Rumah dah kereta milik saya. Tapi naik muak tiap minggu mesti ipar akan dtg dan gangu privasi saya sekeluarga. Bila ditegur bergaduh besar pula

Foto sekadar hiasan. Assalam dan Salam Sejahtera kepada pembaca. Di harapkan admin dapat siarkan coretan ini peringatan bersama.

Apabila adik beradik kita sama ada abang atau kakak kita berkahwin, fasa perkahwinan 1 – 5 tahun hingga 10 tahun pastinya mencabar.

Pada saat ini, masing-masing sedang diuji dengan pelbagai ujian. Tanggungan ahli keluarga bertambah serta career masing-masing akan grow.

Selain career, jumlah hutang juga pasti bertambah. Peringatan dan kisah ini untuk adik ipar dan juga mertua.

Jangan diganggu keluarga anak kita. Anak yang belum berkahwin biarkan berdikari. Biar dia rasa susah kehidupan supaya dia lebih menghargai.

Saya bekerja di sektor minyak dan gas di Kuala Lumpur. Keluarga saya hanya kecil. Mak ayah sudah pencen tapi masih cergas bekerja di kampung. Berbeza dengan keluarga suami yg kais pagi makan pagi.

Saya terima suami seadanya walaupun taraf pendidikan dan ekonomi jauh berbeza memandangkan kami berkawan sejak bangku sekolah.

Keluarga saya terima seadanya menantu mereka asalkan lelaki tersebut menjaga saya dengan baik. Saya simpan ketat-ketat cerita rumahtangga saya. Agar tidak dihidu oleh ibu ayah.

Bila saya bekerja dan berjawatan tinggi. Saya ada beli rumah dan kereta. Cukup 1 kereta untuk kegunaan bersama. Suami pula menanggung barang2 dapur, duit sekolah anak, bil utilities.

Hidup saya terganggu dengan kehadiran adik ipar yang sambung belajar di IPTA di ibu kota. Mereka sering mengatur hidup suami saya iaitu abangnya.

Setiap minggu abangnya perlu ambil dia di hostel dan datang rumah saya. Malah 1 bilik di rumah saya sudah jadi bilik dia.

Bayangkan, saya penat bekerja setiap hari ulang alik naik LRT. Hari minggu kene melayan adik ipar. Sudahlah tidak pandai membawa diri.

Minum air gelar terbiar bersemut di meja. Kalau makan, pinggan terbiar di dalam sinki. Barangkali dia ingat saya ini bibik dia agaknya.

Adat menumpang di rumah orang, pandai2 la bawa diri. Hidup saya memang amat2 terganggu. Rumah ini milik saya. Tapi saya tiada kebebasan.

Kereta milik saya, tapi hujung minggu tidak dapat kemana-mana kerana suami guna untuk menjemput dan mengambil di hostel.

Kalau saya nk keluar berjalan pasti dia nk ikut. Saya rimas. Kalau boleh, saya nk bawa anak-anak saya je dan suami je.

Kalau sebulan sekali, okay la lagi. Kalau tiap2 minggu, naik muak saya tengok muka dia.

Untuk pengetahuan semua, depan2 saya dia cakap dengan abang dia. Dah tamat belajar dia nak tinggal di rumah kami. Nak cari kerja kawasan rumah kami kerana tidak perlu fikir sewa rumah, transport, dan makan minum.

Yaa Allah. Naik stress saya dengan parasit ni. Saya cuba berbincang dengan suami supaya carikan rumah sewa atau bilik sewa. Tapi kami bergduh teruk sampai suami sanggup craikan saya.

Saya sangat stress. Mungkin mereka berdua ni lupa rumah tempat berteduh ini milik siapa.

Pesanan saya, Jangan la diganggu rumahtangga adik beradik. Kalau nak menumpang seminggu dua tu tak jadi masalah.

Tapi kalau nak bertunggu tangga rumah adik beradik tu dah kira kacau rumahtangga orang.

Lagi 1, tengok sekali. Rumah tu milik adik beradik kita atau abang ipar atau kakak ipar kita.

Kalau milik ipar, adik beradik kita sekadar menumpang. Fikirkanlah. Sebab ipar kita pun punya mak ayah dan adik beradik lain juga nak bertandang.

Adik saya sampai tak nak datang rumah sebab ipar2 dok bertenggek kat sini lama-lama. Sama juga mak ayah saya.

Rumah saya ini bukan lah besar. Apartment 3 bilik. Bayangkan lah. Kalau family saya datang, mana nk duduk kalau ipar duai 2 3 orang dok bertenggek lama2.