Kak sulung bitau mimpi aku dapat mesin jahit dengan 10 batang jarum. Berderau aku sebab mesin tu dah ada depan aku

Assalamualaikum semua,,ni first time aku menulis dekat sini.. Maaf sangat kalau susunan ayat berterabur, tak pandai sangat nak mengarang ni.. Tapi in sha Allah aku cuba.. Cerita ni panjang…

Kisah ni berlaku pada awal tahun 2019, aku dah berkahwin, ada anak 2 orang.. Yang sulung tu lelaki, irfan nama nya, umur 3 tahun..

Yang no 2 pulak perempuan (inara) baru bersalin bulan 3 aritu,, inara ni bukan lah yang jenis buat perangai sangat, melainkan nak susu (bf) ,, kerjanye tido jela, baby baru lahir kan..

3 bulan pertama berlalu mmg tiada masalah langsung.. Ohh ya, aku dan keluarga tinggal kat rumah yang kakak aku buat, dia bagi kami duduk free je,,kanan rumah lot kosong yang di penuhi semak samun..

Depan rumah, kiri dan belakang ada jiran..kita orang da stay situ dari 2016, which mean 3 year dah.. Alhamdulillah jiran baik2,,

Kisah ni start bila ada 1 pagi tu, jiran kiri aku ni datang rumah, tua dah.. Anggaran dalam 60 tahun, tinggal dengan suami dia..

Aku panggil dia makcik je,, dia datang tanya aku ‘ida nak mesin jahit tak?mesin jahit lama, makcik sayang sangat kat mesin tu, dah banyak berjasa kat makcik,

tapi makcik nak bagi ida ,Kalau nak, makcik nak bagi,nak bagi free je,nanti boleh la belajar menjahit..

Aku ni, pantang dengar benda free, terus cakap nak. Nanti petang amy (suami aku) balik boleh la pergi ambik..

Macam biasa, lepas siapkan anak2..aku akan terus drive ke rumah abah aku, tak jauh la dri rumah aku..

3 minit je dah sampai.. Dengan hati yang berbunga2 aku cerita kat mak abah yang makcik nak bagi mesin jahit.. Mak terus cakap baik nya hati dia..

Petang.. Sebelum balik rumah aku, inara dah menangis teruk, aku pulak tak tahu sebab.. Bagi susu badan, dia tak boleh isap..

Makin menjadi2, aku ingat perut kembung ka apa, letak minyak.. Urut perut dia, tapi tak kembung pun.. Aku letak inara dalam kereta terus balik rumah..

Dalam pukul 6:30petang, suami aku balik.. Aku terus suruh dia pergi rumah makcik ambik mesin jahit, dia terus pergi ambik..

inara masih lagi menangis,aku terus sapukan minyak celak(minyak zikir).. Diam… dah tak nangis, boleh senyum, boleh susu macam biasa..

Lega rasa, aku pun snap gambar mesin jahit.. Sent kat dalam group family.. Dengan happy nya cakap, makcik bagi mesin jahit..

Lepas ni boleh la jahit, kakak sulung aku reply, ida.. Kakchaq ada benda nak bagi tau hang ni, abg nan (suami kakak) da mimpi hang dapat mesin jahit ni, 2 minggu lepas..

Dengan 10 batang jarum..kakchaq malas nak bagi tau hang, sebab ingatkan mimpi ja.. Aku bukak laci, tengok ada 10 batang jarum.. Kakak aku cakap, sebijik macam suami dia mimpi..

Waktu ni aku dah x sedap hati, mengalir air mata wei.. Mmg aku nangis,, apa semua ni??? Kakak no 3 aku pulak buat loyar buruk,

suruh la abg nan mimpi dikna dapat duit berkepuk.. Kemain lagi dia, sempat lagi, ,, aku tgh risau ni..

Tiba2, kakak no 2 pulak msg, kakcik pun nak habaq kat hang.. Mgu lepas kakcik asyik mimpi hang pakai baju lama, pakai emas,bersiap cantik2, bila tnya..

