Memang semua abang peerangai macam tiikus ke. Hari2 aku angin nak kene hadap kekootoran dari dia

Hi assalamualaikum, aku Ros (bukan nama sebenar). Pertama sekali aku ucapkan terima kasih admin kalau post ni disiarkan dan semoga admin berada di bawah lindungan Allah selalu.

Okay berdasarkan tajuk, korang dah dapat teka kan. Aku ni ada 3 orang adik beradik. Abang aku, aku, adik aku. Abang aku umur 24 tahun. Dan aku 20 tahun.

Kisah dia kat sini, kitaorang satu family tinggal satu rumah termasuk abang aku. Dia ni ya Allah, sangat degil dan sangat pengotor mengalahkan tikus.

Start dari zaman sekolah menengah abang aku ni suka buat kotor kat rumah. Dahla pemalas nak kemas, diseleraknya rumah tanpa ada rasa bersalah.

Aku ni dah lama pendam. Nak cerita macam aib dan memalukan. So aku cerita sini jela.

Okay 1st… Abang aku and aku ni bilik bersebelahan dan kami berdua share satu bilik air which is bilik air kitaorang bersambung.

Dia nii, bilik dia macam kandang tikus, berbau kepam, hapak busuk pakej semak dan kotor macam tempat lunggukan sampah sampai boleh muntah kalau bau.

Lepastu konfem la bau dia tu meresap masuk ke toilet kitaorang sekaligus meresap masuk ke bilik aku. Tiap kali aku masuk bilik air ya Allah bau dia haish.

Dia tu dahla suka merokok dalam bilik air and air kencing dia hancing. Korang boleh bayang la macam mana bau bilik air tu. Boleh pengsan tau tak. Tu satu.

Dia ni pulak suka semakkan bilik air. Dia suka muntah kalau gosok gigi. Lepassstu tak reti cuci betul betul. Tiap kali aku masuk mesti ade muntah sisa muntah dia dan bau hanyir!

Dia jugak sukaaaa calit habuk rokok kat dinding toilet. Cermin kat bilik air tu dia suka calit kekotoran dia (aku malas sebut korang faham fahamla). Sangatlahhhh kotor yeeeee.

Aku ni la mangsa kene cuci semua kekotoran dia buat. 4 kali seminggu aku cuci toiley tu. Bila aku letak pewangi toilet dia mengamuk buang sebab katanya bau pening. Ouh dia tak pikir lak pening aku bau busuk yang dia buat tu.

Aku geram sangat aku marah sampai maki maki tapi tak jalan juga. Dia bukan makan saman. Aku kunci pintu toilet tak bagi dia masuk dia hentak pintu sampai nak pecah. Nak tak nak aku kena bukak juga.

Selain kotorkan toilet bilik kitaorang. Dia suka sepahkan rumah. Dahla tak pernah menolong kemas. Pergi semakkan lagi ade. Dia suka longgokkan baju tuala dia kat ruang tamu. Suka meludah!!!

Suka calit kekotoran dia dekat merata tempat sampai aku geli nak pegang semua benda!! Ya Allah. Dengan dia suka calit habuk rokok kat dinding, almari and rak ruang tamu. Suka sepahkan dapur.

Senang cerita semua pelusuk ruang di rumah aku ni semua dia sepahkan daj kotorkan. Dari cantik jadi kotor plus kat cermin pun sama!

Jijik gais. Korang tengok cermin dia kotorkan pun rasa nak muntah. Jangan cakap mak ayah aku tak tegur ye. Diaorang tu dah penat tegur sampai pitam.

Dia tu semua benda malas. Sekolah malas, kerja malas, kemas pun malas! Aku taktau la dari mana dia dapat perangai tu. Mak aku ni pembersih, suka kemas. Ayah aku rajin kerja, belajar pandai, gaji pun sedap. Dia sorang je macam tu.

Tak tau la masa kecik minum susu ke air longkang. Haru biru! Belum lagi cerita pasal dia kotorkan kereta mak aku.

Sekarang dia baru dapat kerja sebab ayah aku paksa jugak dia kerja. Kalau tak dia hidup 5 tahun jadi biawak hidup.

