Ayah kerja gaji besar tapi kedekut teramat. Ucu kem4langan pun mak ayah boleh suruh along angah yg baru nk hidup tu bayar

Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum,saya tidak berniat untuk hati ibu bapa saya,luahan ini dari hati saya yang terpendam sejak beberapa tahun dahulu.

Saya mempunyai 4 adik beradik 1perempuan 3 lelaki saya anak ke-3(perempuan),ibu saya seorang surirumah tidak bekerja dan bapa saya bekerja.

abang saya sudah berkawin,dan mempunyai tanggungan.Saya mulakan cerita pada 2011,sebab saya perasaan dan matang dalam perkara ini.

Saya dapat melanjutkan diploma dalam bidang kejuruteraan poli. di shah alam.Ayah saya bekerja di sebuah syarikat gergasi yang menjual petrol.

Saya kira ayah saya mempunyai gaji yang besar dan apa yang saya lihat di penyata gaji ayah saya dalam lingkungan RM9000.

Saya sebagai pelajar yang pakai duit ptptn ni dapatlah banyak,ayah saya menasihatkan untuk guna makan minum untuk semester 1.

alhamdulillah saya tak terpedaya nak beli perkara mengarut macam rakan-rakan saya yang lain,tapi saya juga ada belanja beli buku,bayar duit minyak senior.

Bila hujung semester,duit ptptn pun dah nak kering,jadi saya terpaksa pinjam untuk 1 bulan lagi punya duit,

saya meminta ayah saya untuk pinjam rm100,dan apa saya dapat ialah RM50,RM50 sebulan di shah alam disini agak mencabar.

kalau ikutkan pagi dah RM3 dan sebulan lebih dari RM50.Saya meminta lagi dari ayah saya RM50 lagi,disuruh saya perlu berjimat cermat.mashallah.

kalau ikutkan nak pinjam abang punya duit,macam tak baguslah pula,gaji dia pun rm1300 je dan tanggungan.Apa salahnya jika ayah saya melengkapkan RM50,

begitulah setiap hujung semester,saya akan bertikam lidah dengan ayah saya.akhirnya maggi jelah penyelamat saya.

Saya pernah bertanya kepada abang saya yang yang dah berkahwin,sebab dia peminjam ptptn juga.

dia juga mendapat layanan yang sama,tapi tak berani nak bersuara.oh dulu dia duduk poli. kawasan kampung.mungkin.

Saya perasan,mak ayah saya seorang yang cheapskate.Kalau pergi bercuti,tunggu sahaja hari keluarga,sebab bercuti guna duit syarikat,jadi tak payah keluar duit banyak-banyak.

Kalau duduk hotel,tak pernah makan luar,apa yang mak saya buat ialah pergi 7E beli maggi makan dalam hotel.

Saya pernah ajak mak saya pergi shopping pun tak mahu,nak beli pakaian baru pun acuh tak acuh je,

nak stail sikit je pun tak boleh,beli juga kat pasar malam,kedai terpakai.

Saya sangat pelik dengan mereka.Mereka akan shopping dekat kedai pakaian terpakai sahaja.Kalau makan mane2 mesti mamak.

order ais kosong je,cubit2 sikit makanan anak-anaknya.anak-anaknya disuruh berjimat dengan makan below rm5.

Pernah sekali ayah saya kene tipu,beli online tepon sebab nak barang murah tapi branded.harga telefon samsung note 2(2012)harga pasaran rm2000,dalam online rm700.

Rm700 terbang.lalu beli yang second.tapikan ayah saya seorang yang sangat hebat dalam menjaga barang,tepon tuh sampai sekarang dia guna.

Apa yang saya lihat tentang adik beradik saya,adik beradik saya tidak pulak mengeluh,lelaki suka mendiamkan diri kot,saya pula suka bising2.

saya pakai telefon ape lenovo je oii.itupun abang saya belanja,saya lebih suke gune komputer tau.

