Aku tak de anak, gaji suami besar la jgk. Suami paksa aku cr kerja sbb xnk bebankn dia. Klu aku mtk duit kene tolak duit nafkah

Foto sekadar hiasan.Assalamu’alaikum semua, Aku Rosa (bukan nama sebenar). Umur dah nak hampir ke penghujung 20-an.

Sudah berkahwin 4 tahun, tapi tiada rezeki anak lagi. Aku redha kerana kewangan aku dan psangan tidaklah terlalu stabil.

Aku confess kat sini, hanya sekadar nak minta pandangan. Aku betul-betul rasa insan yang lansung tak berguna pada suami, pada mak dan ayah aku.

Aku suri rumah setelah hampir sebulan tidak bekerja kerana ada masalah di tempat kerja.

Nasib aku memang tak berapa baik setelah aku menamatkan pengajian diploma beberapa tahun lalu. Rezeki bekerja bagaikan susah nak lekat dengan aku.

Aku hampir depress dengan masalah susah dapatkan pekerjaan pada tahun lalu, ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari.

Rezeki bekerja pada tahun ini pun berakhir bulan lepas, akibat dari masalah pandemik yang melanda.

Kini, aku mencari pekerjaan yang baru lagi, walau pun ku tahu susah dengan masalah covid yang seakan susah nak reda.

Aku rasa tidak berguna kerana aku tidak dapat membantu kedua-dua ibu bapa aku, tidak dapat membantu suami walaupun hanya bayarkan rumah sewa.

Suami aku selalu mendesak aku agar dapatkan pekerjaan dengan kadar segera, selalu menekan aku.

Walaupun gajinya agak tinggi hingga pernah mencari RM5k ke RM7k, tapi gajinya masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan rumah dan juga hutang-hutangnya.

Walaupun kereta dipakai hanya kereta biasa, dia ada lagi hutang yang lain yang perlu ditanggung.

Disebabkan itu, dia tidak boleh jika aku tidak bekerja.Aku seakan menambah beban kepadanya.

Aku berikhtiar untuk berniaga sahaja, tetapi aku perlu mendapatkan wang untuk pengeluaran modal perniagaan terlebih dahulu,

wang gajiku pada bulan lepas aku hanya dapat sedikit sahaja, kerana masalah di syarikat itu.

Selama aku bekerja jika perlu menggunakan wang aku, aku tidak pernah berkira pada suami dan keluarga.Tapi jika aku ada menggunakan wang suami, aku akan di persoal olehnya.

Aku mengambil kerana aku tahu wang gajinya sangat banyak. Untung isteri-isteri yang boleh mengambil wang suami begitu sahaja.

Atau aku yang salah berfikiran begitu. Aku ingat lagi, dahulu jika wang gaji ku tidak cukup aku akan meminta pada suami duit makan, dia akan memberi tetapi wang nafkah ku akan ditolak dari jumlah yang dipinjam.

Sekarang sudah beberapa bulan wang nafkah tidak diberi, aku takut nak persoalkan pada suami.

Mungkin aku ada buat salah padanya, yang membuatkan dia berbuat demikian.

Tapi jika aku ada mengambil duitnya, aku selalu mendoakan rezekinya berlipat kali ganda lagi, walaupun dia tidak memberi wang pada ku.

Namun kini, setelah dia mengetahui, dia marah padaku, dan aku rasa seolah tidak mahu mendoakannya lagi, kerana sikapnya yang kedekut itu.

Ya Allah terasa jahat sekali berfikiran seperti itu. Kadang-kadang terfikir tentang lebih baik perpisahan dari berterusan seperti ini.

Kerana rasa seolah hanya menyusahkan suami menanggung aku. Suami aku sangat garang. Tetapi tidaklah sehingga lupa akan keperluan rumah.

Mungkin juga aku ini isteri yang tidak bersyukur. Kerana sifatnya yang garang dan suka menekan itu, membuatkan aku mudah berasa takut sekarang, mudah berasa stress, selalu rasa cemas.

Aku terlalu takut membuat kesilapan. Ada sahaja tak kena, selalu kena leter. Aku sayangakan dia.. tidak mahu perpisahan dalam masa yang sama seakan tiada jalan keluar lagi.

Apa yang patut aku lakukan. Segala kecaman aku terima.. Segala nasihat juga aku terima.

– Isteri tidak berguna (Bukan nama sebenar)