Aku dan suami xpnh solat. 1 hari sedara tny kiblat. Aku terkelu, malu tak terkata. Sejak itu mcm2 berlaku

Gambar sekadar hiasan. Assalam, mohon admin siarkan luahan saya ini sebab saya tiada tempat nak kongsi masalah demi jaga aib suami saya. Mohon pembaca dapat bagi idea untuk bantu saya. Sekadar makluman saya berumur 25 tahun dan suami 32. Tahun ni masuk tahun ketiga perkahwinan kami, ringkasnya suami saya baik serba serbi cuma satu saja kekurangannya iaitu dia sekadar Islam atas nama.

Jujurnya saya juga begitu dulu. Hanya sekadar puasa di bulan ramadhan tapi tak solat walaupun tahu segala hukum. Saya mula tak jaga solat ketika remaja kerana ada krisis keluarga dan rasa nak memberontak sebab rasa tiada siapa yang peduli.

Waktu itu, saya rasa tak pela nanti kawin suami aku bimbing la ke jalan yang benar. Tapi malangnya suami saya pon 2 kali 5 je dengan saya.

Tahun pertama perkahwinan kami langsung tak solat malah langsung tak pernah ada perkataan solat pon dalam rumah. Kami masing-masing tak pernah ungkit pasal solat dan jalani rutin harian dengan kerjaya sendiri.

Pada waktu ramadhan pula, saya hanya puasa sendirian kerana suami saya tak puasa pon. Pada mulanya bermacam alasan dia bagi sebab tidak berpuasa dan paling banyak kali digunakan adalah letih bekerja.

Tapi saya tahu bukan sebab letih kerja kerana saya pernah nampak jam 8 pagi, belom ke kerja pon dia dah sorok-sorok hisap rkok belakang rumah. Bila petang bagi alasan hari ini kerja penat tak larat nak puasa.

Pendek cerita suami saya bagai Islam atas ic sahaja tapi depan orang dia ada la berlakon pergi solat dan puasa. Mungkin hanya sebab segan dan nak jaga air muka hakikatnya di rumah memang tak buat pon.

Suatu hari sedara mara kami datang ke rumah dan bila masuk waktu solat mereka minta untuk pinjam sejadah dan telekung.

Waktu tu saya rasa malu yang teramat-amat sangat sebab saya hanya menjumpai sehelai sejadah yang penuh habuk dalam rumah dan kelam kabut mencari telekung yang saya sendiri tak gunakan.

Malah ketika mereka tanya arah kiblat pon suami saya tergagap-gagap menjawab sambil google kompas nak cari arah. Malu sungguh saya rasa depan mereka sebab pasti mereka tahu kami berdua tak solat pon dalam rumah.

Mulai detik itu, timbul kesedaran dalam hati saya untuk berubah. Saya perlahan-lahan belajar semula solat dan mengaji. Cari semula ilmu-ilmu agama yang dah lama ditinggalkan. Sentiasa dengar kuliah-kuliah ilmu untuk menjadi mslimah sejati dan mengajak suami untuk berubah bersama.

Apabila saya cakap isu agama dan solat pada suami,dia hanya akan angguk-angguk dan cepat tukar topik ke lain. Pada mulanya dia ikut tapi berpaksa. Saya perlu paksa dia solat ibarat paksa budak kecik pergi sekolah.

Membebel, nasihat, tarik tangan ke toilet untuk ambil wuduk dan duduk sebelah tunggu dia solat. Saya buat begitu hari-hari dengan harapan dia akan buat secara paksa pada mulanya dan lama-lama akan lakukan sendiri secara suka rela.

Hati saya lega lihat suami saya pon dah solat mujur dia memang seorang yang menurut kata. Memang apa yang saya cakap dia akan selalu iya kan sahaja dan tak pernah melawan.

Tapi bukan setiap masa saya dapat perhatikan dia ketika solat. Kalau waktu bekerja saya selalu mesej dia tanya dah solat ke belom dan dia selalu balas dah.

