Kluarga mertua semua baik2 dan bekerjaya tp kenapa suami sorg je mcm tu. Bila biras cerita baru aku tahu dan rasa teraaniya dpt suami kaki pkul

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum Semua. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih pada admin kerana sudi menyiarkan kisah pengalaman hidup aku ini untuk dikongsikan pada pembaca diluar sana.

Aku speechless sangat dengan respon-respon kalian. Terima kasih dengan komen-komen yang membina.

Terima Kasih sebab buat aku rasa masih ramai yang sayang aku even kita tidak mengenali antara satu sama lain. Kalini korang buat aku menangis sebab aku terharu.

Untuk part 1, boleh tengok di ruangan comment. Baca bahagian pertama dulu ye.

Saat aku menulis ini, tangan aku menggeletar tahan sebak. Aku janji dengan kalian aku cuba jadi kuat, sentiasa positif untuk lupakan semuanya.

Berbalik pada sambungan cerita aku, ya aku mengaku aku memang seorang perempuan yang mungkin bodoh hambakan diri aku pada dia. Pada lelaki yang aku anggap syurga aku. Pada seorang lelaki yang bergelar suami.

Sepanjang kemelut rumah tangga kami, walaupun aku tidak kongsikan pada ibu ayah apa yang aku hadapi, tetapi aku berkongsi sepenuhnya masalah aku ini pada keluarga mertua. Dengan harapan keluarga dia akan membantu aku, atleast menasihati dia dsb.

Aku tunjuk semua kesan aku dipkul, setiap kali dia tidak pulang kerumah, aku hubungi keluarganya.

Aku kongsikan semuanya sehinggakan kakaknya sendiri pun ada mengeluarkan kata-kata pada aku,

Akak sendiri sebagai seorang isteri tak sanggup nak lalui apa yang kamu lalui. Berpisahlah jika hanya itu jalan yang terbaik.

Berbalik pula pada situasi dipihak keluargaku, selama mana pun aku cuba rahsiakan pada keluarga aku sendiri, mereka akan terhidu juga.

Ibu bapa mana yang tidak pelik bila menantunya jarang sekali nak bertandang kerumah. Tidak mahu bersama-sama keluarga tidak kira public holidays dan sebagainya.

Jauh sekali berbeza dengan perkahwinan kakak ku yang bahagia walaupun mereka tinggal lain negeri dengan kami.

Kakak & abang iparku juga bekerja di sektor yang sama dengan suami. Jadi berbaloikah hanya sekadar alasan suamiku sibuk kerja apabila ditanya tentangnya.

Bila ada peluang mereka pulang dan suaminya melayan ayahku dengan sangat baik. Jauh sekali dengan suamiku yang kami hanya tinggal berdekatan dengan rumah ibu bapaku tetapi tidak pernah mahu munculkan diri bila ada aktiviti-aktiviti bersama keluarga.

Apatah lagi kenduri-kenduri besar dirumah yang saudara mara akan tanya mana suami. Kenapa setiap kali keraian suami ku tidak hadir. Oh ya adik beradik aku semuanya perempuan.

Jadi bila ada majlis dirumah selalunya abang ipar aku yang akan bertungkus lumus tolong sepenuhnya buat kerja-kerja berat. Masa tu aku akan rasa bersalah kenapa suami aku tidak mahu bersama-sama keluarga.

Ibu aku selalu cakap ingatkan ada menantu lelaki anak lelaki yang tinggal berdekatan boleh menumpang bila dalam kesusahan saakit memandangkan kudrat anak-anak perempuan nya yang terbatas tetapi sebaliknya pula.

Aku mengambil keputusan untuk tidak terus menceritakan apa yang aku lalui apabila terjadi satu kejadian.

Aku pulang ke rumah ibu sewaktu mataku bengkak, aku fikir dengan alasan digigit srangga ibu aku akan percaya memandangkan kesan lebaam semakin pudar.

