berhenti dan duduk di rumah 24jam menghadap handphone, suami saya ni d kategori kan seorang yang pemalas tahap entah lah apa orang cakap,

malas mandi kadang tu sampai 4/5 hari tak mandi. Kadang nak termuntah saya bila dekat dengan dia.

Dari segi anak, suami jenis tidak mempeduli kan anak.. Memang bab anak semua d bahu saya.

Kalau nak cerita tentang tanggungjawap dan perhatian yang di berikan pada saya dan anak2 mungkin boleh saya bagi peratus dalam 5 peratus macam tu lah, skit anak skit saya dia tak pernah nak ambil tahu..

Masuk dan keluar w4d hspital semua dia tak ambik tahu. Nasib lah saya dan anak mempunyai mertua/nenek yang sangat baik.

Terlalu baik sehingga saya mampu bertahan selama ni hanya kerna keluarga belah suami terlalu baik.

Untuk pengetahuan semua, suami saya seorang yang bercakap memang dia saja lah betul.. Yang saya ni tak pernah lah betul, sampai saat ini masih segar di ingatan saya suami saya memangil saya PEL4 CUR DAN PEREMPUAN PEMBAWA Si 4L, sedih saya bila ayat2 ni sentiasa kedengaran dalam telinga saya.

Selama 11 tahun ni lah saya terpaksa hadap segala makian dan hinaan dia terhadap saya.. Dan selama ini lah saya tak pernah hidup dalam keadaan yang tenteram dan serba serbi saya takut.

Bayang kan nak tengok tv pn saya tkut, dan untuk pengetahuan semua juga suami saya jenis tak nak ambil tahu hal anak2 hal saya.

Kadang teringin nak merasa apa itu nikmat berumahtangga dan nikmatny ada pasngan yang menyayangi kita..

Kadang tu bila tengok orang lain yang hidup bahagia terdetik juga di hati saya bila lah kami dapat merasakan kebahgiaan seperti orang lain dapat kn..

Dan untuk pengetahuan readers juga suami saya seorang yang baran.. Dan tidak boleh silap di mata dia..

Walaupun terang dan nyata dia yang salah dia tetap juga mengata kan orang yang salah..

Di sini saya ingin bertanya readers PATUT KAH SAYA BERTAHAN ATAU SAYA HARUS MEMFAIL KAN CRAI..?

Kerna 11 tahun bukan lah waktu yang singkat untuk saya tambah lagi untuk tahun seterusnya dengan kata sabar…

Dan dalam fikiran saya sekarang saya cuma nak berkerja dan mencari duit untuk anak2 saya, Dan keluar dari rumah keluarga suami saya..

Walaupun berat hati saya nak lakukan kerna segala kebaikan keluarga belah suami. Tapi sampai bila saya nak meminta simpati pada mereka..

Mungkin sudah sampai masa nya saya dan anak2 harus mencari kebahgiaan kami. Mohon semua readers meberikan pendapat pada saya adakah harus sya memfail kn crai.

Dan bagaimana proses nya. Dan saya minta maaf mungkin penyampaian saya agak tidak teratur.

Dan saya mengucapkan Terimakasih jika ada readers yang sudi memberikan pandangan dan pendapat pada saya.