Aku hubungi Syed sebelum bertunang. Tak sangka rupanye Kak Tifa salah faham dan ini yg aku dapat. Maaf kan aku kak Tifa

Assalammualaikum.. post kali ni lebih pada maklumat tambahan. Sebab ramai betul yang marah aku terguna term di’Husna’kan tu.

Maka aku terpanggil untuk clearkan beberapa perkara. By the way, tq admin sebab pilih kisah silam aku untuk dishare pada para pembaca.

Yes..ini adalah kisah yang benar2 terjadi dan Husna itu benar2 wujud.

Firstly, aku nak mohon maaf pada semua pemilik nama HUSNA. Bukan aku sengaja memburukkan nama kalian dan aku tau keindahan maksud nama tersebut.

Aku jugak sangat yakin pembaca semua tak akan menyalahkan mereka yang dilahirkan dengan nama Husna.

Mereka cuma marah pada tindakan yang dilakukan oleh watak husna dalam kisah aku ini..

Tpi kalau Husna2 yg lain masih terasa.. aku mohon ampun maaf.. ikutkan korang beruntung nama korang ada maksud.. Nama sebenar aku takde maksud tau. Kesian kat aku..

Mustahil tak pernah ehem2 dengan Syed dalam tempoh 5tahun tu?

Memang tak pernah. Fullstop!Honestly, masa 1st time kantoi dengan Kak Tifa…itulah soalan pertama yg dia tanya…

dan aku dengan yakin menjawab TIDAK! Maybe sebab tu Kak Tifa still cool dengan aku mula2 kantoi dulu..

Apa jadi pada Syed dan Kak Tifa?

Kali terakhir aku menghubungi Syed adalah beberapa hari sebelum aku nak bertunang dengan B.

Tujuan aku adalah untuk memastikan diri sendiri bahawa aku xkan lagi ganggu keluarga Syed. Tapi msg aku disalah erti oleh Kak Tifa..

Dia ingat aku sengaja hantar msg pada Syed dengan harapan Syed akan pujuk aku balik..

Panjang berjela makian dia untuk kali terakhir tu. Dan apabila aku kaji balik, memang SALAH sangat tindakan aku hantar msg kat Syed.

Move on je la kan.. buat ape dok info2 lagi konon2 taknak bagi dia risau yang aku da move on..

Adoila! Childish sgt! Korang tak yah marah aku part ni.. aku da marah diri sendiri banyak kali dah!

Macam mana B boleh mennggal?

Jawapan paling tepat adalah masanya da tiba untuk dia dipanggil yang Esa.. B suamiku ini sebenarnya takde sebarang penykit berbahaaya pun.

Bukan jugak mennggal accdent sebab tengah main msg dgn Husna. Dia mennggal secara tiba2 di rumah..

if ikut alasan perubatan, kemtian B diklasifikasikan sebagai mti mengejut or ssak nafs.

B dan aku ada satu rutin setiap kali b4 tidur.. Kami akan mintak maap sesame sendiri.. takdelah guna ayat skema macam wahai suamiku, ampunkanlah dosaa isterimu ini.. Idakler gitu.. ayat kami simple..

“B..kosong-kosong ek?”

“Ok.. kosong-kosong.. samalah..kosong-kosong ek!”

Jadi, adakah ini dikira yang B sentiasa memohon maaf dari aku? Yup! Aku akan anggap begitu..

Macam mana Husna x tau B mennggal sedangkan satu opiz? Takde buat kutipan ke?

Ermm…B mennggal hari Sabtu. Which is hari cuti.. Maka aku cuma sempat inform kenalan rapat dia sahaja. HR masa tu belum tahu.

Department Husna keje ikut shift sebab tu dia still kena datang office walaupun weekend.

Opcoz ada kutipan, tapi yang informal lah.. Tapi beberapa jam lepas aku hantar msg gtu pada Husna, ada seorang wanita call aku mintak confirmation betul ke B da mennggal..

aku confirmkan. Ketika tu, aku dengar suara wanita menangis di belakang. Aku agak itu Husna. Maybe dia mintak kawan dia call aku untuk confirmkan. Maybe..

Message Husna pada B?

Setelah B mennggal, aku pegang hp dia. Walaupun otak kanan aku larang untuk baca msg2 lama tu sebab tak nak aku sakit ati..

Tapi ootak kiri aku berjaya pujuk aku untuk bukak and baca balik msg2 tu..

Yang buat hati aku semakin lembut adalah B memang nampak cube berubah. Aku nampak banyak msg2 yang Husna hantar dibiar tanpa balasan.

Infact, tiada lagi ucapan rindu or sayang dr B buat Husna beberapa bulan before B pergi..

Mungkinkah dia rasa bersalah bila melihat aku yang makin pasif dengannya? Or dia tahu bahawa dia akan pergi?? Wallahu.. aku tak ada jawapan untuk itu…

Apa jadi lepas aku reply msg Husna?

Aku block no dia.. aku block Facebook dia. Tapi aku lupa nak block dia kat Instagram.

So habis semua gambar B dalam insta aku dia like. Aku tak marah..maybe tu cara dia nak bagitahu aku dia betul2 sayangkan B..

Ingat tak, kes aku dengan Husna berbincang dalam bilik kaca tu? Before aku call B, aku ada tanya Husna, kenapa dia pilih untuk kacau B sedangkan dari awal dia tahu B dengan aku..

Husna jwb dia start suka tengok cara B layan aku dari post2 kami kat Facebook. Yelah, kitorang ni makan durian tepi jalan pun post kat Facebook.

Konon2 menghargai pasangan. Rupanya kami sendiri yang mengundang insan2 seperti Husna ni untuk rasa cemburu dan rasa ingin merampas. Huhuhu..

So wahai pembaca.. satu je aku nak ingatkan “BAHAGIA KITA JANGAN DITANYANG,NANTI ORANG BENCIi NANTI ORANG CURRI, DERITAA KITA JANGAN DIHEBOH, NANTI ORANG KEEJI”…

Macam aku punya post rtu, aku da maafkan Husna.. Sebab dengan cara itu, aku harap Kak Tifa jugak sudah maafkan aku… Cuma aku belum ada kekuatan untuk berdepan dengan Husna lagi..

“Aku..maafkan kamu..tak perlu kita bertemu cukup kau tahu..yang aku..maafkan kamu.. tolong teruskan hidup jangan sebut namaku..” (lirik lagu Jamal Abdilah nih)

Pembaca yang budiman… terima kasih untuk setiap doa yang anda bagi.. Alhamdulillah aku da makin okay dengan hidupku sekarang… and dunt worry, aku xkan menjadi insan ketiga dalam perhubungan sape2 lagi…..

Hujung bulan ni.. genap 6 tahun arwh B pergi.. Aku ada terbaca komen2 yang marah sangat kat B.

Mohonku, jangan la marah dia.. 6 tahun lepas, iaitu 2 malam sebelum B pergi, dia bagitahu aku andai masa diputar kembali.. Dia taknak volunteer jadi coach.

Penat katanya.. Aku senyum je.. sebab kerana jadi coach tu la dia kenal Husna.. aku anggap kata2 itu sebagai permohonan maaf dia yang terakhir padaku.. walaupun hakikatnya sebagai isteri…aku sentiasa memaafkan dia… End!

– SayangSalmah