Perkahwinan direstui tp kenapa mak ayah nak hinaa suami aku. Aku tekad utk plih suami dr mereka

Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua. Terima kasih pada admin kalau artikel aku ni berjaya disiarkan.

Time aku tengah type ni aku dalam keadaan yang sangat marah. Jadi timbul lah tajuk macam tu.

Aku tak tahu nak salurkan kat mana lagi dan aku harap ini jadi pengajaran kepada mertua-mertua sekalian yang rasa anak dia segala-galanya dan selayaknya kahwin dengan sang putera/puteri raja hidup mewah dan tak ada masalah.

Aku sebenarnya bukan bercakap tentang mertua aku tetapi mertua suami aku. Iaitu mak ayah aku sendiri. Ya mereka adalah mak ayah aku.

Mak ayah aku yang aku rasa tak berperikemanusiaan. Mungkin jugak sebabkan mak dan ayah adalah orang yang berada.

Ceritanya begini aku berkahwin dengan seorang lelaki yang tahap pendidikan dia lebih rendah dari aku. Dan sebenarnya perkahwinan ini dipersetujui sendiri oleh kedua ibubapa aku.

Bukan aku yang nak sangat kahwin. Aku dikurniakan 2 orang cahaya mata. Berkahwin hampir 4 tahun.

Kalau nak ikutkan perkahwinan ni mestilah diberkati sebabkan parents aku sendiri yang setuju dan kami berdua pun tak pernah berjumpa sebelum kahwin tanpa mahram.

Pergi mana-mana mesti ada ahli keluarga aku sendiri walaupun dah bertunang. Sebab aku pun bukan jenis reti nak keluar sorang-sorang dengan lelaki.

Tapi bagi aku perkahwinan ni adalah yang paling banyak masalah.

Jadinya lepas kami diijabkabulkan, kami hidup sebagai suami isteri seperti biasa. Sebelum tu nak cerita sedikit pasal suami aku.

Dia seorang lelaki yang baik, sabar dengan aku, ringan tulang, rajin bekerja, tak pernah culas bab nafkah dan sangat menyayangi aku. Suami aku dah tak ada ayah cuma ada mak sahaja dan adik beradik lain.

Bila kahwin dengan aku dia sangat excited untuk bermesra dengan ayah aku tapi awal-awal lagi ayah aku dah tunjukkan sikap dingin dengan dia. Kadang-kadang cakap dengan dia sambil perli-perli. Aku pun tak faham kenapa.

Aku fikir mungkin jugak sebab ayah aku ni selalu nak cakap english dan suami aku bukan la fluent sangat english dia so ayah aku pandang rendah dekat dia bila dia tak boleh nak balas ‘proper english’.

Tapi itu semua ayah aku tahu waktu sebelum kami berkahwin lagi yang dia ni bukanlah fluent in english. Itu tak sepatutnya jadi masalah.

Bagi aku, walaupun tahap pendidikan aku jauh lebih tinggi dari dia (dia tahap spm pun tak lepas rasanya) tapi aku tak pernah pandang tu semua sebab aku dah fikir hari yang aku setuju untuk terima dia hari itulah yang Allah dah tetapkan dia jodoh aku. Pasti ada hikmahnya.

So back to the point selepas kami berkahwin kami sewa rumah, hampir setahun lepas tu aku beranak anak pertama.

Masa aku beranak anak pertama suami aku ada masalah kewangan sebab dia bekerja sendiri.

So faham-fahamlah bila bekerja sendiri macam mana pendapatan bila ada masalah kawasan tak laku dan sebagainya.

Aku pulak terpaksa berhenti kerja atas sebab kesihatan. Jadi dia mohon untuk kami tinggal di rumah keluarga aku sementara dia cuba pulihkan ekonomi keluarga kecil kami.

Disini lah bermulanya perang dingin antara parents aku dan suami aku. Parents aku jenis eg0 dan tak boleh bawak bincang.

