Mak jaga ayah tiri sakit hingga sbln skli baru dpt balik rumah. Berhari mak pakai baju yg sama. Bila mlm, mak sidai tepi katil. Aku sedih tengok mcm tu

Gambar sekadar hiasan. Asalam semua pembaca. Tujuan saya menulis di sini adalah untuk meluahkan serta mahu meminta pendapat para pembaca ..

Saya merupakan anak perempuan tunggal. Ibu bapa saya sudah berpisah sejak saya kecil lagi . Ibu saya sudah banyak menderita dengan perangai ayah kandung saya.

Saya mempunyai 2 orang abang tetapi tak mahu lah saya cakap lebih lebih cukup lah sekadar para pembaca tahu ‘harap je anak jantan tapi tak guna’.

Ketika saya sudah hampir tamat sekolah menengah ibu saya berkahwin lagi dengan lelaki yang hampir sebaya dengan arw4h atok saya ,

tetapi saya tak kisah pun sebab ibu saya dah lama menjadi ibu tunggal . Bukan senang membesarkan anak seorang diri , kalau semua anak perangai elok takpa la jugak ni tak .

Bagaimanapun , Alhamdulillah syukur saya mampu merealisasikan impian mak saya yang teringin lihat anaknya ke menara gading walaupun saya takde lah ANC pun.

Berbalik kepada cerita asal tadi , mak saya jaga ayah tiri saya dgn baik sekali walaupun dia sering jatuh skit atas faktor umur yg sudah lanjut.

Mak saya tak pernah tinggalkan bapa tiri saya . Untuk pergi mengaji di surau pun kalau bapa tiri saya tak izinkan mak saya tak kan pergi.

Mak seorang yang cantik dan nampak sangat muda walaupun umurnya dah menjangkau 50+.

Saya pun sayang ayah tiri saya cuma sometimes tu ada la pertelingkahan sikit biasa la keluarga mana yang perfect tiada salah faham kan ..

Mak pun pernah bergaduh dengan ayah tiri saya kerana dia seorang yang agak kedekut tapi mak tak pernah tinggalkan dia dan masih bertahan.

Mak cakap la dia seorang yg baik cuma ‘kedekut’ tu saja tak boleh buang.. takpe lah kami boleh terima kekurangan dia tu.

Pada penghujung tahun lepas bapa tiri saya s4kit teruk. Hampir 2 bulan dia berada di hspital dan selama itu juga lah mak sentiasa berada di sisi dia ..

para pembaca bayangkan lah selama 2 bulan tu hanya sekali atau 2 kali saja mak saya pulang ke rumah.

Saya sendiri kasihan melihat ibu saya , krus kering tak terurus macam mak pulak yg s4kit. Mak memang lah nampak muda tapi umur mak tetap dah lanjut.. ada sekali tu mak menangis sebab letih sangat.

Saya pulak ketika tu bekerja jauh dari rumah cuti pun susah dapat. Seminggu sekali je cuti mana sempat nak balik lawat mak .

Kalau nak cuti lebih dari 2 hari kena apply awal2 dan sebulan hanya sekali sahaja boleh.

Ada sekali tu saya balik , mak bagitahu saya mak pakai baju yg sama berulang kali sebab xde baju ..

baju dalam dan seluar dalam pulak mak basuh guna sabun mandi je dan bila malam takde orang baru mak sidai di tepi katil.. Allah sedihnya saya dengar .. saya terus kutip baju mak dan bawa ke dobi.

Mesti ramai tertanya mana perginya anak anak bapa tiri saya ? Ada .. cuma mereka semua dah besar dan berkahwin dan bapa tiri saya pula mmg nak mak je yang jaga dia xnak orang lain. Mereka ada lah juga membantu serba sedikit ..

Namun begitu, Allah lebih sayangkan ayah tiri saya.. Akhirnya dia pergi .. mak sedihhh sangat .. mak tak gila harta mak serahkan segala dokumen buku bank kad bank geran kereta geran tanah semua kepada anak2 dia .. bapa tiri saya mempunyai pencen.

Saya pula berhenti kerja sebab nak balik jaga mak , saya tak mampu nak bawak mak tinggal dgn saya di ibu kota kerana living cost dekat sana sangat tinggi.

Tak kan saya nak sewa bilik untuk mak pulak . Kemudian kami buat keputusan untuk berpindah dari rumah bapa tiri kerana rumah tu nama anak papa lepastu pulak rumah tu besar dan agak jauh dari bandar .

Hampir sebatu untuk ke pekan . Kalau saya nak berulang alik kerja jauh dan banyak gunakan duit untuk minyak.. kalau nak menyewa di luar saya kesian nak tinggal mak sorang sebab kawasan situ agak sunyi.

Saya malas nak cerita panjang tentang hal ni sebab saya depressed bila pk pasal ni. Saya cuma nak tanya betulkan wang pencen bapa tiri saya tu harus difaraid.

Mereka cuma bagi mak 100+ sahaja sebulan . Gaji yg saya ada skrg pun tak cukup nak tampung kehidupan kami , nak bayar sewa rumah lagi keperluan rumah lagi api air lagi ..

mak pula buat kerja part time di rumah .. Saya kesian tengok keadaan mak .. Saya pulak gaji kecik , kalau gaji saya besar mak tak payah kerja ..

saya tak kesah kalau saya tak kahwin pun .. janji saya dapat jaga mak .. Maaf lah kalau luahan saya ni beterabur .. Saya cuma nak tahu tentang hak mak ..

Mak cakap mak tak kisah pun pasal harta yg lain cuma mak sedih kenapa sikit sangat wang sara hidup yang mak dapat ..

Pembaca bayangkan lah 100+ bayar sewa rumah pun tak cukup. Saya harap xdela yang cakap saya tak bersyukur .. Buat pengetahuan pembaca anak2 bapa tiri semuanya hidup senang ..

Bila ditanya mereka kata mereka rujuk kepada ustaz , dan ustaz kata wang pencen bapa tiru tu mesti lah difaraid .. betul kah ? – Anak mak.