Sedih bila Kakak marah2 mak dan buat sperti hamba. Bank mak dia pegang dan gune suka hati. Orang kata mak gilaa

Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum readers sekalian. Nama aku Vivi dan ni pertama kalinya aku sampaikan story aku dekat sini.

Sorry kalau panjang sebab aku tak tahu nak luah dekat siapa.

Jadi aku nak becerita berkenaan dengan ‘kakak’ aku yang aku rasa sangat-sangat kurang ajar dengan mak aku. Barangkali dah jadi anak derhaka mungkin.

Okay, kakak aku ni dia dah berkahwin, dalam 2 tahun macam tu jugak la, yang aku perasan semenjak dah berkahwin ni level kurang ajar dengan mak aku bukan main.

Mak aku ada sedikit masalah berkenaan dengan kesihatan m3ntal dia.

Dia memang ada ambik ubat dekat hspital untuk dia tak serabut, fikir banyak. Keadaan mak aku normal tapi ada masa dia akan jadi abnormal.

Sebagai anak kakak aku kenalah faham keadaan mak kitaorang macam mana.

Tak boleh langsung mak aku ni cakap apa-apa terus nak melenting,

marah mak aku,beraku kau dengan mak aku, cakap bodoh dekat mak aku, buat mak aku macam hamba dia. Baju dia mak aku basuh.

Mak aku kata dia kesian tengok dia balik kerja penat so dia basuhkan. Aku still ada ayah tapi ayah aku s4kit. Mak aku yang jaga ayah aku.

Kakak aku still duduk dengan parents aku sebab takde siapa nak bawak mak ayah aku ke hspital.

Aku, aku belajar lagi tapi dah nak habis dah ni last sem aku. Kakak aku memang nak sangat sangat ikut duduk suami dia (dia berkerja dekat negeri lain) tapi sebab dia kena jaga mak ayah aku so hmm tak boleh lah.

Dia dah taknak jaga mak dengan ayah aku lagi dah.

Dia anggap mak ayah aku beban dekat dia. Dia nak kata mak ayah aku penyebab dia tak boleh bahagia.

Ya Allah aku tak tahulah macam mana perasaan mak aku nak hadap dengan kakak aku. Selalu marah mak aku, kalau mak aku ada duit baru nak cakap elok-elok.

Kalau mak bersembang dengan dia, ada je benda yang dia nak marah mak aku itu salah ini salah then apa yang mak aku boleh buat. cuma diam jelah.

Dia salah satu faktor kenapa kesihatan m3ntal mak aku bertambah teruk, mak aku tak ada tempat pun nak luah masalah, kalau aku balik baru mak aku luah semua benda dekat aku.

Mak aku ada aku je, adik-beradik dia pun bukan ambik tahu dengan mak aku sebab diorang ingat mak aku GIL4 dan sebab kitaorang orang susah.

Kalau mak aku cakap lagi, dia mengugut mak aku dia nak keluar dari rumah tu.

Kalau beli apa-apa makanan memang beli untuk suami dia je, tak belikan pun untuk mak ayah aku padahal tiap hari lauk apa semua tu guna duit mak aku.

Duit gaji perabis untuk suami takpe, pergi makan sedap sedap, tapi untuk mak ayah hmm haram.

Account bank mak aku dia yang jaga. Tiap bulan ada je nak ambik dan tak pernah pulak ganti.

Betul la orang cakap anak derhaka ni rezeki sempit, gaji dia tak pernah cukup.

Kalau tak cukup memintak dengan aku dahlah ptptn aku pun ciput then tak reti bayar, aku pulak yang kena ikat perut sebab duit belum habis sem dah habis.

Marah, marah jugak tapi aku kesian (kalau ada orang nak tolong saya dipersilakan) Dia sangat-sangat berkira dengan mak ayah.

Kalau mak suruh belikan apa-apa, dia mintak balik duit dia.

Dapat suami pulak yang jenis tak sembahyang. Tak tahu agama.

Tak memahami langsung keadaan keluarga kami macam mana aku cukup tak suka dia.

Bukan nak bukak aib tapi sebelum kahwin pun dah buat perkara terlarang suami apa macam tu. Memang tak layak digelar suami.

Macam mana aku tahu. Sebab dah selalu kantoi.

Aku memang tak suka kakak aku, dia dari tingkatan 5 dah pandai buat benda bukan-bukan then sambung belajar nak jauh-jauh.

Time dia belajar aku tak tahu la apa lagi yang dia pernah buat.

Aku tak pernah sekali pun cerita dekat mak ayah aku. Betul la orang kata kalau kahwin kita akan dapat pas4ngan yang sekufu macam kita.

Kakak aku ni depan orang cuuuuuuuukup baik, pijak semut pun tak mati. Dia lah yang paling baik. Untuk yang cakap ayah aku tak boleh tegur ke.

Ni nak cakap ayah aku stroke, tapi dia still boleh jalan apa semua macam orang biasa cuma permikiran, cara dia berbeza dengan dia yang dulu. Dia cepat sensetif, cepat nangis, tak reti marah. Dia jadi macam kanak-kanak balik.

Korang agak apa yang ayah aku boleh buat.Takde apa. Kalau ayah aku sihat, aku tak rasa benda ni jadi sebab dia takut dengan ayah.

Kalau ayah aku sihat, takpe kalau kakak aku nak pergi ikut suami dia ke apa sebab ayah boleh drive.

Sekarang yang jadi masalah mak aku tak boleh drive tu yang kena bergantung dekat kakak aku so sebab tu dia boleh buat macam-macam kat mak ayah aku.

Aku cuma nak korang doakan aku supaya lepas habis belajar ni cepat dapat kerja. Aku nak jaga mak ayah aku. Aku nak mulakan hidup baru, pindah tempat baru.

Aku nak senangkan mak ayah aku, kitaorang dah lama hidup susah. Aku tak suka tengok mak aku serabut. Kesian dia. Tolong doakan aku dan doakan mak ayah aku sihat balik.