Aku beenci ayah, rasa nak dia ma4ti cepat. Tak tahan perangai dia, apatah lagi layanan ayah kat mak

Gambar sekadar hiasan. Hi, nama aku Nada. Aku ada 3 orang adik beradik, aku anak bongsu dan umur aku jauh dengan kakak2 aku.

Diorang dah masuk 3series. So memandangkan aku anak yang terakhir, memang aku jelah yang kena menghadap apa yang jadi dalam rumah ni. Kakak2 aku semua duduk jauh.

Aku nak tanya boleh tak kalau nak doa bapak sendiri m4ati cepat?Aku dah tak tahan tengok mak aku hidup macam single mother dan macam bibik selama perkahwinan dia.

Oh fyi mak ayah aku dah 28 tahun khawin. Mak aku makin sebiji macam “single mother” sejak ayah pencen.

Mak dah biasa pergi mana2 sorang diri naik motor. Angkat gas, angkat benda berat? Kopek durian? Semua mak aku yang buat.

Ayah? Mengangkang tengok tv. Tu jelah kerja dia, dari pagi sampai ke malam. Bila lapar je dia bangun pergi dapur.

Kau bayangkan lah, dia breakfast je 2x, pkul 8 sekali. Then dalam pkul 10 lebih makan lagi.

Tak sempat sampai pkul 12, dia dah buat bunyi dia lapar dari ruang tamu (menguap kuat2 atau dia akan cakap Laparnyaaa).

Aku dengan mak sumpah skit hati. Kita ni macam bibik dalam rumah, kerja tak pernah nak siap.

Dianya? Tahu baring bising lapar. Kalau bapak aku breakfast tak makan berat takpe, aku faham dah waktu lunch dia akan lapar. Tapi, semua makanan yang ada atas meja dari pagi semua dia sebat.

Da htu bising cakap lapar lagi. Memang aku dengan mak aku kat rumah ni kerja fully nak kena penuhkan perut bapak aku ke?

Ada 1 hari tu, sebelum lunch lagi bapak aku dah makan berat dalam pkul 11 lebih macamtu. Jadi aku dengan mak aku pun tak masak lah dulu sebab masih kenyang dan kitorang nak rehat sekejap last2 tertidur sampai pkul 2. Tiba2 aku terdengar bapak aku hempas tudung saji atas meja.

Kelam kabut mak aku pergi dapur, mak aku cakap dia tertidur ingatkan bapak aku dah kenyang tadi.

Ayah buat taktahu je dan tak bertegur dengan mak aku dalam 3 4 hari. Dan ayah jenis tiap hari makan petang kena ada. Kalau takda, dia akan perli2 aku dengan mak.

Jadi sekarang, kami praktikkan untuk siapkan lunch before 2pm. Sementara aku cuti sem ni boleh lah aku tolong mak aku, kalau aku dah takda. Siapa nak tolong di mengemas? Siapkan lunch sh4rp pkul 12?

Ayah pernah baling pinggan sampai pecah sebab mak terlupa nak amik ayah balik kerja. Ayah pernah tinggalkan mak tepi jalan dan biarkan mak balik seorang diri.

Ayah pernah memb*d*h dah memb*****g kan aku sebab aku tersalah dengar apa yang dia minta. Ayah pernah suruh mak tolak motor yang rosak dari rumah ke kedai motor.

Ayah pernah cakap mak takde otak sebab mak masak 1 lauk tak sedap. Aku benci ayah.

Ok tu part makan, ni aku nak cerita part tak reti menolong. Kadang2 bila kitorang tak buatkan air ayah, dia akan buat sendiri tapi dia akan biar sampah sachet tu atas meja makan beserta cawan minum yang dah kosong dan kerusi yang tak disusun balik.

Dia sorang je minum tapi meja makan punya besepah macam 5 orang makan. Dan ayah jenis makan apa2, dah habis dia akan biar atas meja.

Dia cuma bawak diri dia je pergi cuci tangan. Kadang2 tu macam makan pisang goreng, keropok lekor je.

Tapi still besepah, setiap kali lepas ayah makan memang aku kena sapu. Dengan sambal yang tumpah, serdak2 makanan. Senang cakap macam budak kecik makan la.

Ayah memang dari dulu makan bersepah, bukan sebab dia dah tua yeee. Aku dengan mak aku tak lari dari macam bibik kan?. Kitorang ni kena tatang ayah macam raja.

Aku jenis yang tak boleh nampak sepah, ada sampah sikit kat lantai pun aku sapu dan aku tak suka atas meja makan tetamu penuh barang contoh macam helmet dan barang menukang.

Setiap hari aku akan kemas rumah, tapi cuba bayangkan setiap hari aku kemas setiap kali tu juga bapak aku akan sepahkan.

Jenis dah keluarkan barang2 tak reti nak simpan balik dan dia akan biar je barang tu macamtu.

Bila aku nak alihkan nak kemas, dia marah tak bagi aku kacau barang2 dia dan aku pun serik nak alihkan barang2 bapak aku sebab selalu sangat aku disalahkan bila ada barang2 dia hilang sebab aku kemas.

Bila ada tetamu nak datang, baru lah bapak aku kelam kabut suruh aku kemas rumah. Masa tetamu nak datang time tulah baru dia sibuk suruh aku lap meja, lap kerusi, lap TV eh semua benda lah. Time takda orang datang, macam tongkang pecah rumah.

