Aku benci nenek, suka bebel dan buat bising. Satu pagi tu nenek tak begerak lagi. Aku bagai tersedar dri mimpi kejaamnye aku layan nenek mcm tu

Gambar sekadar hiasan. Assalam. Membaca beberapa tulisan berkenaan menantu yang tak suka dengan mertua yang lanjut usia, yang banyak cakap dan yang nak berkepit dengan anak lelaki nya..

buat aku teringat kat nenek aku. Maaf kalau panjang tulisan aku ni. Tarikh lahir nenek aku yang tepat tidaklah dapat dipastikan. Tapi yang pasti nya, umur dia dah cecah 80 an tahun 2022 ni.

Nenek aku besarkan ayah aku sorang², sejak dia ditinggalkan suaminya masa ayah aku dalam kandungan lagi.

Ayah aku pulak jadi anak tunggal lepas kematian adik beradik yang lain akibat skit masa kecik. Jadi boleh kata nenek aku hanya ada ayah aku seorang je dalam hidup dia.

Lepas spm, ayah aku dpt kerja tetap tapi di negeri lain yang jauh daripada kampung.

Sampailah ayah aku menikah dan kami adik beradik lahir, nenek masih tinggal seorang nun jauh di kampung.

Disebabkan faktor kos yang mahal, kami balik jenguk nenek setahun sekali waktu raya je.

Tahun demi tahun berlalu, kesihatan nenek makin merosot jadi ayah buat keputusan bawak nenek tinggal sekali dengan kami.

Masa ni umur nenek dah 70 lebih. Hubungan aku dengan nenek bkn macam orang lain. Aku langsung tak rapat dengan dia.

Tak pernah ada adegan bermanja dengan nenek, usap² kepala ke, pel0k ke, gurau² ke.. macam dalam drama selalu tu kan. Tak pernah.

In fact, aku yang berusaha untuk tak rapat dengan nenek disebabkan faktor yang aku takmau cerita di sini.

Yang aku nak higlight ialah betapa dingin hubungan kami. Nenek aku jenis suka bercerita.

Aku ni jenis pendiam. Bila dia bercakap, aku tak pernah sambut. Aku biar je dia cakap sorang². Aku tengok tv sambil pekak kan telinga.

Ada masa aku rimas sangat bila nenek tak henti² bercakap.. aku bangun masuk bilik tinggalkan nenek sendiri.

Aku rimas sebab nenek suka bercerita pasal orang² kampung dia yang aku tak kenal pun. Bagi aku, buat apa aku nak dengar benda yang aku tak minat.

Selain tu, nenek suka tanya soalan yang sama berulang² kali. Contoh dia tanya ayah aku mana. Aku jawab ayah ke msjid.

Tak sampai berapa minit, nenek akan tanya lagi soalan yang sama. Ataupun dia sendiri yang akan bagitau aku semula, ayah ke msjid tadi.. macam aku yang tak tahu.

Walhal dia lupa yang dia dah tanya aku soalan tu beratus kali. Selagi aku depan mata dia, dia akan ulang² tanya dan cakap benda yang sama. Cuba bayang perasaan rimas aku masa tu.

Bila benda ni aku hadap berulang² kali, setiap hari dan bertahun², lama kelamaan aku makin kurang ajar.. aku dah berani suruh nenek diam bila dah lama sangat dia bercakap.

Perangai nenek yang suka bercakap ni, bawak ke waktu malam. Bukan setakat bercakap, nenek siap panggil² ayah sampai 1 rumah dengar.

Takde apa hal yang urgent pun tapi dah jadi tabiat nenek macam tu. Rumah kami tak besar mana, pulak tu waktu malam memang sunyi.

Jadi suara nenek macam ter amplifly ke level menjerit². Aku ni jenis senang terjaga. Bila dah buka mata, aku susah nak lelap.

Banyak je hari di mana aku pegi kerja dalam mode zombie sebab tak tidur malam. Kesihatan mak ayah aku pun turut terkesan sebab penat melayan nenek.

Waktu siang melayan makan minum dan jaga kebersihan nenek. Waktu malam kami tak dapat tidur sebab nenek buat bising.

Disebabkan penat dan tak cukup rehat, kadang² suasana dalam rumah jadi tegang bila masing² cepat naik angin.

Dulu sesekali kami ada jugak keluar sekeluarga untuk makan² atau jalan² tapi sejak ada nenek, nak pegi jemputan kahwin pun susah sebab kena susun jadual siapa yang boleh tunggu kat rumah untuk tengokkan nenek. Sebab aku adik beradik kerja shift jadi weekend pun selalu kerja jugak.

Masa ni kalau orang tanya kenapa tak bawak nenek keluar jalan sama, aku mampu rolled eyes je dalam hati.

Nenek aku selain banyak cakap, dia ada masalah kerap buang air. Toilet di rumah ni ayah aku buatkan 1 lagi khas untuk nenek guna, disebabkan kerapnya dia ke toilet.

Dalam masa 10 minit nenek boleh berulang ke toilet hingga 4 ke 5 kali. Walaupun nenek pakai lampin dewasa tapi dia tetap nak pegi toilet, takmau buang dalam lampin.

Itu belum dikira cerewet nya nenek bab makanan. Jadi bila bawak nenek berjalan jauh memang masalah untuk kami.