Hang cakap mak yang bagi.. Weii, hampa boleh bayangkan tak perasaan aku.. Mmg tak mampu nak senyum dah.. Bala apa pulak akan datang dalam hidup aku ni..

Aku terus call abah, cerita pasal benda ni semua.. Abah terus datang rumah nak bincang pasal benda ni..

‘hasil berbincang dengan abah, kami keluaq p jumpa kawan abah, aku panggil dia paksu, dia yang berjaya ubat kan aku waktu aku kena gangguan masa pregnant kan irfan..

Malam tu kami jumpa kat kedai, lepas cerita apa yang terjadi.. Paksu nasihatkan aku supaya pulangkan semula mesin jahit tu, tapi aku cakap kalau boleh taknak la pulangkan, sebab yela..

Aritu aku dah terima, bila nak pulangkan balik, mesti makcik tu lain macam nanti.. ‘kalau macam tu, hampa balik nanti.. Ambik dawai, ikat m**i mesin tu..

Sambil cakap, kalau betul’ hang’ wujud.. Hang bukak ikatan kat mesin ni.. Sampai ja rumah, laki aku pun buat, apa yang paksu suruh,,,,

malam tu aku x dapat tidoq sampai ke pagi,, yela.. Dalam hati aku dok pikiaq di buat nya mesin tu bergerak sendiri..

M**i akuuu.. Hurmm.. *dalam waktu ni inara mmg tgh struggle tau, tak dapat menyusu,, siang malam menangis..

Malam isok nya,, Paksu datang rumah, dia tanya ada apa2 berlaku tak.. Aku cakap tak ada, bila tengok ja ikatan..

Dia cakap hampa dah buat salah ni.. Paksu suruh ikat mesin ni.. Bukan ikat tali letak kat mesin.. Aduhaiii laki aku ni,,dia yang mengikat nya..

Benda dah salah buat, paksu mintak diri nak balik, dia cakap akan datang semula lagi 3 hari.. Lepas dia melangkah ja keluar rumah.. Aku dah mula rasa berat badan,, ok..

Aku demam.. Terus terbaring tak dapat buat apa2.. Dah makan panadol,,tak berkesan..
Pagi.. Lepas laki aku pergi kerja, aku kuatkan diri drive ke rumah abah..

Demam masih ada, badan mula rasa sakit,, semua sendi sakit.. Paling sakit tulang belikat.. Aku terbaring, dah tak mampu nak susukan inara..

even nak angkat inara yang 2kg lebih tu pun aku tak mampu weii.. Aku dah mcm org lumpuh, pergi bilik air pun kena orang pimpinkan..

Dua hari berlalu, aku masih macam tu.. Inara masih nangis siang malam, bila inara nangis.. Aku pun nangis sekali, kesian..

Aku tahu dia lapar sangat, dia cuma boleh menyusu lepas aku celakkan diri dia dan diri aku.. Dengan mak aku pun turut menangis tengok keadaan kami..

B jumpa makcik tadi kat simpang,, makcik tanya pasal sayang, b cakap sayang sakit.. Ada kat rumah abah, dia tak boleh bangun.. Makcik cakap, tak ada apa tu.. Demam urat kot.. Lalu dia pun pergi..

Dalam waktu apa yg terjadi,, aku memang menyumpah orang tua tu,, dah tua2 pun nak menyusahkan orang lain..

B**i anak haram semua keluaq dari mulut aku, tapi bila aku marah dia, makin sakit sendi2 aku..

Mengalir lagi air mata… Semua family aku pertikaikan, kenapa dia tak bagi mesin jahit tu kat anak perempuan dia, dia kan ada 2 org anak perempuan, dah la dia cakap dia sayang sangat mesin tu..

Tapi dia bagi jugak kat aku yang tak ada kena mengena dengan dia ni.. Hurmm.. Mesti dia nak lepaskan apa2 kat aku, dia taknak ‘benda’ tu ganggu keluarga dia mungkin…

Hari berlalu,dah hari ke 6 atau 7..aku masih sakit,,kesian sangat kat inara, kesian kat laki aku.. Pergi kerja tak bawak bekal, biasa nya hari2 aku masak..

