Dunia perkahwinan yang sangat menyedihkan bagi aku,melamar aku dekat makan je,Hidup aku tak ubah seperti seorang peremppuan simpaanan

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca.. First of all aku nak ucapkan terima kasih pada admin sekiranya sudi menyiarkan tulisan ini.

Aku tak tahu sama ada kisah aku sesuai untuk disiarkan disini atau tidak, tapi aku sangat berminat dengan page ini berbanding page-page lain bila aku baca confession kisah orang lain yang dikongsi mendapat komen-komen supportive dari pembaca.

Aku seorang wanita berumur lingkungan 20 an bekerja sebagai Eksekutif di sebuah syarikat swasta antarabangsa.

Apa yang aku nak kongsikan pada semua ialah mengenai kisah hidup aku disamping aku sangat-sangat memerlukn kata-kata semangat dari pembaca semua.

Aku tak mampu untuk meluahkan semua masalah aku, apa aku rasa dan apa yang aku lalui pada kawan-kawan mahupun keluarga.

Pertama aku sangat malu & kedua aku tak nak sesiapa pun melihat aku tidak kuat. Tapi makin lama aku simpan semua ini makin aku rasa ters3ksa.Hampir setiap malam aku menangis, aku meraung sehingga aku tertido sendiri.

Luaran mungkin orang nampak aku happy, kerja seperti biasa, keluar dengan family, buat semua rutin harian seperti biasa tetapi tiada siapa yang tahu jiwa aku sebenarnya dah mati.

Aku pernah berkahwin dengan seorang lelaki yang juga lewat 20 an, bekerja dengan sebuah syarikat swasta dalam sektor Minyak & Gas yang terkemuka di Malaysia.

Bagi aku dia seorang yang good looking, tinggi lampai, berbadan tegap, berhidung mancung berkulit kuning langsat & heavy smoker.

Permulaan perkenalan kami dia memang tidak pernah ada sifat-sifat romantik dalam diri.

Dia tak pernah beli jiwa aku dengan kata-kata yang janjikan bulan & bintang. Cukup dengan layanan yang baik-baik sahaja.

Tetapi aku jatuh cinta dengan perwatakan yang menampakkan kelelakian dia sebagai lelaki.

Aku suka dengan cara dia even dia tak pandai nak treat aku like a bakal permaisuri dalam hidup dia.

Dia bukan jenis lelaki yang boleh plan any surprise, bagi bunga, bagi ayat-ayat berbunga dsb.

Dia melamar aku pun hanya dekat kedai makan lepas habis waktu kerja. “Sudi tak awak jadi isteri abang” Just that point with a dua bentuk cincin yang dia mintak mak dia pilihkan.

And after kahwin aku boleh gambarkan perkahwinan aku & perwatakan dia sama dengan Aaron Aziz dalam Movie Ombak Kasih lakonan Maya Karin juga.

2 tahun mengikat tali pertunangan ternyata tidak menggambarkan siapa dirinya yang sebenar.

Dunia perkahwinan yang sangat menyedihkan bagi aku. Kami jarang keluar bersama. Berbual sesama sendiri apatah lagi.

Hidup aku hanya sekadar tak ubah seperti seorang perempuan simpanan dalam rumah yang dia sediakan.

Keperluan, tempat berteduh, makan pakai aku semua dipenuhi tetapi aku hanya jaga diri aku sendiri.

Keperluan dia pula aku perlu uruskan dengan baik kerana dia sangat cerewet dari segi penjagaan pakaian, rumah & bilik tidur yang perlu sentiasa kemas even dia sendiri yang penyepah.

Setiap hari aku perlu kutip baju yang ditinggalkan di sofa, stokin yang bersepah atas lantai, mug yang dah bersemut tanpa ada rasa simpati sedikit pun pada aku yang juga bekerja.

Setiap malam aku jadi penunggu dalam rumah, mana dia pergi apa dia buat aku tak pernah tahu.

Bila dipejabat, aku selalu berdebar bila waktu dah hampir jam 5.00 pm. Kenapa dah jam 5.00.

Aku tak sanggup nak balik rumah. Aku dah tak sanggup nak hidup sunyi. Balik rumah sunyi sepi. Cuma pandang dinding, tatap frame kahwin kami dengan linangan air mata.

Ofismate aku semua tak sabar nak balik rumah nak masak untuk suami nak layan anak-anak. Tapi aku.

