Beberapa tips aku move on dari Syed. Tapi aku terkilan Husna boleh bertindak mcm tu pada mertua setelah ak simpan kemas rahsia ni

Assalammualaikum… thanks admin sebab approved lagi kisah aku. Terharu sangat ramai yang bagi kata2 sokongan.

Jangan salah paham, aku menulis bukan untuk glamer, lagipun setakat ni takde sape yang tau identiti disebalik nama SayangSalmah.

Walaupun ada insan2 dalam friendlist aku yang like cerita ni. #lambaisikit. Again aku tegaskan, kisah ini adalah kisah hidup ku sendiri..

aku olah sikit2 je untuk cover identiti aku dan insan2 yang terlibat.

Tujuan kali pertama aku menulis kisah “Husna yang diHusnakan” adalah untuk bagi pengajaran buat insan yang sedang or hampir menjadi insan ketiga.

Aku share ape yang jadi pada aku pabila aku menjadi 3rd wheel dan pabila aku sendiri ‘terkena’.

Aku ni ada satu kelemahan, bila orang bertanya..aku rasa tak best bila tak jawab. Jadi, aku cuba jawab lagi untuk kali terakhir..last tau!

Ada yang tanya macam mana aku move on dari Syed? Betul2 move on..? Sedikit tips yang aku nak kongsikan buat mereka yang sedar anda adalah HUSNA dan nak cari jalan keluar dari terus menjadi “HUSNA”

1. Delete no phone dia yang korang save dalam phone. Yup! Memang otak korang akan ingat no tu.

Tapi percayalah, lama kelamaan korang akan lupa sendiri bila korang da semakin jarang contact.

Aku dulu ingat no phone Syed. Walaupun da delete no dia.. tapi semakin lama aku makin susah nak ingat.. dan akhirnya, aku lupa terus.

2. Listkan perkara yang negatif korang nampak tentang dia walaupun sekecik zarah. Bukan untuk tanam rasa benci! Xbaik gitu…

cuma untuk pujuk hati sendiri yang korang boleh dapat lebih better. Mula2 aku buat list tentang Syed, ada satu je yang aku nampak which is dia tipu aku dia dah kahwin yang lain bagi aku dia perfecto!!.

Sebab masa tu mata ni dikaburi dengan rasa cintaa yg mendalam.. uhuk2! But semakin lama aku bersama Syed..

list tu semakin bertambah. Dan akhirnya, aku yakin aku boleh move on dari Syed.

3. Berbaik dengan si isteri untuk pupuk rasa emphaty. Fyi, aku pernah cuba jadi kawan Kak Tifa tpi tak berjaya sebab Kak Tifa selalu ingat aku nak rapat dengan dia sebab aku nak pujuk dia jadi madu. Huhuhu…

tapi dalam dia marah2 aku, ada gak dia bercerita macam mana dia yang banyak push untuk kerja dua shift semata2 nak cover belanja rumah.

Balik rumah nak masak, mengemas bagai.. Dari situ, aku da tambah lagi point dalam list Syed.

Ada yang tanya apa jadi pada exBF aku yang study kat Melaka. Well, sebab utama kami putus dulu adalah kerana jarak jauh yang memisahkan kita (okay tu alasan aku. Kisah sebenar korang da tau kan? Tengah bunga2 cinta dengan Syed) exBF aku tu memang sejenis yang taksub dengan keje (yes, orang macam ni memang wujud).

Jadi, dia selalu salahkan diri sendiri atas perpisahan kami. Tahun kedua or ketiga #lupa aku jadi ‘Husna’, aku pernah hubungi dia.

Konon2 nak kembali so aku dapat lari dari Syed. Tapi, entahlah, mungkin sebab niat nak kembali tu pun da salah (aku memang nak sambung balik dengan ex aku sebab nak cuba lupakan Syed),

so perasaan cinta tu tak wujud lansung. Aku taknak tipu dia and paling penting, aku taknak tipu diri sendiri.

So, aku putuskan balik hubungan kami for good. Lepas tu aku da tak berhubung dengan di lagi.

