Ayah aku selalu tukar perempuan,kalau mak dah tak tahan nak hadap semua ni kenapa mak still nak teruskan

Foto di atas sekadar hiasan. Nama aku Hawa (bukan nama sebenar). Aku terpaksa guna alternatif untuk luahkan dekat sini sebab dah tak tahan untuk pendam.

Siapa yang aku suruh bercerrai? Bukan untuk aku sebab aku belum kahwin. Yang aku suruh bercerrai adalah mak dan ayah aku.

Yaa betul, aku lihat terlalu banyak kesalahan dan kekhilafan dalam rumah tangga mak dan ayah aku sehingga effect kepada anak anak.

Dari aku kecil sampai laa aku dah besar sampai dah cukup umur untuk kahwin masalah rumah tangga mak ayah tak pernah aman. Saksi nya adalah kami anak anak.

Sampai kan aku dah habis air mata dah habis rasa kecewa sampai tahap aku dah tak kisah apa nak jadi dengan diorang.

Masalah utama adalah berpunca dari ayah aku sendiri. Ayah aku dari dulu lagi suka main perempuan.

Sejak umur aku 11 tahun aku semakin faham kenapa mak ayah aku gduh. So dari tahun ke tahun aku semakin faham rupanya ayah aku selalu tukar perempuan. Aku, kakak aku semakin jadi benci ayah kami sendiri disebabkan tu.

Dia tak pernah ada masa dan bagi aku dia tak pernah nak faham anak dia. Semakin aku besar semakin aku tak kenal dengan perangai ayah aku sendiri.

Mak sudah bersabar untuk jangka masa yang lama. Kalau kita tengok sekarang kantoi cur4ng memang isteri terus minta cerrai tapi macam mana mak aku boleh tahan?

Ayah tak pernah jalankan tanggungjawab dia. Bil api? Bil air? Tak pernah tanya berapa setiap bulan.

Ajak pergi jalan jalan tak sampai 15 minit keluar dah nak balik. Kecewa aku sungguh kecewa

Masalah jadi semakin buruk sehingga sekarang sebab tahun ni aku dapat tahu ayah aku sudah kahwin lain.

Semasa aku dekat universiti mak dah bagitahu yang ayah sudah kahwin tapi tak lama lepas tu cerrai tapi tahun ni dia kahwin sekali lagi.

Tapi ini lagi teruk sebab untuk seminggu hanya 1 hari je kadang kadang balik rumah. Tidak berlaku adil, Memang tidak layak untuk jadi seorang lelaki.

Bagi pihak mak pulak bagi aku ada jugak salah bukan aku nak salahkan ayah aku sahaja tapi aku tahu mak jadi macam tu berpunca dari ayah sebab dia stress sangat.

Mak sering berkurung dalam bilik kalau dulu suka masak untuk anak anak sekarang dah takde mood untuk masak.

Kalau dulu suka tengok drama tapi sekarang hanya tengok henfon dan check social media ayah dan betina tu.

Mak aku juga jadi semakin panas baran dengan anak anak sebab dia terlalu stress. Yaa aku boleh nampak semua tu, Tapi mak kalau mak kecewa, kalau mak dah tak tahan nak hadap semua ni kenapa mak still nak teruskan?

Bagi aku mak dah hilang rasa hormat dekat ayah, tidak kah berdosa seorang isteri tidak hormat suami. Ayah pula sudah hilang tanggungjawab seorang suami dan ayah.

Sebab tu aku bagitahu terlalu banyak kesalahan dalam rumah tangga ni. Tapi kenapa masing masing bertahan hanya sekadar untuk tambahkan dosa? Kalau ikut kan rasa sayang aku rasa memang dah lama hilang.

Kami adik beradik rela tengok mak ayah kami bercerrai daripada kami tengok mak ayah kami saling gduh dah kutuk sesama sendiri.

Sudahlah hentikan hubungan ni jika takde jalan lagi. Kami adik beradik terasa kesan dari semua ni, kami sudah hilang rasa hormat kepada mak ayah sendiri.

Macam aku sendiri terlalu trauma untuk pilih pas4ngan hidup takut aku dapat lelaki sama macam ayah aku.

Maaf terlalu panjang luahan ni tapi ni pun tak cukup untuk aku cerita. Sampai disini sahaja harap mak ayah baca.