Balik keja pun aku tak masak, pegang senduk pun tak mampu..cuma time drive je aku kuatkan diri aku,,tak mampu aku nak duduk kat rumah menghadap mesin tu..

Ada 1 petang ni, lepas dah menunggu paksu tak datang..
Abah aku call..

Pulangkan lah semula mesin jahit tu kata paksu.. Petang tu laki aku balik kerja, dia balik rumah untuk pulangkan mesin..

Baru separuh jalan,tak keluar lagi dari pintu pagar rumah.. Nampak makcik dah berlari tahan laki aku,, ‘makcik dah bagi, makcik taknak balik dah’..

Laki aku gunakan alasan irfan asyik nak main, takut rosak, bahaya dia main jarum lagi.. Makcik cakap kalau tak nak guna pun, tutup dengan kain..

Simpan ja kat rumah..makcik sayang sangat kat mesin jahit ni.. Tengok! Dia asyik ulang lagi dia syg,, tapi kenapa dia bagi kat aku, Ehh b**i betul orang tua ni..

Laki aku pun balik laa bawak mesin tu.. Isshhh laki aku ni memang lembut sangat hati.. Hantar jela kat depan pintu rumah dia.. Hati aku makin sakit sebab dia taknak terima..

Malam tu kami kumpul ramai2, abah call paksu.. Dia tak mau terima mesin ni paksu, nak buat macam mana? Paksu cakap la ni hampa lukis gambar mesin ni..

P tanam dalam kawasan rumah dia, cakap kami tak ambik apa2 dari dia.. Dah siap lukis, laki aku pun pergi balik rumah.. Dia ke rumah jiran belakang mintak tolong..

Lepas da cerita apa semua, abg lan (jiran blkg) tolong cover line..
Tetiba dapat wassap dari laki aku..

‘sayang,, b tak boleh tanam lagi.. Makcik bukak semua lampu luar dia.. Depan belakang kiri kanan,, ehh orang tua ni..

Macam tau2 je kan.. Aku cakap, kalau tak mampu buat.. Mai sini aku nak pergi tanam sendiri..

Terus dia masuk semak belakang rumah makcik, hingga2 lepas je tangan dia nak tanam..
Prappp… tiba2 pintu grill dapur terbuka.. Laki aku apa lagi, terus sembunyi la..

Aku pun tak pasti apa yang orang tua tu nak buat.. Dan aku yang kat rumah abah masa tu,, terus sihat.. Hurmmm,, ada something sangat..

Keesokan pagi nya,,dalam pukul 6:30am..abah datang rumah.. Kejut kami, dia cakap hati dia sakit.. Dia nak pergi hantar sendiri mesin jahit tu..

Yela.. Anak cucu dia sakit kot.. Aku ni macam orang lumpuh,tak mampu nak makan, bangun pergi tandas sendiri.. Dah tak serupa aku yang normal dah..

Laki aku dengan abah pun pergi la hantar mesin depan rumah makcik.. Waktu tu pagi kan.. Tak ada orang.. Pandai sungguh abah aku ni..

Aku ingat semua ni dah berakhir bila aku dah sihat,rupa nya dalam pukul 9:30am.. Aku dah mula start sakit semula..

dan kali ni lagi teruk dari yang sebelum2 ni, paksu terus tak nampak bayang..bila call, cakap nak datang..

Tapi tak datang2 pun.. Hati aku makin membengkak la.. Aku tengah sakit nii,, tunggu tak datang2.. Malam tu aku ajak laki aku pergi rumah paksu..

Dalam perjalanan nk pergi tu.. Aku rasa sakit makin teruk, seolah olah ada kuku setajam kuku harimau tengah cakar-akar belakang aku..

Tak mampu nak duduk.. Kat rumah paksu pun aku terbaring menahan sakit.. ‘orang tua ni pakai ilmu asam garam, ilmu asam garam ni memang susah nak berubat kata paksu’..

Dia cuma buat air bagi minum, ok.. Benda ni tak mengurangkan sakit aku langsung.. Mengalir air mata waktu tu.. Sakit.. Azab..