Ibu aku menangis didapur bertanyakan adakah suamiku memuukul ku. Dan ada suatu hari ibu & ayah singgah kerumahku, waktu tu pipi aku luuka. Melepuh seolah terkena seterika panas kesan ditampar.

Belum lagi aku buka pagar ibu aku terlebih dahulu lagi terjerit. “dia pkul lagi. Sejak dari kejadian itu aku nekad tidak mahu lagi melihat ibu ku menangis dan memendam nya sendiri adalah jalan yang terbaik.

Sejak dari kejadian itu, ibu ayahku ada menghubungi dia untuk berbincang dan mengajaknya datang kerumah tetapi tidak dihiraukan. Ibuku juga ada berbincang dengan ibunya tetapi alasan ibunya juga sudah penat untuk menasihati.

Dia faham apa yang aku lalui sehingga dia juga turut menangis apabila setiap kali aku mengadu padanya.

Kerap juga ibu dan kakaknya datang kerumah bila aku hubungi menangis-nangis selepas dipkul.

Dia.Hiilang entah kemana. Hiilangnya berhari-hari. Kakaknya akan datang mengemas apa yang telah dia pecahkan. Ibunya pula akan menenangkan aku.

Abangnya juga pernah ajak aku berjumpa diluar & berbincang setelah aku mengadu dah beberapa hari dia tidak pulang kerumah.

Semua tempat abangnya cuba cari & biras aku isteri abangnya hubungi & cakap takut pulak Akak tengok Abang Ngah ni, harapnya tak jumpalah dia harini kalau tak habis teruk kena belasah.

Emak (ibu mertua) pun dah nangis-nangis susah hati dirumah. Bagi yang memberikan pendapat mengapa aku tidak buat laporan p0lis. Sebenarnya lebih dari 10 kali hati ini terdetik untuk melakukan itu.

Tetapi aku masih berfikir sedalam-dalamnya adakah dengan keputusan ini aku boleh menghncurkan kerjayanya. Bagaimana dengan ibunya nanti.

Memandangkan dia adalah anak bongsu dan yang paling terakhir dalam keluarga berumah tangga dia yang paling banyak tanggung dan menguruskan ibu mertuaku memandangkan kakak & abangnya masing-masing sudah ada komitmen lain awal darinya.

Dan aku pula tidak kisah akan satu hal itu memandangkan kami juga belum lagi mempunyai rezeki anak. Jadi tidak salah untuk berkongsi rezeki kami untuk kedua-dua keluarga.

Bagi yang bertanya mengenai latar belakang keluarganya, pada pendapat aku, adik beradik suami aku semuanya mempunyai akhlak yang baik. Berpakaian menutup aurat dengan sempurna termasuk juga ipar duai.

Ibu mertuaku pula sering ke majlis-majlis agama, tidak pernah sehari pun tidak ke msjid dan juga sudah bergelar Hajah. Ibu Mertua aku juga kerap kali ke tanah suci menunaikan umrah.

Ipar duaiku bekerja dalam sektor kerajaan, pensyarah, guru dsb. Bagi aku melihat kejayaan ipar duai ku, dengan frame-frame konvokesyen di dinding sehingga ada yang ditahap PHD telah menunjukkan macam mana berjayanya ibu mertuaku mendidik anak-anaknya sedari kecil.

Cuma ada satu cerita yang aku tidak tahu. mengenai kisah arwh bapa mertuaku, tiada seorang pun yang pernah menceritakan tentang arwh bapa mertuaku sewaktu dulu. Aku hanya tahu melalui birasku iaitu isteri pada Abang Ngah.

Katanya dulu arwh abah macam nilah, suka pkul emak pkl anak-anak. Akak kenal abang ngah sejak dari sekolah lagi. Abang ngah dulu selalu menangis depan akak tentang apa yang berlaku pada emak.

Keadaan jadi makin teruk bila bisnes arwh abah jatuh, abah decide untuk berhenti kerja & buka syarikat.

