Rupanye macam2 berlaku sepanjang aku k0m4. Hingga aku dapat satu pesanan ringkas dari Ustaz Zul

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Cerita ni sambungan dari part 3 kisah aku ,Aku mulakan dengan cerita tentang ayah aku

Ayah
Ayah dapat panggilan dari tuan rumah, Kak Zai sebab kata Kak Zai, dia tak dapat hubungi aku. Ada benda yang Kak Zai perlu beritahu ayah. Cerita Kak Zai;

“Assalamualaikum pakcik, saya Zai, owner rumah yang Sara sedang menyewa sekarang.

Saya cari Sara dah seminggu lebih, tapi tak berangkat. Ada benda sikit saya nak beritahu pakcik ni, tentang Sara”

Menurut Kak Zai, pihak Accomodation Office apartment dapat 2 aduan dari jiran sebelah dan depan rumah aku,

masing-masing mengadu hal yang sama—tiap malam dengar ‘AKU’ menjerit dan menangis dalam rumah,

dari pukul 2 pagi hingga 3 pagi, setiap hari sejak 5 hari sebelum aduan dibuat.

Jiran tak tahan, ketuk rumah tak berjawab, rumah bergelap (memanglah, sebab bukan ada Sara yang sebenar pon dalam tu),

dan tiap kali ‘AKU’ menangis dan menjerit, anak mereka turut menangis, takut.

Pihak Accomodation Office terus ke rumah untuk cek. Masih juga tak berjawab bila mereka panggil.

Oleh sebab pihak office ada simpan nombor pemilik rumah, mereka terus contact Kak Zai.

Dan usaha kak Zai untuk cuba contact aku juga masih gagal, jadi Kak Zai terus call ayah. Nak suka-suka pecah rumah penyewa, langgar kontrak katanya.

Ayah terus pergi rumah untuk mengemas sikit-sikit apa yang patut. Takut kalau dibiarkan kosong terlalu lama, ada benda lain pulak yang tinggal, kata ayah.

Cerita ayah kali ni, ada sedikit debar dalam hati aku, entah kenapa aku rasa tidak enak.

Ayah cerita, masa ayah masuk rumah, ayah mulakan dengan sedikit bacaan ayat lazim. Selangkah ayah masuk ke rumah,

ayah cerita ada sesuatu macam langgar ayah sampai terduduk ayah di depan pintu. Tapi ayah buat cekal je.

Ayah masuk dan teruskan mengemas, tiba tiba grill rumah di ketuk (kebetulan ayah cuma tutup grill saja) ayah nampak ada satu budak perempuan, rambut terikat kemas,

muka cerah pucat, tersenyum depan pintu rumah. Comel ayah kata, linkungan 5-6 tahun.

“Adik cari siapa ya?”

“Pakcik, saya nak masuk boleh?” adik tu tanya.

Ayah serba salah terus. Kalau tak masuk, takut dikata ayah sombong, terus menangis susah pulak.

Kalau bagi masuk, entah anak siapa lah ni. Jadi kes culik lain pulak jadinya. Ahh sudah.

“Adik tak boleh masuk. Pakcik dah nak siap ni. Kejap lagi nak keluar” Ayah sambung.

“Tapi kakak tu panggil. Dia ajak main panjat-panjat dekat balcony.” Sambil tunjuk ke arah luar rumah.

Ayah terus sudahkan kemas dan keluar dari rumah. Ayah rasa ayah kene buat sesuatu dekat rumah ni!

Diluar rumah, ayah tanya semula dekat adik perempuan tadi, sebab dari tadi dia tak beralih dari grill rumah. Ketawa-ketawa, macam tengah bermain dengan seseorang.

“Adik. Ada berapa kakak adik nampak tadi dalam rumah pakcik?” Adik perempuan tunjuk 4 jari kepada ayah..

Nurse
Aku dapat berbual panjang dengan nurse yang jaga aku, masa aku discharged. Itupon sebab aku saja tanya, aku ada merapu meraban ke masa aku terlantar (selepas koma).

Kot lah kan aku mengigau ke apa tersebut nama Azri hahaha. Tapi selamba je nurse yang incharge aku beritahu;

“Selalu akak nampak ada kaki extra dekat katil Sara. Bila kamu tarik tirai, akak cuma boleh nampak bahagian bawah.

