Suami utk dilelong. Kalo boleh aku nak trade in laki aku ni. Main burung je tahu. Beli pampers anak mintak duit dgn bini

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ada tak sesiapa nak suami aku ni? Aku nak lelong murah murah jer.

Gduh dengan suami hari ni. Puncanya agak remeh namun aku tak tahu kenapa kemaarahan aku bagaikan naga yang siap sedia menghamburkan api dan membakar apa sahaja di depanku.

Alkisahnya begini. Pagi ini aku bagitahu suami, aku terasa nak makan roti canai di warung berhampiran rumah ibuku.

Jarak rumah aku dan ibuku tak jauh. Hanya 7 minit sahaja perjalanan naik motor .

Disebabkan motor ada satu sahaja, dan itu sahajalah pengangkutan yang kami ada, aku mintak tolong suamiku hantar aku ke rumah mak.

Dan bagi motor kat dia sebab dia nak pergi mengajar burung pulak selepas tu.

Jangan tanya aku bagaimana caranya ajar burung, aku tak tahu.

Samada ajar ABC atau alif ba ta, itu aku tak tahu. Dan yaa ternyata itu satu keputusan yang silap

Aku ke sana (rumah ibuku) dengan dua orang anak dan dua beg berisi baju kotor.

Nak pergi dobi rasa sayang duit pulak. Jadi pergi basuh baju umah mak aku.

Kenapa tak basuh baju rumah sendiri? Tak ada mesin basuh ker? Ada, mesin basuh ada cuma airnya tak ada.

Kami pakai telaga atau perigi dan musim kemarau ni air tak banyak. Nak buat mandi boleh. Tapi nak basuh baju tak cukup.

Dah sampai rumah mak dalam pkul 8 pagi, pergi order roti canai, nasi berlauk. Balik rumah makan roti canai, basuh baju dua round.

Lepas tu basuh pinggan dan kemas rumah sikit sikit. Si dia belum datang ambik aku.

Aku bebel kat mak kata suami aku ni lambat pulak datang ambik. Mak aku balas kat aku..

tak janji ker pkul berapa nak mintak dia datang ambik? Aku cakap tak. Tunggu punya tunggu pkul 6 baru datang ambik. Hanginnya aku la wei..

Hari ni ada buat makan makan kat rumah adik dia. Aku tak tau kenduri kesyukuran ke solat hajat ker rumah terbuka ka. Tak pergi.

Tepon tak angkat angkat. Bertalu talu aku tepon. Saakitnya hati wei. Macam mana nak pergi umah adik dia tu kan.

Dia datang dah pkul 6 lebih. Pulak tu dia puasa. Balik bebel bebel aku tak masak untuk dia yang tak ada lauk nak buka puasa. Jadinya aku ni bibik dia untuk masakkan makanan untuk dia jelah?

Kami gaduh besar. Aku memang saakit hati jadi aku menjawab. Dia tak ada minta maaf langsung

Aku dahla banyak kerja nak buat. Nak setelkan tanam pokok bunga. Nak cabut rumput. Nak setelkan basuh baju dan kemas rumah. Nak jemur baju.

Nak pergi rumah makcik bincang pasal nak buka kedai roti. Semua plan tak jadi sebab dia

Rumah aku tak ada air sebab kami pakai air perigi atau telaga yang tak cukup dalam. Dah janji nak panggil orang boring air tapi takleh setel.

Duit makin kurang. Rumput panjang. Nak panggil orang mesin rumput katanya baik racun baru lambat sikit tumbuh semula.

Nak beli rcun, nak beli pam racun kos RM100 lebih tak ada duit. Katanya nak panggil orang rcun. Tapi takleh setel jugak.

Rumah dah macam rumah hantu. Dah macam rumah tinggal. Rumput panjang boleh simpan gajah

Rumah sempit. Duit tak ada. Kereta baru jer jual. Sebab apa? Takda duit nak baiki kereta. Sebab tak kerja.

Duit jual kereta katanya nak buat modal pergi kerja kat KL. Pergi seminggu dah balik. Kerja tak dapat. Duit habis.

Main burung memang juara. Habis duit, habis masa tak apa. Tak cukup duit maki bini

Tahun 2017 aku d3pr3ssion. Mood swing teruk sangat. Masa tu dia dapat projek agak besar.

Bolehlah bagi aku RM200 seminggu. Bagi 200 mintak balik 100 apalah ertinya kan.

Duit tu aku buat beli pokok bunga nak tanam konon nak buat meniaga kecil kecilan untuk tambah pendapatan.

Dimaki hamunnya aku katanya boros pandai perabis duit laki saja.

Aku akui aku agak boros. Tapi setakat makan KFC 2 kali setahun, makan chicken rice shop sekali dalam masa 7 tahun.

beli pizza dominos dan pizza hut masa promosi yang RM5 satu pan kecik makan sorang pun tak cukup tu, dikatanya aku membazir.

Sedangkan aku masa tu mengandung, teringinnyaaaaaaaaaaa Allah saja yang tahu.

Baju cuma beli time raya. Baju dia, seluar dia, kasut dia 2 3 ratus sehelai atau sepasang takpa.

Baju anak anak habis dekat seribu takpa. Baju aku bawah RM100. Tu pun masih lagi aku yang boros.

Pakaian dalam pakai dah lunyai, pakai 5 6 tahun pun tak ganti. Lipstik harga RM10 sebatang 3 tahun tak habis pakai. Pencuci muka, fondesen segala memang tak sempat nak beli.

Nak keluar berjimba dengan kawan kawan jauh sekali. Kalau aku keluar ke bandar lebih sejam dihamunnya aku dah mengalahkan rimau seminggu tak makan.

Apalah dayaku. Aku tak suka jadi surirumah. Aku tak suka jadi miskin. Aku tak suka diriku dan hidupku diperkotak katikkan sesuka hati.

Kami ni, time PKP ada duit RM1000 boleh makan 3 bulan. Kalau time bukan PKP RM1000 makan dua bulan.

Kadang sebulan belanja tak sampai 300. Sebab apa? Sebab tak ada duit. Tak kerja.

Aku kalau boleh trade in laki aku ni memang aku nak. Trade in dengan laki yang lagi hensem, kaya, baik, romantik, penyayang.

Tu pun nasib baik anak ada dua orang jer. Kalau anak 10 orang rasanya kena panggil ustaz Ebit Liew mai tolong.

Aku dah bosan hidup miskin. Laki aku hepi beseday tak pernah wish. Enibeseri pun tak pernah wish. Entah ingat entah tidak.

Nak dapat kek secret recipe sekeping memang takla. Hadiah memang nehi nehi. Nak dapat emas seurat atau cincin sebentuk pun hampir mustahil

Dulu dia agak jahil, kaki lepak kedai kopi, berembun sampai pkul 2, 3 pagi baru balik. Masuk hutan banat mana entah memikat burung. Memancing.

Sekarang dah agak alimmm. Berkawan dengan kaki masjid. Asyik astaghfirullah ajer kat mulut.

Asyik balasan isteri derhaka ajer kat mulut. Sudah jadi malaikat. Tapi nak beli pampers anak mintak duit dengan bini.

Kalau bini tak bagi memang kena maki. So sapa sapa nak laki aku ni kira timbang kilo boleh bisik bisik yer.