Suami xtahu beza sabun dan softner,Cara makan pun macam tak pernah makan setahun. Tiap kali gduh aku minta crai

Gambar sekadar hiasan. Assalam semua. Terima kasih sebab sudi pilih confession ni untuk disiarkan dan dibaca.

Pertamanya aku memang sudah siapkan mntal untuk terima segala caacian, tohmahan, dan lain lain.

Sebab aku akan terus straight forward tanpa perlu berlapik lapik. Dalam ni aku akan banyak kutuk orang lain dan angkat diri sendiri. Aku minta maaf awal awal kalau buat kalian rasa tak senang.

Tapi aku perluukan teguran dan nasihat untuk diri aku. Untuk itu orang perlu tahu situasi aku dan membuat penilaian berdasarkan apa yang aku tulis.

Aku dah berkahwin sejak beberapa tahun. Tapi aku dan suami hidup PJJ atas tuntutan kerja. Kami tak ada masalah atas perkara ni. Bahkan kami sendiri tak selalu beria ria untuk berjumpa.

Jumpa setakat setahun sekali pun memadai. Dan kami juga buat family planning supaya belum ada anak buat masa sekarang.

Sebelum kahwin kami bercinta tak lama. Tapi sebab masing masing rasa serasi maka berkahwinlah. Aku pun dulu memang jatuh hati dengan dia. Bagi aku, dia hampir sempurna.

Tapi lepas kahwin masing masing tunjuk perangai masing masing. Dan aku tak suka banyak benda yang ada pada dia.

Aku pelik macam mana lah, sebelum kahwin mata aku boleh buta dengan kekurangan2 ni.

Dan kami juga kerap bergduh atas macam macam perkara. Disebabkan itu aku rasa macam nak cerrai sebab aku rasa macam tak nak hidup dengan dia sampai ke tua.

Dalam otak aku, kami pun belum ada anak, jadi masih sempat untuk buat keputusan. Tak perlu pertimbangkan hal anak.

Sebenarnya aku dan suami dah pun berbincang bab ni. Suami aku kata, dia sedia melepaskan aku. Tapi dia kata kalau boleh pertahankanlah. Sebab dia sangat sayangkan aku.

Dan aku pun masih sayang je juga dengan dia. Tapi sebab aku tak suka dengan perangai perangai dia, jadi aku pun tak kisah dah kalau tak bersama.

Kami pun selalu bergaduh dan aku selalu marah dia (bersebab). Bila gduh pula aku selalu sebut perkataan cerrai. Memang banyak sangat sangat dah dosa aku.

Aku rasa lagi lama bersama lagi la banyak dossa. Dia kata, kalau betul betul dah tak nak dekat dia bagitahu segera.

Sebab dia tak nak sia siakan masa dia bersama aku. Sebab umur dia pun dah meningkat.

Tapi ada beberapa faktor yang buat aku berat untuk cerrai. Tu aku tulis bawah bawah nanti.

1) Aku tak berapa suka untuk bersama dengan dia sebab aku rasa dia ni agak lembab. Aku rasa menyampah bila orang terangkan sesuatu kat dia, lepastu dia akan tanya balik benda sama.

Atau dia ulang balik benda yang orang tu bagitahu untuk double triple confirm, walaupun benda tu orang dah terangkan banyak kali.

Tambahan pula benda benda tu sepatutnya sekali dengar pun dah dapat tangkap.

Lepastu selalu sangat bila aku bagi tahu sesuatu, dia respond macam faham. Tapi hakikatnya dia buat endah tak endah je.

Lepas dah lama lama, bila aku tanya balik, dia kata tak tahu. Padahal aku dah pernah bagi tahu.

Jadi aku rasa menyampah dan benda ni boleh menimbulkan pergduhan. Kenapa kau tak peka dengan apa yang orang cakap. Kau ni lembab ke?

Dan dia juga selalu buat buat tahu. Bila orang tanya dia, tapi dia tak tahu jawapan, dia akan pusing pusing atau reka jawapan.

Kalau tak tahu cakap sajala tak tahu. Kenapa perlu tipu. Aku tak suka orang yang tak jujur.

2) Dia banyak tak tahu benda benda simple. Jemur baju tak reti. Menjahit simple simple tak reti. Ikat rambut pun tak reti Beza softener dengan sabun basuh baju pun tak tahu.

Macam macam lagi lah tak tahu. Benda benda basic yang umumnya orang umur dia patut tahu.

Sedangkan dulu dia sekolah asrama dan belajar luar negara. Aku tak faham kenapa dia tak ada basic life sk1lls dan knowledge macam ni.

3) Aku tak suka tengok dia makan. Lahap. Kunyah pun sambil terbuka buka mulut, berbunyi kuat pulak tu.

Lepastu comot comot. Kalau ada family gathering aku sampai perlu pesan berkali kali supaya makan dengan lebih sopan.

Ayah aku seorang yang kemas. Adik beradik aku orang yang judgemntal. Aku tak nak ayah aku ada pandangan buruk terhadap dia,

sebagai orang yang kurang adab bila makan. Dan aku pun tak suka kalau adik beradik aku kutuk suami aku dalam diam.

4) Dia selalu bersangka buruk dengan orang lain. Seolah olah macam semua orang tu nak buat jahat dan berniat buruk dekat dia.

Memang la kita kena sentiasa berhati hati, tapi kenala berpada pada. Contohnya aku dulu jenis mudah simpati pada orang dan selalu bagi sedekah.

Tapi suami aku selalu cakap “orang tu tipu, orang ni tipu, jangan mudah tertipuu, diorang bukannya orang susah pun”. Sampai satu tahap aku jadi terpengruh dan mula jadi kedekut dalam bab memberi.