2013,ayah saya dah berhenti kerje dengan syarikat petrol,lepas beberapa bulan dia bekerja di sebuah syarikat kecil.dalam adik beradik saya,

saya jelah berani bertanya gaji ayah saya,adik beradik lelaki tapi lembik,penakut nak tanya kot.dia pun berkata rm2400.saya pun ok dan faham.

lalu saya bertanya kepada ayah saya “bila nak beli rumah”.since kitorang sekeluarga duduk rumah sewa lagi ayah saya pun kata “bukan rezeki kitalah sekarang,

nanti aten(saya) dan along,angah,ucu semua carilah sama-sama cari rumah untuk papa dan mama ye”.

Saya bingung,dia maksudkan bila adik beradik kitorang dah bekerjaya,baru kitorang cari rumah bayar untuk mak dan ayah saya.

setahu saya,kereta 2 biji(waja dan avanza)
dalam rumah saya semua dah habis bayar lewat 2013,hutang dah selesai.

saya geram apabila mengingati balik semula kata2 ayah saya yang menyuruh adik beradik saya lain sama2 tanggung hutang.

selepas adik beradik kami yang lain bekerjaya pun mahu ada rumah sendirilah,

padahal ayah saya bekerja syarikat petrol tu bukan sedekad malah hampir 20 tahun juga.

takkan dia takda simpanan masa dia bekerja.takkan tak beli rumah masa zaman 80,90,00an

masa dia bekerja takkan dia tiada simpanan,KWSP tabung haji saya pernah lihat akaun TH mak ayah saya masing2 600k-500k.

nak buat hiasan ke?haji pun tak pernah pergi lagi,harapkan haji bersubsidi,lagi ah,daftar haji pun lewat.

Tapi saya lihat ada juga buat jariah menderma,tolong adik beradik lain saudara lain,tapi diri sendiri nak terabai ke.

Maaf saya beremosi,2014.Ayah saya dinaikkan pangkat menjadi ceo,gaji RM5000,yelah syarikat kecil,gaji pun ada-ada je.

saya juga telah tamatkan diploma saya.angah saya tahun ke-2 degree.

saya mencari kerja part time kedai runcit,gaji pun rm500.apa yang spoil gaji saya ialah mak saya,minta rm100,”saya gaji rm500 je,part time,rm50 boleh lah,saya nak pakai sambung degree mama”

mak saya berkeras juga mahu rm100,apa lagi bergaduh lah saya.akhirnya saya akur,akan ugutan “siapa yang lahirkan aten” “Aten jangan menderhaka,nanti balasan teruk kat dunia”.

geram betul dengan orang tua nih.beberapa bulan selepas kejadian itu aku berhenti,dapat kutip rm900.

3bulan bekerja,3bulan menganggur.ingat orang takde perasaan ke,bagilah happy sikit.

Tapi yang peliknya,mak ayah saya ni bahagia tau walaupun cheapskate.Saya pernah ikut bapa saya ke kerja,follow dia je,

apa saya perhati perbelanjaan dia,pagi bawa bekal(semua dalam keluarga bawak bekal).

tibalah waktu tengahari(lunch hour),semua staff dia makan dekat depan ofis.ayah saya dia naik kereta pergi msjid,tapi msjid ni special,dia ada juadah karipap,donat free orang p0lit1k sponsor,

jauh sedikit dari ofis,apa yang dia buat ialah dia tibai karipap,donat atas meja dalam msjid.

pastu terus solat zohor.yang peliknya,takde sape yang tahu ada karipap semua tuh kecuali ayah saya.

satu hari tu dia tak belanja duit dia pun.beli barang dapur je.power betul penjimatan ayah saya nih.

kadang2 dia ada juga lepak kedai depan ofis dengan staff-staff lain,yang pelik staff dia tak tahu perangai ayah saya camne dekat rumah.

manakala adik bongsu saya dekat sekolah harian bagi rm2 sehari,rm2 kat sekolah agak-agak makan ape tahun 2014 camni.oh ye pernah kawan saya bertanya,ayah saya kerja apa dulu2,

bagitau dia kerja syarikat petrol,terus dia kagum,kalau dia tahu camne keadaan saya mesti dah pandang hina.

