Aku ada 3 adik pmpuan jaga mak saakit. Tapi tiap kali balik kmpg,aku yg kena buat benda ni.Kesian anak2 aku jalan pun terjingkit2

Foto sekadar hiasan. Hai semua. Thanks sebab sudi baca luahan hati aku ni. Sebenarnya dah tak tahan sangat dah sebab benda ni dah lama sangat berlarutan.

Aku ada tiga orang adik perempuan yang tinggal dengan mak. Mak aku ni tak sihat sangat, ada penykit tiga ser4ngkai so aku fahamlah kalau rumah kotor mak tak larat nak cuci, kemas or bersihkan apa-apa.

Tapi aku geram kenapa adik aku yang tiga orang tu boleh tengok je keadaan rumah yang kotor dan menggelikan tanpa buat apa-apa pun.

Disebabkan itulah aku jarang balik kampung. Sebab aku kesian dekat anak-anak dan suami aku.

Mereka nak mandi pun geli semua tandas berlumut dan berdaki. Setiap toilet dah macam tandas awam, siap dengan sawang. Itu belum lagi dengan bau haruman najis dan air kencing kucing satu rumah.

Lupa nak cakap, mak aku bela kucing. Kadang-kadang kucing tu kencing merata-rata. Dekat singki, dekat dapur, dan pernah juga berak atas katil.

Korang bayangkanlah nak tidur bau haruman macam tu satu rumah. Pening kepala aku.

Mungkin diaorang dah bersihkan tapi tak pasti tahap bersihkan mcmana sebab bau tu tak hil4ng pun.

Suami aku pula jenis pembersih tahap ocd. Kesian tengok dia walaupun sebelum ini dia tak pernah cakap or komplen apa-apa. Tapi boleh bayangkan dia menahan geli-geleman.

Anak-anak pun macam tu sebab dah terbiasa dengan bersih. Kalau masuk dapur atau pijak lantai semua berjingkit-jingkit kaki.

Akhirnya kali ni suami dan anak-anak bersuara. Mereka kata kenapa rumah nenek kotor sangat dan setiap masa mereka terpaksa basuh kaki sebab setiap kali pijak lantai kaki jadi hitam legam.

Mesti ada yang tertanya-tanya, habis tu kenapa aku tak tolong.

Masalahnya sebelum-sebelum ni setiap kali balik kampung, sampai saja rumah mak, tudung pun tak buka lagi aku akan terus vakum satu rumah.

Sambil tu aku membuang habuk dan cuci tandas. Bayangkan pada masa yang sama aku terpaksa mop lantai satu rumah.

Aku akan basuh semula semua pinggan mangkuk dan berus kawasan sinki yang dah berlumut dan hitam penuh dengan daki.

Lepas tu aku akan muntah dalam toilet sorang-sorang. Tapi aku tetap gigih buat semua tu. Sebab aku kesian mak aku dan aku kesian famili aku yang sukakan kebersihan.

Lepas tu aku akan ajak suami aku pergi kedai berdekatan untuk beli peralatan mencuci dan segala jenis kitchen towel, berus, pinggan mangkuk baru untuk ganti yang dah kotor dan hitam tu.

Aku juga beli floor mat baru untuk letak di pelbagai tempat dalam rumah untuk keselesaan semua orang nak pijak kaki especially dekat dapur dan singki.

Tapi malangnya bila aku balik ke kampung semula semua tu dah tak ada atau dah jadi kain buruk dan tak ada rupa sebijik belacan.

Tempat pinggan jangan cakaplah, bukan setakat kotor tapi berhabuk penuh dengan bulu kucing dan daki-daki yang aku tak tahu datang dari mana. Allahuakbar… Pening kepala aku macam ni.

Sedih pun ya juga dengan mentaliti dan perangai mereka. Sedangkan adik-adik aku tu umur 25 hingga 29.. semuanya anak dara yang dah besar panjang.

Kenapa diaorang tergamak biarkan rumah kotor sampai macam tu sekali. Sedangkan dalam islam kita dituntut untuk menjaga kebersihan.

Kebersihan itukan imej Islam. Kenapa susah sangat nak rajin kan diri sedangkan untuk buat benda tu bukan lama pun.

Kita just kena jadikan benda tu rutin barulah kita akan sentiasa ingat yang rumah wajib untuk dibersihkan setiap hari.. bukan sekadar tunggu mood datang saja.

Aku betul-betul lost hope dah pasal ni.. memang aku dah tak boleh nak expect dah yang dia orang akan berubah dan rumah tu akan bersih..

Aku sedih sebab aku balik nak jumpa keluarga tapi bila jadi macam ni kita jadi tak selesa..

Itu je confession aku.. Sorry lah kalau terlampau remeh bagi sesetengah orang.

– Bukan OCD (Bukan nama sebenar)