Mesin jahit dari makcik yg ku sangka rezeki rupanya bala melanda. Aku jatuh sakit dan inara selalu menagis taknak susu

Assalamualaikum semua,, terima kasih sebab sudi baca cerita aku yang sebelum ni,apa yang aku tulis memang benda ni benar2 berlaku..

tak ada satu apa yang aku ubah, begitu juga nama.. aku tertinggal banyak benda.. Ni suami aku yang ingatkan aku..

Pagi sebelum makcik datang rumah, suami mintak aku whatsapp makcik tanya sihat atau tak, sebab lama tak nampak makcik..

Belum sempat nak whatsapp, lepas ja laki aku pegi keja.. Makcik dah kat depan pintu rumah.. Lajuuuu… Hihihi..

Mesin jahit tu abah aku dah pulangkan pagi tu, sebelum pulangkan mesin tu.. Ada jugak aku cakap kat family, hati aku terlalu sakit dengan apa yang berlaku rasa macam nak bakar ja mesin tu kat laman rumah, tapi mak aku halang,, risau nanti keadaan bertambah buruk..

Bila di fikirkan balik,logik jugak..lagi satu, sebenarnya sebelum jiran belakang rumah datang hulurkan bantuan nak berubat aku..

Aku dah berubat dengan 4 orang.. Tapi tak sembuh.. Kuat nya dugaanMu Ya Allah.. Sebelum ni penah cakap kat suami, kan best kalau ada mesin jahit..

Boleh jahit baju sendiri.. Nahh!! Kan dapat percuma, sekali dengan pakej sakit dan porak peranda hidup.. Hehe…

Ok.. Memandangkan ramai yang mintak aku buat sambungan cerita Mesin Jahit Puaka..Aku gagahkan jugak untuk tulis,sebab setiap kali bercerita tentang semua ni, terasa seram sejuk menyelubungi, meremang bulu roma..

masa mula2 tulis,terasa sakit sendi2.. Aku terus stop dulu..rasa nya kisah yang pertama ambik masa dalam seminggu jugak aku nak habiskan..

Lepas dah pindah, hidup kami sekeluarga masih lagi dalam trauma.. Terutama inara,dia tak boleh berenggang pun dengan aku..mungkin masih lagi dalam ketakutan..

Seminggu lepas pindah, makcik ada call tapi aku tak berani jawap.. Sebab mak abah dah pesan awal2 jangan jawap call dia ataupun whatsapp dari dia..

Kami mulakan hidup macam biasa,tiap2 minggu hari ahad kami akan balik ke rumah abah..ada satu hari ni, aku dan suami pegi lawat jiran belakang rumah yang banyak membantu..

‘eda, tau dak minggu lepas dalam pukul 1 tengahari, kak nampak makcik berdiri kat penjuru pagar sambil tengok tepat kat rumah kak, yang pelik nya waktu tu hujan renyai..

Kak dok pikiaq apa la makcik buat tengah hujan, lama pulak tu dia berdiri.. kak takot sangat eda,kak terus lari masuk dalam rumah..

Agak nya dia marah kat kak la kot sebab tolong eda, kata kak siti kepada aku’.. Aku cuma mampu diam,, mintak dia kuatkan semangat..

Lepas mintak diri nak balik, kat rumah sewa baru.. Kepala aku terasa berat, badan mula sakit..

Lagi sekali! Sepanjang minggu tu rasa berat sangat badan, lama jugak nak sihat nya..masih lagi balik rumah abah, bila balik ja kat rumah sewa,ok.. Tak sakit,

Minggu seterusnya, aku dan suami ada pergi lagi rumah jiran untuk hulurkan barang dapur.. Balik ja rumah sewa, lagi sekali aku sakit..

terbaring,aku dan suami mula berpandangan sesama sendiri,, b perasan tak.. Kalau kita balik rumah abah saja, sayang tak sakit.. Tapi bila kita lalu ja area ‘rumah lama’, mesti sayang sakit..

Lama aku diamkan diri, takut nak cakap kat mak abah yang aku sakit.. Confirm2 abah marah sebab dia dah pesan jangan pegi area tu.. Hurmm,, spesis ketegaq..

‘B, sayang balik rumah abah.. Tak tahan dah ni, terlalu sakit.. Suami kat tempat keja, aku gagahkan diri drive..

Perjalanan ambik masa hampir satu jam nak sampai, dengan sakit nya.. Nak handle dua ketoi anak.. Hanya mampu bertahan…

‘Aku dah kata! Jangan pergi situ lagi, hang tak mau dengaq cakap aku.’ ok, terpaksa tadah telinga dengaq abah beletiaq,, memang salah aku sebab ketegaq..

lepas ni hang jangan lalu lagi situ, biar guna jalan lain pun tak pa, kata abah.. ‘ aku pun iyakan saja,mana boleh bangkang,, salah aku.. Alhamdulillah dah ok lepas berubat, memang aku tobat serik nak mampus dah..

Sampai ja kat rumah sewa,, B!! Makcik call.. Apa lagi yang dia nak?? Aku mmg tak berani nak jawap,,dan lepas tu aku terus block semua number dia..

Seminggu lepas tu, kakak sulung aku datang rumah..’eda,hang tau dak makcik tanya kakchaq pasal hang, dia tanya hang dok mana la ni..

Kakchaq cakap dok pineng, tak cakap detail hang dok mana, makcik cakap kat kakchaq.. Masa hang pindah barang, dia tak dapat datang tengok,dia pegi Perlis..

Dammm! Macam mana dia cakap dia pegi Perlis sedangkan waktu angkat barang naik lori, suami aku nampak pakcik ada kat laman rumah, aku pun nampak makcik kat belakang dapur dia sambil cuci periuk ka apa benda ntah..

Tak tahu la apa niat dia cakap mcm tu kat kakak aku.. Masih lagi pelik.. Hurmm biarla dia..

Dan selepas tu aku tak bercakap langsung dah pasal cerita mesin ni, sebab bila aku cakap ja.. Meremang bulu roma, seram sejuk tu kuat sangat.. Sambil taip ni pun,terasa2 saja..

Selepas beberapa bulan baru lepas kejadian, baru aku berani share semua ni..
Baru minggu lepas aku bawak inara berubat lagi sekali,kesian baby girl aku yang seketoi ni..

Dia macam hilang semangat, jadi cenggeng sangat, cepat terkejut,tak boleh dengar benda yang kuat, terus nangis..mungkin dia masih lagi trauma, tak siapa tahu..

Segala benda yang dia buat semua pergerakan dia terlalu slow macam ‘kongkang’.. Tapi alhamdulillah lepas berubat, dia dah jadi aktif..

semoga kita semua terus kuat dalam menghadapi semua dugaanMu Ya Allah.. Dan aku, semoga lepas ni aku lebih berhati2 dengan semua orang..

aku tulis kisah ni agar menjadi ikhtibar buat semua dan diri aku sendiri… Jangan terlalu bersangka baik dengan orang yang baik terhadap kita..
Sekian..

Assalamualaikum
-Murshida Eda-