Saya rasa lega dia dah jaga solat walaupon saya tiada disamping dia tapi rupanya dia tipu sahaja. Itu semua lakonan. Hati saya hncur dapat tahu selama ni dia hanya berlakon solat je jika saya tak awasi dia ketika solat. Hati saya boleh dapat tahu sama ada dia menipu atau bercakap benar.

Akhirnya, dia sendiri mengaku pada saya dia cuma solat sebab nak jaga hati saya dan nak elakkan pergaduhan.

Walau dah macam-macam cara saya cuba untuk sedarkan dia kewajiban solat dia tetap tak berubah. Saya tidak mahu dia hanya berlakon solat demi saya.

Saban hari kami bergaduh hanya kerana ini dan selepas itu dia cuma akan pujuk dan usaha sejukkan hati saya dengan bermacam cara.

Saya memang tak boleh nak merajuk lama dengan dia sebab dia pandai beli jiwa saya. Dia juga pandai berjanji untuk berubah tapi itu semua hanya janji kosong dan sekadar nak memujuk.

Dia memang suami yang baik dan selalu melayan saya bagai puteri raja sejak dari hari pertama kahwin sampai sekarang tak pernah berubah. Segala kemahuan, kehendak saya dia tunaikan.

Dia juga tak kedekut dengan wang ringgit. Pendek kata tiada apa yang saya nak complain selain daripada dia tak jaga agama.

Sifat dia juga seorang yang ramah, sentiasa tersenyum, suka bersedekah dan semua orang sangat senang pada dia. Saya perlu jenis tak pandai bergaul, pendiam, dan nampak garang bertentangan dengan sifat dia.

Saya juga banyak terhutang budi dengan dia sebab dia yang merubah saya dari seorang yang liar dan suka memberontak kepada orang yang lebih matang.

Dia juga yang pulihkan hubungan saya dengan ibu bapa saya dari langsung tak bertegur sapa sampai boleh bersua muka sekarang (walau kekok bagai orang asing), dia banyak ajar saya erti kesabaran dan memaafkan kesilapan orang lain.

Kemuncaknya, kami bergaduh besar selepas saya minta bantuan sesorang untuk menasihati dia.

Pertama kali saya lihat dia meng4muk begitu. Mungkin dia rasa ego dia tercabar apabila ada orang lain yang tahu salahnya yang itu.

Dia tuduh saya cuba nak menjatuhkan maruah dia. Saya pulak terlepas kata panggil dia munafik sebab pura-pura je solat depan orang padahal sekadar Islam atas ic sahaja.

Dia marah sampai terbalikkan meja kaca sampai berterabur kaca seluruh lantai rumah.

Saya pijak kaca masuk bilik sambil menanggis bukan sebab kaki luuka tapi sebab dia cakap saya takkan masuk syurga walau konon acah ustazah solat lima waktu tapi luukakan hati suami.

Dia cakap kalau dia tak ampunkan saya jangan harap nak c1um bau syurga. Hati rasa skit pedih lebih dari skit terpijak kaca.

Tapi lepas tu macam biasa dia cuba memujuk saya semula. Dia merawat saya sepanjang malam dan tidur di hujung kaki saya seolah-olah saya skit tenat padahal luuka di kaki sahaja.

Sejak itu, saya dah berputus asa untuk merubah dia. Saya langsung dah tak ungkit pasal solat depan dia. Langsung tak ajak dia solat dan ingatkan dia pasal solat.

Saya anggap saya dah buat apa yang termampu tapi untuk memberi dia cahaya hidayah itu bukan saya.

Sejak saya dah tak sebut pasal isu agama kami dah jarang bergaduh dan saya pon dah tak pernah nampak dia solat lagi di rumah. Kalau berjalan pon dia cuma turunkan saya di msjid untuk solat dan dia tunggu dalam kereta seperti perempuan yang datang bulan.

Saya memang rasa kecewa tapi hanya simpan dalam hati sebab malas nak bergaduh. Waktu bulan puasa pon saya cuma pura-pura tak nampak dia sorok-sorok makan tak puasa.

Saya hanya mampu berdoa semoga satu hari nanti dia dapat kesedaran untuk berubah dan jaga kewajiban dia sebagai seorang mslim.