Mak aku pulak suka cakap yang bukan-bukan pasal suami aku. Semua serba tak kena Sampai kadang aku bergduh dan cakap macam mana pun itu suami aku. Aku masih kena hormat dia sebagai suami.

Kadang dia macam nak beri cadangan kepada aku untuk bercer4i saja. Aku pun tak faham. Tak fikir ke apa nasib anak-anak aku lepas ni.

Ayah aku pulak suka cari kesalahan-kesalahan kecil yang suami buat. Contoh suami terletak barang-barang niaga dia kat luar rumah kadang ayah aku ambil dan terus buang.

Bila suami aku balik cari-cari dekat tong sampah ayah aku buat drama cakap dia tak tahu itu barang suami aku. Dia rasa semak jadi dia buang saja.

Suami aku masih sabar. Dia cakap tak apalah ini bukan rumah dia. Timbul lagi 1 isu yang memang terang tang tang salah aku tapi ayah aku m4ki hamun dia, herdik dan hina dia.

Sampai cakap nak guna pis4u kononnya nak mengajar dia. Aku sangat benci dengan ayah aku sampai sekarang.

Tak cukup dengan itu mak aku pulak sambung marah-marah suami aku di whatsapp. Cakap macam-macam tabur fitnah.

Waktu kejadian ni berlaku aku berada di luar rumah. Suami aku call dan cakap dia baru lepas kena marah dan herdik. Suara dia sampai nak nangis.

Keesokan harinya lepas dia pergi kerja dia cakap dekat aku mungkin kita dah tak boleh bersama.

Sebab dia tak nampak apa gunanya kami bersama kalau parents aku tak respect dia. Dan sebenarnya tak terima pun dia seadanya.

Aku nangis dan merayu suruh dia fikirkan anak-anak kami. Malam tu dia tinggalkan aku dia cakap dia perlukn masa. Jadi aku pun biarkan lah dia menyendiri.

Keesokannya dia balik dan aku mintak maaf sangat-sangat kepada dia atas kelakuan parents aku. Terus kami decide untuk pindah dan beberapa minggu selepas itu kami pun pindah.

Kami duduk di rumah keluarga aku hampir 2 tahun setengah. Sepanjang itulah aku rasa aku dan suami disksa ment4l dan emosi. Tapi suami aku lagi banyak kena.

Alhamdulillah sekarang kehidupan aku dan suami dah bertambah baik. Sebenarnya banyak lagi insiden yang ayah dan mak aku buat tapi aku malas nak cerita panjang-panjang kat sini. Membuatkan aku malas dah nak balik rumah parents aku sendiri.

Dan sebab utama kenapa aku cerita pasal kisah ni yang dah lama terpendam adalah kerana aku nak mertua diluar sana yang baca kisah aku ni sila lah belajar untuk menerima kekurangan menantu sebab kita sebagai manusia pun ada banyak kekurangan.

Kena tahu jugak dalam hidup ni ada karma. Hari ini kita buat anak orang, esok lusa anak kita pulak yang akan kena, lepas tu kita tanya pulak kenapa menantu dan anak tak datang jenguk kita dekat kampung.

By the way, kakak-kakak aku pun semua dah kahwin tapi mereka duduk asing dan tak banyak masalah sebab mungkin suami-suami mereka ni semua educated.

Cuma suami aku seorang je yang dipandang hina. Dan sekarang ni aku rasa jalan terbaik adalah untuk aku bina ‘gap’ antara aku dan parents aku.

Aku tak boleh lupakan lagi apa yang mereka lakukan kepada suami aku sedangkan suami aku banyak tolong mereka waktu kami duduk di rumah keluarga aku.

Duit dia hulur, barang dapur pun dia tak berkira nak belikan. Aku harap pembaca semua doakan supaya jodoh aku dan suami berkekalan. Aku sayangkan suami aku dan aku sayangkan perkahwinan ini. Sekian.