Macam nak menangis kadang2 bila aku dah kemas rumah elok2, siap vacuum ayah sepahkan balik. Ni part guna tandas, aku nak pesan tak kesah la lelaki ke perempuan.

Lepas berak ke kncing tolong lah check mangkuk tandas tu, check keliling tandas ada t4ik ke kuning ke dan TOLONG LA BELAJAR TEKAN FLUSH.

Dah beberapa kali jadi dekat rumah aku, bapak aku berak lepastu t4ik tu merecik recik sampai jatuh kat lantai. Kembang tekak aku, nasib baik lah dah beberapa kali jadi tu aku tak pernah nampak.

Mak aku yang nampak dan dia akan bersihkan, kadang2 mak aku sampai nangis. Bila mak aku cakap dengan bapak aku, dia taknak mengaku.

Oh lupa nak cakap, ayah jenis tak pernah nak mengaku salah dia. Memang takda orang lain lagi yang buat sebab tandas tu mak ayah aku je yang guna, tandas tu dalam bilik diorang.

Bapak aku pun jenis selalu marah2 mak aku, dia bukan kesah dekat public ke kat depan anak anak ke. Suka hati dia je nak herdik mak aku,

Aku ni pulak jenis pantang kalau nampak bapak aku macamtu. Memang seminggu lah aku tak bertegur dengan bapak aku, kalau dia cakap pun aku buat taktahu je.

Skit mak aku, akit lah aku. Malas aku nak cerita bab ni panjang2, membuak buak skit hati.

Kitorang anak anak dia pun dah puas makan herdik bapak aku, kitorang paling tak suka kalau kena buat kerja dengan ayah sebab salah sikit habis b*d*h b*****g b**i semua keluar.

Bapak aku memang tak dera kitorang dari segi fizikal. Tapi dia dera emosi kitorang. Apa yang kitorang cakap semua salah, dia saje yang betul.

Kalau mak aku lupa tutup lampu lepas guna dia bising, marah macam apa. Tapi bila dia sendiri lupa tutup air dalam toilet dan mak aku marah2. Dia taknak mengaku salah dia.

Kalau ada bukti sekali pun dia takkan mengaku. Hari2 macamni yeee. Korang mungkin nampak apa yang aku cerita ni benda biasa, tapi aku dah cukup sabar dengan perangai bapak aku. Dulu masa aku form 4, aku pernah doa biarlah mak bapak aku becrai.

Aku lagi rela tengok diorang becrai daripada bapak aku jadikan mak aku macam bibik dan dera mak aku dari segi emosi, mental.

Aku ingatkan aku sorang yang macamni, rupanya kakak2 aku pun pernah berharap diorang becrai hahah.

Aku punya tahap benci dengan bapak aku sampai kalau dia datang meja makan, aku cepat2 bangun walaupun makanan tak habis lagi. Mak aku pun dah jenuh nasihat aku tak baik buat bapak aku macamtu.

Mak aku kata takpela mungkin Allah nak uji mak aku, belum saat Allah makbulkan doa dia. Kadang2 aku pernah nampak mak aku nangis masa solat subuh sebab mak aku kalau solat subuh je dia solat dalam bilik aku atau ruang tamu.

Aku pernah terdengar doa mak aku untuk ayah aku sampai tesedu sedu dia. Semoga Allah SWT berikan mak aku kesabaran yang tinggi dan semoga ada manisnya suatu hari nanti untuk mak aku.

Aku nak mintak kepada sesiapa yang baca confession ni doakan kebahagiaan mak aku ye? Aku taknak tengok mak aku nangis sebab perangai bapak aku dah. Aku nak mak aku bahagia.

Terima kasih mak sebab jadi segala galanya untuk keluarga kita. Terima kasih jugak mak sebab jadi wanita paling kuat. Sayang mak.

Untuk ayah, terima kasih sebab dah buat nada trauma. Terima kasih sebab buat nada rasa taknak khawin sebab nada takut nada jumpa lelaki macam ayah.

Untuk ex boyfriend yang aku dah meng – ex kan dia tanpa sebab walhal dia seorang yang sangat baik dan soft spoken.

Maafkan aku, aku benci lelaki. Aku taknak kawen dan aku taknak kau terlalu berharap kita akan berkhawin.

Aku tau mesti ramai marah aku sebab doa yang bukan bukan untuk bapak aku kan? Mesti akan ada yang cakap bersyukurlah ada ayah. Aku memang bersyukur tapi skit dia hanya keluarga aku saja yang tahu.

Orang lain takkan faham apa yang kami rasa. Aku dah cuba untuk jadi anak yang baik untuk bapak aku, tapi ada saja benda yang buat aku makin benci dia. Aku minta maaf sebab buat confession macamni, aku dah tak mampu nak tanggung.

Untuk para pembaca, doakan ayah aku berubah. Aku teringin nak tengok bapak aku berlembut dengan kami semua.

Walaupun aku nak bapak aku m4ti cepat, tapi jauh dekat sudut hati aku aku nak sangat tengok ayah aku berubah.

Aku tau aku anak derhaka sebab doa yang tak elok untuk bapak aku. Doakan aku boleh terima ayah aku, doakan aku tak jadi pendndam. Terima kasih.