Jarang aku dapat masak untuk suami, bila masak pun aku cuma makan malam seorang diri.

Kadang-kadang bila aku text, dia cuma jawab pegi je beli apa-apa sebelum balik rumah. Dan kehidupan aku setiap hari berulang-ulang macam tu.

Hampir setiap malam aku tertidur sendiri. Jam berapa dia pulang setiap malam pun aku tidak pasti.

Cuma aku tersedar bila dia menjatuhkan tubuhnya disebelah aku dalam kegelapan.

Bila aku ada masalah, aku tiada tempat mengadu. Hidup aku betul-betul terasa kosong.

Mana mungkin aku perlu mengadu pada ibu ayah aku sedangkan aku punya seorang suami.

Isteri juga perlu menjaga aib rumah tangga & maruah suami. Bila aku dalam kesusahan, Aku tetap selesaikan nya sendiri.Aku bagi satu contoh kejadian yang pernah terjadi.

Pernah satu hari kereta aku tak boleh nak hidup lepas habis waktu kerja, dengan hari yang dah nak senja.

Aku call dia tak pernah berjawab walaupun dia boleh reply text aku at the same time.

Dia just bagi suggestion pinjam lah jumper sape2 atau pun mintak lah tolong kawan kerja sedangkan tempat kerja dia dengan aku cuma dalam kawasan sekitar yang sama.

Salahkah kalau dia datang jenguk keadaan aku waktu tu sedangkan dia pun dah habis waktu kerja juga. Bila kawan-kawan datang membantu bertanya dah maklum pada suami ke.

Aku mampu cakap tak tahu kenapa tak dapat hubungi. Mungkin masih berada dalam kilang jadi tak dapat jawab call.

Sedangkan dia tidak hirau pasal aku. Dia anggap aku ni tidak penting sebagai mana seorang suami perlu lindung isterinya.

Dengan jawapan yang sebegitu lebih baik aku cari solution bagaimana aku harus pulang. Text dia aku biarkan tak berjawab. Tak perlu jawab jika hanya untuk makin luk4 kan hati sendiri.

Dan dia pun tak kan bertanya masalah aku dah selesai atau sebaliknya dan aku dah selamat pulang ke rumah tak.

Bila aku tidak sihat macam mana sekalipun aku gagahkan diri juga ke klinik sendiri.

If dia hantar pun puas aku merayu minta tolong dia hantarkan jika aku memang tak mampu untuk drive. Itupun dia tunggu aku dalam kereta without temankan aku masuk klinik or tolong papah aku dsbnye.

Aku juga dijadikan tempat pelepas amarah dia, aku tak boleh berbincang, bersuara, mahupun merungut atas semua layanan dia pada aku. Kalau aku bersuara tangan dia mesti hinggap dekat tubuh & muka aku.

Sudahnya aku hidup dalam ketakutan seolah patung bernyawa dalam “penjara” yang diciptakan untuk aku. Aku tak mampu lagi nak bersuara.

Even aku hanya menangis dia akan meng4muk macam orang tak sedar diri dan akan tampar aku non stop supaya aku berhenti menangis.

Aku tak boleh nak tunjuk apa pun reaksi depan dia walau kadang tanpa sedar air mata aku dengan sendiri mengalir.

Bila aku terlampau s4kit kena pkul, suara aku akan makin kuat, dia akan belasah lagi teruk supaya aku diam lebih cepat.

Aku dah terbiasa lihat wajah & tubuh sendiri dengan kesan lebam-lebam. Hidup aku setiap hari tak bermaya.

Hati aku setiap hari rasa sesak menahan sebak. Bila-bila masa sahaja aku boleh menangis.

Selama 2 tahun aku sorokkan dari pengetahuan keluarga aku apa yang aku lalui. Bila wajah aku ada kesan pkul, aku akan bagi seribu alasan untuk tidak pulang ke rumah ibu bapa aku.

Untuk layanan batin pula, jika aku bersedia dari segi emosi mahupun tidak, dia tidak peduli yang penting aku harus melayan tanggungjawab aku yang satu itu.

Kemudian sambung tidur dengan membelakangkan aku.Kadang-kadang aku terfikir apa salah aku.

Jijik sangat ke aku sebagai isteri dia. Bukankah dia sayang kan aku sehingga memilih aku sebagai isterinya.

Dia tak pernah kenalkan aku pada kawan-kawan dia, sebarang event di pejabat dia tak pernah bawa aku. Orang lain semua bawa anak dan isteri tapi aku. Hanya dirumah seorang diri.

