Kakak kawin dgn ex suami dan ada anak. Tapi bekas suami masih merayu nk sy trima dia blk, kakak sy bt hal cuurang blkang dia

Foto sekadar hiasan.Salam, ini adalah sambungan cerita ex cur4ng dengan kakak saya.

Sebelum tu saya mohon maaf kerana telah gunakan bahasa inggeris. Waktu saya confess, saya dalam keadaan sedih sangat dah tak nak sampai memaki orang.

Saya orangnya kalau dalam keadaan sedih atau maarah bahasa inggeris auto tak ada bahasa melayu lagi.

Saya minta maaf sekali lagi jika saya ada campuran inggeris dan melayu, saya bukan orang Malaysia.

Untuk part 1 boleh klik link di ruangan comment. Baca bahagian pertama dulu ye.

Since banyak yang minta sambungan ini dia. Dan kisah ini benar terjadi dekat saya, saya tahu ramai yg tak akan percaya sebab pertama kali saya cerita kat orang lain.

Diaorang pun ingat saya bohong tapi demi Allah tidak. Ya dia pregnantkan kakak saya sebab itu dia kahwin dengannya.

Yang sesiapa cakap saya memuji sebab saya tak pernah sekali nak berkata buruk tentang orang.

Saya orangnya lembut sangat dan mudah ters4kiti, mungkin sebab itu saya senang dipijak oleh ex saya.

Ex saya pernah nak kembali pada saya sebelum menikah dengan kakak saya tapi saya menolak keinginannya.

Saya terlalu s4kit mengetahui the truth tentang mereka berdua.

Waktu saya di hotel saya boleh dengar mereka sebab mereka masuk hotel murah ye bukan mahal dan standard…

So ini cerita tentang side akak saya pula. Kakak saya waktu kena halau dia meminta ampun pada Ummi dan saya tapi saya terlalu s4kit saya tidak mahu berbual langsung dengannya.

Dia tinggal bersama ex saya waktu itu saya pun tak tahu apa jadi lepas tu tapi sayang husnuzon sahaja.

Selepas bercer4i, ye dia s4kit hati dengar saya pregnant dengan anak ex saya.

Saya boleh rasa sebab waktu dia ada di makhamah muka dia macam kalau boleh saya jatuh disitu.

Tapi tak apalah saya tidak kisah lagi. Akak saya sekarang dah ada anak umur nak dekat 1 tahun, ex saya cuba nak dapatkan hati Keluarga saya tapi mereka semua sudah tak mahu lagi berbual dengannya.

Kalau boleh buang mereka jauh-jauh tetapi tidak boleh jugak Akak saya dar4h daging kita.

Ummi saya kadangkala tidak pergi family gathering selalu pergi outing dengan saya dah anak.

Berapa bulan lepas, ada seorang lelaki ni. Orangnya baik, sopan satun sahaja tutur katanya. Dia umur 29 saya pulak 26 umur berapa jarak beza.

Kita dah kenal untuk bulan ni dah 6 bulan berkenalan. Dia pun pernah cakap dia kalau rasa orang tu jodohnya dia terus nak masuk meminang.

Saya doakan sahaja tetapi tetiba 2 hari lepas dia datang dengan maknya untuk masuk meminang saya.

(Saya cerita confession itu hari sudah berlaku lama ye) Sapa tak terkejut. Dia cakap kalau boleh cepat cepat nikah sebab takut kehil4ngan saya.

Ummi saya tak mahu saya ters4kiti, dia mula tanya macam². Macam soalan “kenapa Tiara” “Apa yang Adrian suka pasal Tiara” dan macam² lagi.

Saya pun pernah cerita pasal saya janda dan kalau Keluarga dia okay.

Maknya suka saya, kata dia masakan saya dah ambik hatinya. Saya pun terima lamarannya, ya Allah teruja sangat.

Waktu kita bersama, dia hormati saya sebagai wanita. Tak pernah sekali dia touch saya atau membuat apa orang² couple selalu buat.

Kita selalu call sahaja lebih senang dan dia buat anak saya happy. Dia sudah tarik hati anak saya, itu yang saya nak.

Kembali cerita ex saya dan akak saya. Saya dengar cerita daripada makcik saya yang akak saya dia kena buang kerja sebab tertentu.

Dia pregnant untuk kali kedua tapi miscarriage. Saya tetap doakan kebahagiaan diorang tapi Allah yang menentukan.

Akak saya pernah cur4ng belakang dia waktu dia business trip. Tapi ex saya terpadaya kata Akak saya, ex yang cerita pada saya.

Saya just Baca je message dia tak pernah saya reply Dia sahaja yang terhegeh-hegeh mahu saya.

Ex saya dengar orang masuk meminang Dia call saya, katanya Dia mahu anaknya.

Saya tidak membenarkannya. Saya Susah payah give birth kan Dia senang-senang sahaja mahu ambil anak saya.

Saya block dia, tapi sekarang dengar cerita diorang dua asyik gaduh je. Asyik kena pergi marriage cousellor sebab pentengkaran mereka.

Kawan-kawan saya pernah kata yang mereka syak ex saya tak Pergi business trip tapi rumah janda ni tapi saya tak tahulah kan Cuma Allah sahaja yang tahu.

Akak saya kena bash teruk waktu orang tahu dia ambil suami saya.

Akak saya sampai tak tahu keluar rumah sebab negara kita kecik pusing-pusing terserempak jugak jadi dia usually stay at home je.

Ex saya pula masih nak try saya walaupun saya kata tidak mahu.Dia betul-betul nak menangkan hati saya, anak dia pun tak mahu dia bila diangkat.

Saya tak tahu macam mana Nanti anak anak saya dah besar, saya nak berkata apa. Mesti Dia kecewa dan rasa terlalu jijik sebab itu yang saya rasa.

Saya tak nak salahkan anak dia, itu anak sedara saya yang tak bersalah..

Tapi anak saya dan anak mereka adalah sepupu dan sedara. Nama bapak sama.. Hmm saya doa sahaja kepada Allah.

Anda semua baca doakan pernikahan saya bulan November berjalan dengan lancar ye. Terima kasih semua.