Hari ke 10 rasa nya tu.. Jiran belakang rumah offer nak tolong kami,, laki aku cakap kami tengah kering betoi waktu tu, tengah bulan kan..

Dah la yang datang berubat tu 6 org weii,, jenoh nak standby duit.. Tapi alhamdulillah dia orang cakap nak bantu ja,tak mintak apa2..

Cara dia orang ni lain sikit, jenis tangkap masok dalam botol.. Ada salah sorang mungkin ada kelebihan dapat tengok benda2 halus..

Ada la 5 ekor tak tau spesis jin apa dalam rumah dah tangkap masok botol.. Dapat tengok pulak tu dengan mata kami.. Aduh gampang betol, aku mula la terbayang..

Orang tu cakap, kalau nak pergi dapur atau bilik air.. Mintak suami temankan.. Risau kalau benda tu datang lagi nak tunjukkan diri.. Mau pengsan.. Ok la..

Lepas pagar rumah luar dalam.. Aku pun macam da ok la sikit.. Hari ke 11,, petang tu tiba2 aku dapat rasa benda tu datang semula.. Sendi2 mula sakit..

Laki aku wassap ‘syg, pagar bocor.. Pagar yang dia org buat semlm bocor,,

Malam kedua diorg dtg berubat.. Kali ni buat air bagi mandi, minyak utk celak, air utk minum.. Malam ni dpt lg 6 ekor..

Yg tgh dtg dari rumah sebelah nk masok dlm rumah aku pn ada.. Hurmm.. Mungkin sbb ni la inara x dpt susu, dia nmpk benda tu.. Lps tu benda tu menumpang kt dada..

Kesian anak.. Da hampir 2 mgu tau aku sakit, inara asyik menangis.. Mmg semua ni buat rumah tangga aku porak peranda.. Lps diorg pagar lg sekali..

Alhamdulillah aku da sembuh, tapi tak sepenuh nya.. Kesan bisa yang benda tu tinggal kan.. Ambik masa yg lama nk sembuh..
Tu baru 2 mgu benda tu tumpang aku, dok pk jugak..

Mcm mana la orang yang ada saka, x sempat nk buang atau pun nk buang benda tu..sakit…
Nak menghadap sakaratulmaut.. Tersiksa.. tak tercapai dek akal..

Malam seterusnya,, sedang kami 1 family standby nak tido.. Waktu tu hujan renyai, dalam pukul 10 mlm..

Boleh pulak dengar suara perempuan mengilai kat rumah sebelah lot kosong yang semak tu.. Aku tnya irfan utk kepastian, irfan ke yang buat bunyi tu..

dia ckp dia tak buat sambil mata pejam, tangan tunjuk ke tingkap.. Then dia terus tido, takot punya pasal..

Laki aku terus msg abg lan, mntk tlg paktam tgk.. Benda apa kt luar rumah,,, hurmm kat pagar tepi rumah ada pontianak kata nya..

Hampa boleh bayangkan tak, laki aku yang berani sblom ni.. Skrg dah jadi seorang yg sgt2 penakot..

Malam tu lagi sekali, aku dgn laki aku tak dpt tido.. Sambil kami dok throwback.. Patut la selama ni bila kita borak apa2,, makcik mcm tahu2 je kan..

Yela, ada la kadang2 dok pelik.. Lama tak nmpk keta Honda anak makcik, dah jual kot.. Aku ckp kt laki aku..

Tengok2 dok keesokan hari nya, makcik dtg rumah borak2 dgn aku.. Tiba2 dia boleh ckp kereta honda anak dia rosak, hantar bengkel..

Wahhh,, hebat ko punya spy kan makcik.. Apa yg aku borak dgn laki aku, almost 99% dia akan dtg explain tanpa kita org tnya.. Sebelom ni x penah terpikir pn mcm mana la makcik boleh tau..

Keesokan hari nya, kami terus pindah ke kepala batas.. Terima kasih kak linda tlg cari rumah, walaupun dalam masa yang begitu sigkat..