Orang nampak aku dgn mertua mcm BFF tapi dorang tak rasa apa yang aku rasa,Lepas aku buat benda ni baru la dia mencari

IBU MERTUAKU. Saya nak kongsi cerita, bukan nak buka aib tapi sekadar berkongsi cerita. Saya ada ibu mertua.

Entahlah orang nampak kami macam rapat BFF tapi hakikatnya saya selalu makan hati. Ibu mertua saya baik dengan saya sebab mahukan sesuatu.

Dia kalau mahukan sesuatu suka call saya minta itu ini. Kenapa saya? Sebab saya susah nak cakap “TIDAK”. Kalau minta pada anaknya pastinya tidak dapat.

Ibu mertua ada ramai anak tapi ramai yang tak berkerja dan disara oleh ibu mertua. Ibu mertua ada pencen arwah bapa mertua.

Tiap bulan suami saya tidak pernah abai bagi ibu mertua wang belanja. Kadang saya yang selalu ingatkan dia. Kadang saya dahului duit saya.

Tapi selalu saya rasa saya dipinggir apabila balik bercuti di rumah ibu mertua. Saya balik sana tidak dipelawa tidur di bilik walaupun bilik kosong.

Tapi ada menantu lain dia pelawa pula. Saya tinggallah di ruang tamu saja. Salin baju situ, mkn situ, tengok tv situ, solat situ dan tido situ.

Saya tido di ruang tamu tak dibagi tilam mahupun bantal walaupun tilam ada. Saya dan suami tido di lantai kering saja berbantal kusyen sofa. Ada satu hari tu dia tutup kipas masa kami tido.

Kenapa kami tak bawa tilam sendiri? Rumah ibu mertua saya kena naik belon.
Tapi kalau ada menantu lain dia angkut tilam bagi menantu lain. Tak faham saya. Katanya saya biasa tido tak bertilam. Saya bukan dari keluarga miskin, mak ayah saya berduit.

Saya pun bekerjaya berduit. Di rumah saya tido bertilam berkatil, di rumah mak ayah saya pun bertilam berkatil. TAK TAHU BIASA BAGI DIA TU MCM MANA.

Dah lama perhati begitulah layanan dia pada saya. Macam saya bukan menantu terbaik dia. Saya cuba layan dia baik. Tapi bagitulah layanan dia, seolah ada ‘double standard’.

Walaupun orang luar nampak kami seperti BFF. Kalau bergambar mesra sekali. Kalau dia call berjam bercakap telefon.

Ada juga dia ikut saya kerja luar daerah (dia holiday saya kerja) katanya kasian saya travel sendiri.

Tapi saya tak rasa seperti kami BFF, saya rasa saya dipergunakan. Sebab saya selalu di dipilih kasih dan dipinggir apabila di rumahnya dan ada menantu lain selain saya.

Masa dia berduit dia belikan menantu lain itu ini dan dibawanya anak kesayangan dan menantu lain holiday.

Pernah sekali dia dan saya shopping bersama dia belikan baju buat semua anak perempuannya dan semua menantu perempuannya kecuali saya.

Padahal saya ikut dia dan pilihkan size semua menantu dan anaknya. Bila suami tanya mana untuk saya. Barulah dia seolah teringat tetapi dia kata saya yang tidak mahu. Pelawa pun tidak. hahaha

Tu belum lagi cete dia mengutuk menantu itu ini tapi layanan terhadap menantu tu lebih baik dari dia melayan saya.

Kalau menantu lain yang dia kutuk dan tak suka tapi dia layan lebih baik dari saya? apakah maksudnya? dia pun boleh bermuka-muka dengan saya kan?

Oleh itu, lepas raya haji ni saya berazam untuk bina jarak dalam perhubungan kami. Tak nak dipergunakan dan tak nak rapat seperti dulu.

Biar dia rasa malu nak meminta pada saya. Suruh la anak-anaknya bekerja untuk memenuhi permintaan dia. Asyik gunakan saya ja.

Tapi saya rasa dia tahu saya sedang menjauhkan diri dari dia sebab dah lama saya tak like statusnya, tak view status story fbnya.

Dia ada mesengger saya tanya khabar risaukan saya kerja kuat. Saya masih balas mesejnya tapi tidak seperti dulu.

Kelakar anaknya jauh pun dia berbulan-bulan tidak peduli tapi saya dia rajin pula tanya khabar.

Saya tahu apabila tnya kak ipar adakah ibunya menelefonya tanya khabar risaukan keadaanya diperantauan atau ada mesengernya tapi katanya dah berbulan -bulan katanya tak dipeduli. HAHAHA