Sumpah aku benci sangat nenek waktu ni. Bagi aku nenek menyusahkan ayah dan mak sebab kena jaga nenek, sedangkan ayah mak pun dah lanjut usia..

Aku sampai tahap persoalkan berapa lama lagi aku akan hadap keadaan ni. Bila lah rumah ni akan aman.

Bila lah aku boleh bebas untuk keluar rumah bila² masa. Kenapalah kami tak dapat enjoy melancong sana sini macam family orang lain… semua sebab nenek.

At this point, aku dah tak bercakap langsung dengan nenek. Aku tak duduk tengok tv atau makan sekali dengan dia.

Of course ayah kecewa dengan perangai aku ni. Aku pernah try berbaik² dengan nenek.. tapi kejap je. Tak lama nanti setan dalam diri aku ni hidupkan blk api kebencian aku.

Satu malam tu, macam biasa nya aku terjaga dari tidur disebabkan suara nenek yang panggil² ayah. Macam biasa lah tabiat nenek waktu malam kan.

Aku dengar suara ayah membalas pada nenek. Bila ayah jawab, nenek cuma cakap merapu. Aku dengar nenek batuk², suara dia pun macam penat.

Tapi dia masih nak memanggil² ayah. Sampai one point, suara ayah macam meninggi sikit bila jawab kat nenek.

Mungkin sebab ayah penat, nak tidur tapi diganggu. Dalam hati aku sempat merungut “kesian ayah, tak dapat nak tidur lena sebabkan mak dia.

Nenek ni pun, dah semput batuk² macam tu tapi tetap nak panggil ayah lagi”. Lepas tu entah macam mana aku terlelap.

Lepas solat subuh pagi tu, aku dengar mak panggil nenek. Beberapa minit lepas tu, suara mak lain macam.

Cepat² aku keluar bilik pegi kat mak dengan nenek. Mak suruh aku tengokkan nenek ni.

Dengan sekali pandang muka nenek, terus terdetik dalam hati aku yang nenek dah takde. Aku pegang tangan nenek yang jarang aku sentuh tu. Sejuk.

Bila mak dengar aku cakap macam tu, mak hampir nak rebah. Cepat² aku sambut mak dan baringkan dia. Aku terus call ayah yang masa tu keluar ke msjid.

Aku bagitahu yang nenek dah takde nafas, badan dah sejuk. Ayah terkejut. Ayah kata masa malam tu nenek ada lah panggil², tapi tak lama dalam melayan nenek tu, ayah pun terlelap.

Bila bangun subuh tu ayah tgk nenek tidur lena je. Ayah terus ke msjid sebab tak sangka apa².

Lepas letak telefon tu, aku macam tersedar realiti nya. Nenek aku dah takde. Semalam yang aku terjaga tu… mungkin itulah detik terakhir nyawa nenek.

Yang aku pulak boleh merungut pasal dia dalam hati dan sambung tidur. Tak terlintas langsung dalam fikiran aku nak pegi tengok kenapa nenek batuk. Yaa Allah betapa kjam nya aku.

Mak aku tengah berbaring dan menangis. Aku capai wet tissue, aku bersihkan nenek setakat aku mampu.

Aku lap muka dan badan nenek, kemaskan pakaian nenek…. selembut² nya aku lap. Sebab aku nak nenek nampak kemas bila sekejap lagi orang msjid sampai untuk uruskan jen4zah nenek.

Air mata pun mula turun perlahan-lahan masa ni bila aku sedar yang nenek takkan bangun dah, nenek takkan bercakap lagi dah, takkan memanggil² lagi..

Aku volunteer untuk join sama² mandikan jen4zah nenek. Untuk pertama dan terakhir kalinya, aku ambilkan wudhu untuk nenek.

Untuk pertama dan terakhir kalinya, aku pakaikan celak dan wangian pada nenek lepas selesai jen4zah dimandikan.

Untuk pertama dan terakhir kali nya, aku c1um dahi nenek sebelum kain kafan yang menutup muka nenek diikat kemas.

Saat tu aku lupa yang aku bencikan sangat nenek. Air mata keluar tak tertahan, tak pedulikan siapa yang pandang.

Perkataan sesal pun takkan dapat gambarkan perasaan aku waktu tu.Dan haritu, untuk pertama kali nya aku sebut nama arwh nenek dalam doaku selepas solat.

Masa nenek hidup, aku sombong tak pernah doakan kesihatan nenek. Semoga Allah ampunkan dosa² aku.

Arwh nenek pergi beberapa bulan lepas. Mungkin cerita aku ni takde persamaan pun dengan kisah menantu² yang aku sebut di atas tadi.

Cuma kebetulan umur arwh nenek aku lebih kurang dengan mak² mertua yang diceritakan dalam kisah menantu tersebut.

Untuk mereka yang tengah berhadapan dengan warga emas macam arwh nenek aku, cuma satu je aku boleh cakap; bersabarlah.

Klise tapi memang betul, jaga warga emas ni memang bukan mudah tapi bila dia takde nanti, moment² itulah yang kita akan kenang.

Ini kata² daripada mak aku, from her point of view sebagai menantu tunggal yang kena jaga mertua yang skit bertahun².Terima kasih sudi baca. Assalamualaikum.