Setelah 20 tahun baru mak kandung satukn aku kembali dgn keluarga kandung. Aku bersyukur dibuang dlu dan jadi anak angkat

Foto sekadar hiasan.Aku ni anak angkat. Emak kandung aku serahkan aku kepada mama abah aku waktu umur aku 3 tahun.

Sebab aku ni anak ke 5 waktu tu. Emak kandung aku tak mampu nak jaga aku.Mama abah selalu cakap, lama nak pujuk aku waktu awal-awal aku pindah masuk rumah ni.

Agaknya waktu tu aku dah kenal orang. Jadi mama abah ni orang asing pada mata aku.

Mama abah kata aku asyik menangis. Berbulan jugak. Aku ni pun anak yang agak degil jugak.

Tapi nasib aku baik, mama abah aku baik dan tabah jelah layan perangai tak semenggah mana aku ni.

Tak pernah sekali pun mama abah ungkit pasal status aku ni. Semua sama rata.

Apa abang dengan adik adik aku dapat, aku pun dapat. Mama abah ada 3 orang anak kandung. Aku sorang je anak angkat.

Beberapa bulan lepas, emak kandung aku datang balik. Kononnya nak sambung semula hubungan yang dah lama terputus.

Aku pun macam ” hmm kay ” jelah. Umur aku 23 tahun sekarang.

Maknanya dah 20 tahun lah aku tak jumpa dia.Aku tahu kewujudan dia pasal Mama selalu ceritakan pada aku.

Tapi tah lah, tak pernah terfikir pun nak cari keluarga kandung aku.

Jadi bila dia tiba-tiba datang, aku happy tidak, sedih pun tidak. Macam tu je lah.3hari sebelum raya haritu, aku ikut emak kandung aku balik rumah dia.

Dia duduk dekat rumah pusaka tinggalan arw4h emak dia, nenek aku lah kiranya.

Rupanya, lepas serahkan aku ke keluarga angkat dulu, emak kandung aku ni tetap mengandung dan mengandung lagi.

Aku ada tambah 3 orang adik lain rupanya. Hahaha.Seminggu lebih tinggal dengan keluarga emak kandung aku, banyak benda aku perhatikan.

Emak kandung aku, tinggal dengan 6 orang anak dia. 4 dah kahwin, 2 masih bersekolah.

Yang masih bersekolah ni, tidur bergelimpangan diruang tamu, sebab bilik-bilik semua yang dah kahwin dah conquer.

Lepastu aku pening. Pening sebab keluarga ni agak ” loud ” lah.

Bila bercerita, masing-masing akan potong cakap masing-masing, sampai tak sempat aku nak kejar biji butir isi perbualan diorang.

Abah aku paling marah bila kami ni potong cakap orang. Abah kata itu tanda kita kurang ajar. Biarkan orang habis bercakap, baru kita balas.

Itu abah aku ajar dari kecik. Jadi bila aku kena hadap situasi macam ni, aku jadi blur. Hahaha.

Lagi, rumah penuh dengan manusia, maknanya tak ada privacy. Lagi, rumah akan bersepah 24/7.

Aku ni, nak lari keluar, ni kawasan asing. Banyak hutan pulak tu.

Tolonglah maafkan aku,aku bukan belagak cuma aku membesar kat bandar. Hahaha. Pokok kat bandar tu tumbuh sebab ditanam bukan meliar.

Kawasan ni sangat asing dimata aku. Jadi aku pun banyaklah habiskan masa di dapur basuh pinggan.

Note : aku ni lelaki, tapi yelah, aku dah diasuh sejak kecil, kerja rumah takada kerja lelaki atau perempuan.

Mama abah aku ajar, kau tinggal kat situ, itu rumah engkau, kau bertanggungjawab untuk sama-sama jaga.

Macam biasa, puas jugak abang-abang seemak dengan aku ni ketawakan aku.

Siap ada yang cuba tarik aku dan cakap “orang perempuan ramai kat rumah ni, kau tak payah buat”.

Sejujurnya, attitude diaorang ni out sangat. Yang lelaki lepas makan, campak dalam singki.

Bukak baju, baling letak tepi.Yang perempuan buat kerja, membentak-bentak tunjuk perasaan, raya haritu, banyak jugak cawan pecah. Hahaha..

Environment ni sangat toksik pada aku. Jadi setiap malam, aku duduk luar, call Mama.

Sebab aku perlu centre kan balik kepala aku dan positivekan balik energy aku.

Dan bila mama cakap, ” sabarlah…. “, semua pun terus rasa okay.

Sepanjang perjalanan balik ke rumah mama abah, hati aku tak berhenti ucap syukur sebab emak kandung aku serahkan aku pada mama abah.

Mama abah tak perfect. Yelah, manusia kan. Tapi aku bersyukur, sebab mama abah banyak ajar aku soal harga diri, privacy, attitude dan manners.

Sesuatu yang aku perhatikan, keluarga emak kandung aku kekurangan.

Kesian aku tengok adik aku tidur atas sofa buruk diruang tamu. Dia perempuan, remaja.

Zaman yang mana, kau sangat perlukn privacy diri untuk lebih kenali diri kau sendiri.

Skit hati aku tengok abang aku, hisap rokok, asap menyembur depan muka anak dia yang baru 8 bulan tu.

Terkejut bila dengar emak kandung aku, panggil anak dia sendiri “gem0k macam b*bi”.

Aku cuma nak cakap, kalau ada pembaca yang masih tengah berkira-kira nak serahkan anak pada keluarga angkat, just do it.

Tapi jangan lah main campak je. Emak kandung aku kata, mama dengan abah ni orang ke 13 yang dia jumpa dan interview lah kiranya, waktu nak serahkan aku dulu.

Dan untuk itu, aku sangat-sangat berterima kasih pada emak kandung aku.

Yelah, kadang-kadang serahkan anak kandung kau kepada keluarga angkat adalah perkara paling berperikemanusiaan kau boleh buat. Jadi, kalau sangat terdesak, buat lah.