Suami kerja offshore. Hutang suami memang byk. Lepas suami pergi sy terduduk masa terima wasiat. Mertua terus menyepi

Foto sekadar hiasan. Pengajaran pada sang suami. Aku isteri. Anak 5. Telah kem4tiaan suami setahun lalu.

Arwh suami bekerja Ofshore. Gaji mencecah 20k setiap bulan. Keuarga kami bahagia mempunyai 5 anak kan. gado tu biasa. Saya bekerja.

Pegawai di Pejabat Perikanan. Gaji saya mencecah 5k. Rules perbelanjaan kami, barang saya, saya beli sndiri kerana saya ada pendapatan sendiri.

Dan sepanjang suami tiada sebulan bekerja, saya akan menanggung semua. suami bekalkan bayaran bulanan cuma tak ade la memenuhi keperluan sebulan.

tapi, saya faham yang suami perlu menanggung ibu bapa dan adik2nya.

Berbalik pada selepas kepermergian arwh suami saya, tidak disangka suami saya mewasiatkan segala harta kepada anak dan ibunya.

Untuk saya isteri dapatlah savingnya yang tak sampai 10k .Saya terduduk diam ketika menerima wasiat.

saya berdoa dalam hati supaya ibu mertua dapat membantu cukup untuk membayar hutang suami telah memadai.

Satu2 pihak bank datang. menyatakan hasrat mengutip hutang..Mashaallah hutang suami saya mencecah 300k (credit card, pinjaman, kereta, rumah dll).

Dengan apa saya mahu bayar sedangkan insurans dan wasiat suami, untuk anak, perlu berumur 18 tahun.

saya terduduk..Saya hanya meneruskan pembayaran rumah dan hutang2 arwh dan hutang saya sendiri.

Rumah inilah tempat saya berteduh dengan anak2. Saya cuba menuntut pada ibu mertua saya untuk meringankan bebanan saya.

Bukan tidak dibagi tapi rm500 bulanan diberi tak mampu nak membiayai anak2 sekolah, makan minum apatah lagi hutang.

saya begitu sedih. Apa yang tidak disangka, ibu mertua saya yang dulu baik dengan saya,yang disanjung suami, syurga kepada suami saya, tak disangka bersifat demikian. tidak berlaku adil.

Jawapannya, ibu mertua perlu menanggung bapa mertua tak bekerja dan anak2 yang masih sekolah (adik suami). Sedangkan nafkah tu sepatutnya mendahului anak saya.

Saya tak nak gadohkan. saya begitu sedih. saya perlu hadap dengan anak. Anak kecil saya terpaksa putus susu. Terpaksa disekolahkan disekolah biasa.

Makan apa yang mampu. Barang rumah banyak dijual. Emas saya apatah lagi.Selepas kejadian,keluarga suami lebih menyepi,mungkin takut saya menuntut lebih,saya dah redha.

Saya percaya rezeki Allah itu pasti.Saya berserah pada Allah.Biarlah mereka yang bersalah terima balasannya nanti.Walhal, adik beradik suami yang bekerja bukan kerja biasa2.

Tapi masa inilah,mereka menganggap saya mampu menanggung dengan kerjaya saya. Selepas saya kebuntuan, saya menurut kata rakan-rakan sepejabat,

saya terpaksa berdaftar ke AKPK, walau hakikatnya hutang tu bukan dibuat oleh saya. Simpanan ASB saya bukan digunakan untuk anak2 saya.

Saya membayar sepenuhnya hutang suami. Setiap bulan perbelanjaan wajib saya beli beras, meehoon, biskut, susu, pampers, telur.

anak saya yang sebelum ni senang turut sedih bila hari2 perlu makan telur. Itu je saya mampu..Setiap hari saya akan memikirkan masa depan anak-anak saya,sampai bila saya perlu tanggung hutang2 yang ditinggalkan oleh suami saya

Untuk sang suami di luar, tolong fikirkan semula bila mewasiatkan penama. Sekiranya punyai anak-anak,fikirkanlah masa depan mereka sebelum mewasiatkan harta,janganlah tinggalkan hutang anda ke anak bini kerana ia sangat membebankan.

Fikirkan siapa yang bersusah payah waktu hidup bersama yang menjaga dan mnguruskan anak. Fikirkan nafkah mana perlu didahuluukan. apatah lagi waktu suami sudah tiada.

Jgn biarkan isteri menanggung hutang. cukup pengalaman saya, bukan untuk memburukkan arwh tapi sebagai pengajaran untuk kalian di luar sana.

Saya tetap sayangkan arwh suami saya itulah syurga saya.