Bukan dalam hal ni saja, kalau nak membeli dengan orang pun, dia selalu meragui penjual tu.

Kononnya penjual tu nak tippu kita la. Memang la benda tu boleh jadi tapi apa sebabnya yang kau nak cakap macam tu? Tak pasal pasal semua orang kau pkul sama rata.

5) Dia kalau maraah selalu diam sambil berkerut. Kalau dia diam dan move on tak apa, tapi dia ni jenis maarah sambil bermasam muka.

Bila aku dah buat baik dekat dia (kira nak lupakan pergduhan), dia susah nak maafkan.

Masalahnya bila aku tanya “ok ke tak” dia jawab “ok” tapi dalam masa yang sama masam muka.

Kalau tak ok tak payah la nak jawab ok. Dah macam perempuan pulak. Susah sangat nak jujur je dan cakap aku salah kat mana.

Aku memang jenis pem4rah, tapi bila aku maarah mesti bersebab. Kalau aku tak puas hati aku akan cakap dekat dia kenapa dan aku perluukan dia untuk jawab.

Bagi penjelasan dan defend diri dia. Aku nak setelkan masalah ni melalui perbincangan.

Kalau ternyata aku yang salah AKU MEMANG AKAN MENGAKU. Tapi dia akan terus menangkan aku “yela awak betul”/ “ye saya salah”/ “ye saya penipu”. Padahal bukannya dia maksudkan pun cuma dia malas nak layan.

Akhirnya kalau bergduh akan sentiasa tergantung tanpa penyelesaian. Sentiasa macam ni.

Aku dah tegur dia tapi dia kata dia malas nak panjang panjangkan. Dah tu kalau dia jawab macam tu je tapi masam muka sampai 3-4 hari pun jadi panjang juga.

6) Dia tak pandai layan perempuan. Kalau aku merajuk dia tak reti nak pujuk. Dia tak tahu apa yang perempuan nak. Kalau waktu awal awal kahwin dulu lagi teruk.

Sampai aku perlu bagi skema jawapan apa tindakan yang perlu dibuat kalau perempuan buat macam ni, macam tu.

Tapi walaupun aku cakap banyak kali pun dia tetap tak reti nak amalkan. Tak romantis pula tu. Dia mana pandai nak buat surprise surprise ke, bagi ayat ayat manis ke.

7) Dia ni kurang common sense dalam macam macam-macam-macam perkara. Ataupun kesedaran sivik contohnya tak kisah parking kereta dekat tempat parkir 0KU.

8) Dia tak pandai jaga penampilan diri. Selekeh je. Rambut pun tak reti sikat. Kalau keluar pun pakai tshirt2 buruk/ lama.

Bila suruh beli baru macam macam alasan dia bagi, katanya dah banyak baju kat rumah.

Padahal semua baju 10 tahun lepas punya, pun buruk buruk juga. Biasanya akulah yang belikan baju elok sikit untuk dia, atau kemaskan apa yang patut. Tapi sampai bila?

9) Libid0 rendah (tak boleh la nak cerita panjang. Yang rasa je faham.)

10) Aku selalu rasa tak disayangi. Bila dia tengah sibuk mesti dia akan selalu maarah maraah dan mencuka. Di saat aku memerluukan dia mesti dia tak ada menemani aku.

11) Dia tak ada pekerjaaan tetap.

12) Bila aku hadapi tekanan atau mntal breakdown, suami aku bukanlah orang yang aku akan atau boleh cari untuk bercakap/ luahkan. Sebab suami aku bukan jenis memahami.

Ataupun kalau aku ada masalah lain yang melibatkan perasaan, aku tak boleh nak cerita kat suami aku. Kiranya aku tetap sunyi walaupun dah bersuami.

Dan banyak lagi benda yang aku kurang senang tapi tak tulis dekat sini. Tolong jangan cakap “awak patut jaga aib suami” sebab aku memang tak pernah bagitahu pasal benda benda ni dekat sesiapa pun. Paling kurang kat sini kita saling tak mengenali. Dan aku pun penat simpan.

Aku nak luahkan. Aku nak tahu pendapat. Macam mana aku nak minta pendapat kalau aku tak cerita.

Berbalik pada perkara kat atas, apa yang buat aku berat untuk cerrai, yang pertama aku tak nak malu. Keduanya family in law aku baik sangat terhadap aku.

Mak mertua aku pun nampak sayang sangat dengan aku. Ketiga sebab suami aku banyak je kebaikan. Aku fikir sebenarnya suami aku ni ok je. Cuma aku yang susah nak menerima.

Dan aku fikir mungkin orang lain lebih layak dapat suami aku. Orang yang solehah mesti dapat terima suami aku dengan baik dan hidup bahagia.

1) Dia sanggup buat apa sahaja asalkan kita bahagia, contoh belanja makan walaupun tengah tak ada duit, bawa jalan jalan tempat kita nak pergi walaupun sibuk (tapi sebenarnya aku tak suka bila dia tak jujur. Kalau tak mampu bagitahu. Aku tak suka buat orang rasa terbeban.)

2) 100% setia dan jenis tak pandang perempuan lain.

3) Walaupun slow, dia kuat ingatan. Dia akan ingat bila dating pertama, dekat mana, pakai baju apa. Haha.

4) Walaupun tak pandai tapi dia selalu ada usaha untuk bantu kita buat kerja rumah. Contoh kalau aku masak dia akan tolong basuh pinggan. Kiranya bertanggungjawab la, bukan jenis goyang kaki.

Jadi apa yang perlu aku buat? Teruskan atau tak? Mohon beri nasihat dan cadangan solusi. Aku sangat hargai. Terima kasih semua.