2015,saya dah sambung degree dalam bidang jurutera,saya meminta ayah saya untuk membelikan laptop yang sedikit hebat dari segi performance,sebab nak pakai software,

oh ye lupa nak bagitau,semasa diploma saya menggunakan laptop abang saya,boleh tahan juga laptop tu laju,tapi dah rosak.

saya minta lah beli yang gaming laptop sebab nak pakai macam2,lagi pun saya nak buat perkara berkaitan grafik,nak rendering,gune grafik bagai,game.

Saya bukan kaki game.Tapi yang tak disangka,ayah saya beli laptop yang saya sendiri tak boleh pakai untuk guna software,laptop tu harga dia rm900 pakai pentium,

laptop saya pun tak sempat surveyy yallah.saya merajuk beberapa bulan disebabkan laptop ni.lepas merajuk,saya argue dengan ayah nak beli laptop lain,

lepas argue tuh,saya menang tak pernah saya menang dalam lawan kata,saya dijanjikan laptop berharga rm4000+.

mane taknya,ayah saya tak pernah beli barang-barang macam ni.dalam pertengahan tahun,

ayah saya kata,dia lepas habis saya belajar dia kata dia nak balik duit yang dia belanja untuk laptop.

saya macam “waaatt,ada udang disebalik mi” dia kata dia akan ingat bila-bila.”waitt,

bukan seorang ayah perlu bagi nafkah dekat anak-anaknya”. geramnya yallah.2016,first time saya bercinta dengan seorang lelaki nih,

saya bagitau dia jangan bagitau sesiapa hubungan saya ngan dia,dia ni bagus perwatakan dia,selalu juga belanja makan.belanja shopping tudung yang baru2.

Saya ni bukan nak kikis duit lelaki,tapi saya rasa,dia ni bagi saya semangat nak teruskan hidup,berkongsi masalah.dia juga sanggup mendengar apa yang saya luahkan.

saya berkongsi masalah tentang hidup ayah saya kat dia,dan apa yang dia bagitau ialah saya perlu pujuk ayah saya secara halus,bagitau dia direct,tapi masih tak berani.

2017,adik saya(ucu)kem4langan minggu lepas 14/3/2017 dan berada di w4d dan beransur pulih,mak dan ayah saya menyuruh along dan angah membayar kos perub4tan ucu ,

angah tuh baru start keje januari lepas selepas setahun menganggur,saya kesiankan along,ada tangunggan seorang anak lagi,

gaji pun bawah rm2000 disebabkan inilah saya mahu menulis conffesion ini,

saya akhirnya meluahkan segala isi hati yang terpendam dalam hati,saya dekat group wasap familiy saya menyatakan tidak puas hati mak dan ayah saya.mak ayah saya kata perlu berjimat lah,

saya replieslah “berjimat apa kalau ada yang hampir nyawa-nyawa ikan pun nak berjimat”.saya dapat merasakan mak ayah saya tersentap.

saya berkata lagi “angah tuh baru nak mulakan hidup,along tuh ada anak bini lagi,aten tengok dalam buku akaun berkepuk duit dalam tuh taknak keluarkan ke”

Sekarang saya berani cakap direct atas hak along dengan angah, along dengan masih tak reply wasap lagi.

Semalam,hubungan mak ayah dengan saya dingin,call tak jawab mesej tak reply,saya juga menanyakan kepada bf saya,dia menyuruh saya meminta maaf,

juga menyuruh saya menasihati mak ayah saya bersatu padu menjaga membiayai along,kosnya juga beribu,patah kaki.

saya m4ti akal kerana group family senyap,saya menelefon kepada angah dan along,mereka pun bersetuju dengan mak dan ayah untuk membiayai ucu,

mereka ikhlas untuk membayar,tapi tulah along dengan angah memang nak bayar,tapi mak dan ayah?.sekali lagi saya TIADA niat untuk menyakiti hati ibu bapa saya.ini adalah luahan terpendam dalam hati saya.Asalamualaikum