Aku isteri ketiga. Tapi aku bukan peraampas. Suami kami mampu, Suami kau mampu ke

Gambar sekadar hiasan. Hi Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau siarkan confessions ini. Hangat pasal p0ligami. Tentang ketidakadilan suami.

Tentang isteri dizaalimi. Sebenarnya saya isteri dia yang ketiga. Hehe. Jngan mrah dulu. Kakak kakak tahu kehadiran saya.

Saya juga tahu situasi ini sebelum kami nikah. Nak dipendekkan cerita, kami satu tempat kerja. Saya dan suami. Dia salah seorang boss di tempat kerja saya. Kami tak bercinta pun.

Benda ini jadi, bila saya dilanda ujian yang hampir menyebabkan saya dpresi. Masa tu, suami cakap,

“Dah lama saya perhatikan awak, awak ok ke?”. Dan saya terus menangis dekat situ juga. Kebetulan akak pertama, datang pejabat haritu. Dan akak bawa saya balik ke rumah.

Tak lama tu, akak ws dan tanya, nak tak jadi madu dia. Dia tak nak saya sedih sedih sebab kecewa. Dia yakin abang mampu jaga kami semua.

Saya macam rasa ini semua mimpi. Takkan lah ada perempuan nak kongsi suami sendiri. Plik weiii.

Sampai lah akak kedua pula msg. Dia cakap, jangan risau, abang boleh jaga. Dia siap cerita perjalanan perkahwinan dia. Akak pertama tolong selesaikan semua.

Hidup bermadu kat Malaysia ni, kalau ikut betul, (bukan kahwin dekat sempadan) strict weii. Kena sediakan dokumen, pejabat agama semak gaji, semak tempat tinggal, segala serbi.

Dan dipendekkan cerita, kami nikah dan saya minta dipindahkan tempat kerja ke cawangan lain. Sebabnya, tak larat nak hadap gosip.

Yelah orang masih pandang bermadu ni perampas, bermadu ni buruk dan sebagainya. Orang kita masih tak boleh terima hakikat.

Suami awak tak mampu, tapi suami saya mampu, kami isteri isteri juga mampu. Bila dalam hubungan ini, saya faham yang toleransi amatlah penting.

Contohnya giliran akak no 2. Jika ada benda penting, saya hanya mesej abang sahaja.

Akak no 1 saakit haritu, saya dan akak no 2 keluar la berdua. Beli barang barang rumah dan sebagainya.

Yang betulnya, suami memang kena betul betul stabil dari segi kewangan. Tak boleh hanya mampu dari segi batin. Kena kuar bekerja.

Macam suami selalu cakap, dia kena kerja betul betul. Pastikan makan minum isteri terjaga. Emosi isteri isteri terjaga.

Masa PKP haritu, hari hari video call, bila jadi isteri ada nombor ni, kesabaran kena tinggi. Walaupun yang paling muda.

Jadi akhirnya, kalau dah tahu yang datang tu suami orang, atau sendiri pandai pandai pergi bercinta dengan suami orang, jangan mengada ngada nak perhatian lebih, nak kasih sayang lebih.

Segala nak lebih. Belajar tolak ansur. Kita datang yang kemudian. Belajar berkongsi. Ini tak, datang kemudian, pastu r0sakkan rumahtangga suami dengan isteri pertama. Paksa lelaki tu cerraikan isteri pertama dia.

Apa punya perangai lah tu. Sebab tu orang cakap perampas, perangai macam b4bi, meny0ndol aje.

Ingat, Allah redha kalau berkongsi. Yang Allah marah, r0sakkan msjid orang. Jadi batu aapi sampai suami cerraikan isteri. Merampas. Ni semua Allah marah. Tapi berkongsi, Allah bagi izin.

Jadi kongsi lah molek molek. Bukan suami je kena adil, isteri isteri pun kena toleransi. Tak kesian ke suami jalan senget nanti? Jadi sama sama saling redha meredhai supaya Allah redha kepada kita semua.

Owh yaa, jangan risau, saya faham, bukan semua wanita boleh terima Confession ini. Percaya lah, suami kami mampu, suami awak tidak. Jadi tenang tenang sahaja yaa. Sebarkan kasih sayang.