Cuma satu yang selalu aku fikir, selagi mana aku isteri dia, aku kena jaga dia dengan baik, uruskan rumah dengan baik walaupun aku terpaksa ke market seorang diri beli keperluan dapur.

Angkat barang-barang yang berat seorang diri, apa sahaja masalah dekat rumah aku kena selesaikan sendiri, panggil plumber or apa sahaja aku tak kisah yang penting aku boleh jaga dia dan rumah dengan baik.

Walaupun aku tak ubah hanya seperti seorang pembantu penunggu rumah itu tapi aku cuba untuk tidak kisah kerana dia suami aku.

Aku perlu lindung & jaga harta suami aku. Itu yang aku selalu fikirkan.

Tapi bila ada masa-masa yang aku terlalu rindukan dia, aku hanya mampu c1um baju-baju kotor yang masih ada bau badan & kesan perfume pada baju-baju tu.

Sebelum basuh semua baju-baju dia aku akan ambik kesempatan c1um dan p3luk erat seolah aku pluk tubuh suami aku sendiri. Sambil aku berkata-kata sendiri “sayang rindu abang sangat”.

Bila aku kemas almari solek, aku akan buka gel rambut dia & hidu bau pada penutup gel tersebut.

Itupun dah buat aku rasa terubat rindu aku. Seolah aku dapat mengucup suami aku sendiri, seolah dia berada dekat dengan aku.

Bagi aku biarlah aku dapat lihat dia setiap hari waktu pagi walaupun sekejap semasa masing-masing bersiap nak ke tempat kerja dan aku tahu setiap malam dia masih disebelah aku.

Aku tak sanggup untuk dia hil4ng terus dari aku walaupun dia layan aku tak selayaknya seorang isteri dapat.Macam-macam cara yang aku buat untuk ambil hati dia,

supaya dia kembali jatuh cinta pada aku, masakkan untuk dia walaupun suapannya langsung tak berselera, aku surprisekan dia macam2, semua kehendak dia aku turuti.

Tiap kali ulang tahun perkahwinan & birthday, aku akan wish yang indah-indah dan memuji dia di social media seperti ucapan terima kasih sebab abang jaga sayang dengan baik, aku luahkan betapa bahagianya aku disamping dia.

Aku bagitahu betapa beruntungnya aku jadi isteri pada dia, Aku luahkan kata-kata tersirat agar dia tersentuh dan aku berharap dia sedar dengan perbuatan dia walupun dia tidak pernah respon.

Secara personally pula aku akan wish dan berulang kali aku cakap aku sayang kan dia aku sayangkan perkahwinan ni. Aku nak hidup dengan dia sampai bila-bila. Aku nak ada anak bersamanya.

Kadang-kadang aku juga menyalahkan takdir, kenapa sepanjang 2 tahun usia perkahwinan ni Allah swt tidak kurniakan zuriat pada aku.

Mungkin jika ada zuriat suami aku akan berubah dan akan sayangkan aku serta perkahwinan ini.

Aku rasa sudah terlalu panjang aku menulis, sekiranya admin approve cerita aku untuk disiarkan & pembaca beminat untuk mendengar aku akan sambung lagi pegalaman hitam yang aku lalui.

Part seterusnya juga aku akan ceritakan kenapa suami aku bersikap macam tu, bagaimana akhirnya aku berpisah, keadaan kedua-kedua pihak keluarga dan apa yang jadi pada kehidupan aku selepas bercer4i.

Sehingga sekarang pun aku masih tidak kuat untuk lalui semua ni. Aku harap pihak pembaca mendoakan aku.

Supaya Allah swt kurangkan kesedihan aku ini.Terima kasih…Luahan Hati Cik Bunga.CIK BUNGA (Bukan nama sebenar)

Sungguh kuat dugaan yang di lalui wanita ini. Tetap teguh sebagai seorang isteri kepada seorang lelaki yang tidak pernah menghargai dan melayani dia sebaiknya.

Ternyata sifat panas baran seseorang ada berkait rapat dengan persekitaran dan juga keturunan.

Part ll kita akan tahu cerita sebenar dan punca kenapa suaminya berkelakuan seperti itu.

Part ll juga pasti membuat hati pembaca menangis kerana lebih banyak ujian yang di lalui wanita ini bersama suaminya yang mempunyai keturunan panas baran dan kaki pkul.

Part ll akan di update dalam ruangan comment