Masa bisnes abah tengah maju tiba-tiba abah jatuh saakit. Katanya buatan orang & orang berdengki.

Abah tak dapat teruskan bisnes dia dan kehidupan mereka makin susah. Abah pula malu untuk keluar rumah jumpa dengan orang ramai. Tekanan sendiri dirumah sudahnya anak-anak & emak yang jadi mngsa.

Masa tu emak kerja dikedai makan ibu saudara siang & malam untuk cari duit besarkan anak-anak.

Abang ngah juga bila pulang dari sekolah akan terus ke kedai makan tempat emak bekerja untuk sama-sama bantu kerja cari duit.

Si Z (suamiku) pula lari tinggal dirumah nenek belah emak sebab tak tahan kena d3ra mntal & fizikal oleh arwh abah.

Masa abang ngah ajak akak kawen, dia selalu cakap dia tak nak akak lalui sama macam apa yang emak lalui.

Jadi kemungkinan Si Z tu terikut perangai pnas baaran abah. Dan disebabkan si Z tak membesar depan mata emak.

Dia membesar dengan suasana yang tidak sihat. Buang masa dekat Cyber Cafe, pusat snooker dll.

Oleh kerana dari kecil kehidupannya sebegitu sehinggalah masuk ke alam pekerjaan perangainya masih sama. Mengunjungi pusat-pusat judi untuk habiskan masa disitu.

Dan tiba-tiba akak dengar si Z nak bertunang. Pada hari majlis pertunangan korang dalam hati akak dah terdetik. Kesian nya dekat kamu. Sayang orang macam kamu bakal dapat si Z ni.

Kata birasku lagi, “bunga, dekat dalam pusat juudi tu kita tak tahu apa yang berlaku dekat dalam, mungkin ada perempuan dan macam-macam lagi kemungkinan yang akak tak perlu sebut.

Kami semua sayang bunga, emak pun pernah cakap dulu harapnya lepas kawen si Z akan berubah tetapi nyata tidak. Lagikan pulak duit tidak menjadi masalah untuknya.

Waktu itu aku terkedu. Jadi selama ini pulang lewat malam kerana ini. Mudahnya naik kan tangan padaku kerana terbiasa melihat bapanya sedari kecil melakukan sebegitu.

Apa dia fikir isteri perlu dilayan dengan deera jiwa dan fizikal seperti kelakuan arwh?

Sehinggalah pada suatu hari hati aku ini terdetik untuk menyiasat, hati aku berkobar-kobar untuk tahu kemana perginya dia.

Benarkah masih lagi ketempat-tempat itu? Malam itu aku nekad pulang ke rumah ibu mertuaku yang lebih kurang sejam (lain daerah) dari rumah kami.

Sampai saja disana, Setiap pelusuk bandar aku pusing hanya untuk melihat jika ada kereta dia dimana-mana tetapi ternyata tiada.

Aku hubungi pula ibu mertuaku memang dia tiada pulang ke rumah ibu mertuaku. Hati aku bergelojak dengan perasaan yang bercampur baur.

Aku tiba-tiba ubah fikiran mungkin hari bekerja dia hanya disekitar kawasan rumah kami saja. Mana mungkin dia rajin untuk berulang jauh.

Aku pecut kereta dan pulang. Aku memasuki kawasan bandar aku lalui lorong-lorong gelap dimana ada pusat juudi, clvbbing dll.

Aku memandu memasuki lorong-lorong dengan hanya ikut kata hati dan naluri aku sebagai seorang isteri.

Dan sangkaan aku tepat sekali, aku ternampak keretanya diletak dikawasan yang gelap sedikit sekitar pusat-pusat tersebut.

Lama aku tergamam, tetapi aku tak boleh menunggu lama, jam sudah menunjukkan pkul 1 pagi. Aku harus pulang sebelum dia turun dari pusat itu dan ternampak keretaku.