Jadi boleh lah nampak kalau ada orang duduk dekat kerusi menunggu, ada kaki dekat lantai. Tapi bila akak datang ke katil Sara untuk cek, takde siapa pulak.”

“Tapi pelik jugak, selalu kalau mak Sara yang stay jaga Sara, mesti akak nampak ada barang extra mak Sara, kadang-kadang nampak lah makcik ke tandas, atau biasanya kalau akak datang cek, mesti ada mak Sara.”

“Tapi kadang-kadang kaki extra ada dekat kerusi, bila selak tirai ehh hilang pulak dia.

Tapi akak dah biasa jaga pesakit yang datang sekali dengan benda lain. Akak anggap benda biasa lah tu Sara”

Nurse senyum, tepuk belakang badan aku.

“Tapi Sara pernah meracau satu malam tu, Sara cakap ‘Nak ikut’ ulang-ulang” Nurse sambung.

Siapa pulak yang aku nak ikut ni?

Aku mulakan rawatan baru lepas aku balik rumah mak. Banyak lagi benda yang perlu dibersihkan.

Dan dalam proses rawatan ni lah, aku tahu tentang Nani dan punca semua masalah ni jadi.

Tapi aku tak dapat ingat semua sebab aku dibawah paras sedar masani. Aku cerita dari apa yang mak ayah dan Azri cerita semula dekat aku.

Melalui perantara, ‘benda’ tu beritahu semua orang yang dia adalah dibawah kuasaan Nani.

Nani adalah tuan dia dan dia tak boleh langgar arahan Nani. ‘Benda’ tu beritahu Nani marahkan aku sebab aku keluar dari rumah lama kami tanpa pengetahuan Nani.

Nani marahkan aku sebab aku bersihkan rumah tanpa persetujuan dia.

Nani tak suka keadaan yang bersih, benda tu buat semua ‘kawan-kawan’ Nani marah.

Nani tak suka aku solat dan mengaji, tapi dalam masa yang sama, Nani sayangkan aku, Nani attached dengan aku.

Nani taknak aku tinggalkan dia. Nani marah dan berdendam sebab aku tegur dia dengan cara yang salah. Nani fikir aku tak respect dia sebagai seorang rakan.

Dan, Nani terlalu sayangkan aku sebab aku housemate yang paling lama bertahan duduk satu rumah dengan dia.

Nani nak aku sentiasa ada dengan dia. Keadaan jadi terkawal, ‘benda’ tu berjaya ditundukkan oleh Ustaz Zul (aku dapat number Ustaz Zul dari salah satu komen di posting aku yang awal dulu.

Macam berjodoh pulak, antara banyak-banyak number perawat alternative Islam, aku tertarik untuk terus berhubung dengan Ustaz Zul)

Alhamdulillah, berjaya lepas beberapa kali rawatan. Sampai ke harini aku rasa lebih tenang, tak macam dulu. Nani? Hilang, semua gangguan dari dia pon lenyap.

Sampai sekarang aku masih berharap untuk jumpa dengan dia sebenarnya. Aku nak peluk dia. Aku nak minta maaf dengan dia.

Nani, aku dah lama maafkan kau, aku dah redha dengan apa yang jadi pada aku selama 2 tahun ni.

Aku hilang kerja aku, sebab ada anggota badan aku yang dah hilang upaya sejak dari kemalangan tu, dan masih dalam proses untuk dapatkan kad OKU.

Tapi Alhamdulillah Nani, aku masih dikelilingi orang yang sayangkan aku sama macam dulu. Aku lebih kenal erti kehidupan. Terima kasih Nani.

Dan terima kasih korang sebab aku banyak dapat semangat bila baca komen korang. Ada yang positif dan ada yang negatif. Aku okay.

Terima kasih sebab banyak sangat yang cadangkan nama dan contact number perawat Alternatid Islam ni.

Aku harap kita tak berjumpa lagi di sini dan doakan aku tabah teruskan hidup sebagai ahli baru pemegang kad OKU. Semoga hidup kalian sentiasa dirahmati Allah.

Ohh ya. Beberapa minggu yang lepas, aku dapat satu pesanan ringkas dari Ustaz Zul;

“Sara. Nani dah pulang. Pulang kepada yang lebih berhak ke atasnya. Dan dia pulang for good”

Sampai sekarang aku tak faham.