Ada anak tak dengan B? Aku tak nak ungkit sebab benda ni agak emosi bagi aku. Sebab isu ni pernah dinaikkan oleh Husna pada B (based on bacaan aku kt gtalk dorang dulu).

Aku dan B takde rezeki anak bersama. Kami sama2 pernah check. Dari segi medical, kami sama2 sihat sejahtera hendaknya..

Tapi, da takde rezeki kan.. Aku redha, dah perjalanan hidup kami tertulis gini.. Untuk pengetahuan, usia perkahwinan kami tak sampai 2tahun pun sebelum B meninggal dunia.

Owh yea..beberapa bulan lepas arwh B pergi.. Mak mertua aku bagitahu yang dia tahu apa yang anak dia pernah buat kat aku.

Nak tau camne dia tau? Husna la yang wat pengakuan tu.. Tak lama lepas arwh B pergi. Dia minta izin mak mertua aku untuk ziarah pusara arwh.

Dia tak tahu bahawa aku dan mak mertua aku adalah BFF. Maka mak mertua aku cakap dia hanya akan izinkan kalau isteri B izinkan. Kiranya kuasa veto ditangan aku lah..hohohoo…

Tapi aku terkilan gak masa tu dengan tindakan Husna. Sebab aku tak pernah cerita pada kaum keluarga kisah rumahtangga aku dan B. Aku jaga aib B dan aib aku baik2.

Dia plak senang2 buat confession. But bila pikir balik, maybe sebab dia takde jalan lain nak contact aku untuk mintak izin (kan aku da block terus dia).

Sebab tu dia cari mak mertua aku. So, masa tu, aku tak bagi komen pun samada aku izinkan or tidak.

Mak mertua aku pun tak tanya lagi da lepas tu. Tapi hakikatnya aku da izinkan.. buat ape aku nak halang2 ye dak?

After 6 years, apa jadi pada Husna? Alhamdulillah, Husna baru je bertunang. Aku tahu pun sebab ada member yang bagitahu.

Oit! Jangan doakan benda buruk kat Husna. Aku rasa dia pun da insaf. Yelah, waktu dia dengan B, dia baru grad, so muda lagi..Tak puas enjoy. Kita doa yang baik2 je untuk dia..

After 6 years, apa jadi pada aku? Aku kini baik-baik sahaja.. Sebab itulah, aku da mampu tersenyum sambil menaip conffesion nih.

Setahun aku hampir hilang arah selepas arwh B pergi.. Setahun, aku salahkan ambulan yang lambat sampai rumah coz jalan jem ada kenduri kawen kat depan simpang rumah.

Pengantin tu pun, time ambulan lalu la korang sibuk nak berarak! #okaybukansalahpengantin

Tapi sekarang aku dah boleh senyum bila baling belakang kisah2 lalu. Alhamdulillah aku da bertemu penganti.

Suamiku yang sudi menerima kisah silamku dan my imperfections. Suamiku sekarang yang always menemani aku tatkala aku menziarah pusara arwah B dan menjenguk keluarga mertuaku.

Ya, aku da keluarga B masih berhubung hingga kini..Once family, always family…

Aku takkan cakap akhirnya aku hidup happily ever after kerana kita tak tahu apa akan jadi esok.. cuma aku syukur..,

aku tidak lagi menjadi “Husna” dan aku sentiasa berdoa moga hubungan aku kini bebas dari kewujudan pihak ketiga.. jom doa sama2..amin sama2..tq sama2..huhuhu

Nota tambahan:
Buat brother yang kata aku reka citer pasal bos tolong aku tu..ermm…

aku kompius senanya nape isu itu yang dinaikkan? Bukankah bos juga seorang manusia yang punya hati dan perasaan?

Cuba bro borak2 ngan your bos hal selain keje. Kompem dia layan baik.. aku ni da 2-3 kali lompat keje (sebab aku nak cepat naik gaji)..

Alhamdulillah, setakat ni, sume bos2 aku (berbagai bngsa) memang jenis jadi kawan. Asalkan hasil kerja tiptop and deliver ontime, benda lain senang je kawtim.

Cubalah bro.. percayalah, bos anda juga manusia…setakat pinjam bilik meeting discuz hal personal kejap tu, tadehal la.. tak gitu??

– SayangSalmah