Dia ade 3 motor ayah aku belikan. Dia rosakkan semua then guna keta mak aku. Sebab ayah aku dah malas nak melabur kat dia memandangkan dia pernah tipu ayah aku sampai beribu ribu tapi ayah aku tetap maafkan.

Dia guna kete mak aku yang bersih dah elok tu, terus jadi macam sarang tikus gais. Kotor dan hapak! Aku pun geli nak naik. So sekarang mak aku guna kereta aku jela.

Aku bukan nak acah bagus sangat. Tapi aku ni nak kata pembersih tidak la terlalu pembersih. Nak kata pengotor pun tidakla juge.

Aku menjaga jugak kebersihan aku dan persekitaran aku sebab aku kalau tengok kotor and berbau busuk kat rumah. Aku terus rasa nak marah.

Bilik tu macam macam pewangi dah aku letak, tetap jugak ade bau hapak dari bilik abang aku. Dia tu pemalas, pengotor, penipu pastu baran nak mampos. Dia fikir diri dia je.

Bila orang marah dia mengamok. Aku ni selalu la kene dengan dia sebab aku yang menjadi mangsa dia.

Aku stress sampai nangis nangis. Menjerit. Berdoa kat Allah supaya ubah perangai dia. Aku dah cuba cerita sikit dekat kawan kawan aku. Diaorang cuma cakap, “alaaa biasa la abang nakal nakal”.

Cuma korang hidup dulu dengan abang aku, baru korang rasa hahahahhah. Stress wei. Hari hari bau busuk. Kena tengok benda kotor. Pastu aku yang kene cuci semua walhal aku tak buat pun semua tu.

Dia sedap la buat sepah buat kotor pastu bila orang marah dia buat tak reti. Kadang dah letih nak marah, last last sakit hati je dapat.

Dia tu harap je sulung tapi langsung takleh harap. Ayah aku suruh buat lesen dia kencing ayah aku. Duit lesen ambik tapi hampeh tak buat pun lesen.

Kalau ade apa apa hal memang muka aku la yang kena drive sana sini memandangkan parents aku dah tua, risiko untuk memandu sebab mata kurang jelas. Kadang aku stress tengah kelas or buat assignment, aku disuruh macam macam.

Abang aku duduk goyang kaki pastu komplen kata aku takde kerja tahu bela lemak je hurm saba jela. Aku dahla tengah streess study, stress kene cuci kemas kotor sepah dia buat, stress kene buat macam macam parents aku suruh…. Tapi sabar jela.

Bangun pagi nak mandi, hadap bilik air busuk nak mampos. Plus kotor. Tiap pagi aku cuci supaya bau tak meresap satu rumah terutamanya bilik aku.

Aku tak tau la nak buat apa gais. nak tunggu dia kawin keluar dari rumah tu memang lambet lageyyy. Umur 24 saving satu sen pun takde. Perangai pun tak semenggah lagi. Nak tunggu aku kawin keluar dari rumah pun lambet lagey gais. Aku baru 20 first year study.

Saving aku pun belum cukup nak kawin hahhahahahha. Nak suruh aku tukar bilik?? Hmmmm rumah aku ade 4 bilik. Bilik tingkat satu ade satu bilik which is bilik parents aku. Diorang nak bilik bawah sebab taknak turun tangga katanya tak larat dah tua.

Bilik tingkat 2 pula ade 3 bilik iaitu bilik master bedroom (bilik adik aku) dan bilik 2 bilik aku and abang yang bersebelahan dan share bilik air. Nak tukar bilik dengan adik aku memang tidak la. Dia pun tak hingin haahqhaha nanti dia pun stress macam aku.

Kadang kadang aku terfikir, ini memang perangai normal lelaki dirumah ke? Or abang aku memang pemalas dan pengotor or aku yang lebih lebih? Adakah memang ini perangai abang abang di rumah?

Taktau la. Dah lama pendam silap silap aku telan clorox sebab stress haahhahah okay joke. Aku masih waras even stress makin lama makin kemuncak.

Sorry la kalau penulisan aku ni terabur and tak best. Aku taip masa tengah geram, hahahahaha.

Kalau sudi share la pendapat korang, or doa yang boleh aku amalkan untuk lembutkan hati abang aku. Sekian thanks…

– Ros (Bukan nama sebenar)