Aku tidak boleh bagi alasan aku ke rumah ibu bapaku kerana pernah terjadi bila aku pulang lewat malam dari rumah ibu barang-barang aku dah dicampak keluar.

Bila aku merayu bukakan pintu, diseretnya aku masuk kerumah dan memukul aku dengan alasan aku memaluukan dia.

Dayus sebagai seorang lelaki bila jiran-jiran nampak aku pulang lewat malam walhal aku hanya kerumah ibu.

Malam itu aku langsung tak boleh tidur, aku benci melihatnya disebelah ku. Kenapa aku boleh mencintai lelaki seperti ini ?

Kenapa dia membohongi aku selama ini? Tapi aku tak mampu bersuara bimbang aku akan menjadi sasaran nya lagi.

Dan satu lagi perangainya, selepas pkul aku dengan teruk, dia akan menangis seolah-olah menyesal dan berulang kali katakan “abang mintak maaf sayang”semasa aku tidur.

Kadang-kadang juga dia akan sapukan uubat, tuam ais sambil menangis bila aku dah lena kepenatan dilakukan seperti binatang.

Pada masa tu dia akan kucup dahi aku berkali-kali belai rambut aku. Dia akan pluk aku seeratnya.

Hati aku jadi makin meruntun sedih. Kalau dia sayang mengapa dia lakukan ini pada aku?

Semakin lama aku semakin dah terbiasa dengan kehidupan sebegini dengannya. Aku tidak lagi bertanya kemana dia pergi. Bila dia mahu pulang.

Even hujung minggu bila dia mahu pulang untuk menjenguk ibunya tidak pernah sekali dia bawa aku bersama melainkan aku sendiri yang memandu kesana.

Bagi aku pula kalau aku ikut pulang pun useless. Dia akan tetap keluar siang balik subuh. Dirumahnya makin ramai kawan-kawan yang dia boleh habiskan masanya.

Aku dah terbiasa bila balik dari kerja ada duit atas meja yang ditingalkan untuk aku keluar window shopping hujung minggu atau bawa ibu dan adik-adik aku keluar jalan-jalan. Aku makin tidak kisah tentang dirinya.

Once keluarga aku pun sudah tahu serba sedikit tentang kelakuannya, aku banyak habiskan masa dengan keluargaku.

Aku bahagia habiskan masa dengan mereka. Keperluan dirumah aku tetap uruskan macam biasa.

Tetapi bila dia tahu aku makin menjauh darinya, dia mula sibuk persoalkan perihal anak.

Dia hina aku mandul, dia hina macam-macam dengan kata-kata kesat. Dia bawa aku pergi check up dengan sinisnya nak buktikan aku memang ada masalah untuk bagi dia zuriat.

Tetapi Alhamdulillah semuanya normal. Bila doktor suggest dia untuk lakukan test dia diam.

Sejak dari itu aku lihat dia ada ambil pil-pil suggestion dari farmasi yang sesuai untuk lelaki.

Dan kerana ego dia hampir memasuki dua tahun kami tetap tidak dikurniakan anak. Tetapi Mungkin juga masih lagi bukan rezeki dan bukan nya punca dari kelemahannya.

Berkat dari nasihat kedua ibu bapa aku, Bila diri aku dah benar-benar bersedia aku kuatkan diri ke pejabat agama dan ke Mahkamah Syariah ambil borang permohonan crai. Bagi aku cukuplah setakat ini. Tapi prosedur crai ini terlalu rumit.

Aku terpaksa cerita serba sedikit tentang masalah peribadi aku pada pembantu aku untuk memudahkan aku keluar berurusan disana semasa waktu kerja. Tersedu-sedu dia menangis.

Sempat lagi aku megusik dia siapa yang nak bercrai sebenarnya ni. Dia sendiri tak sangka sekuat ini aku boleh lalui sendiri.

Kali pertama jejakkan kaki di mahkamah rasa kaki ku lemah kembali. Kenapa akhirnya aku perlu kesini?

Bila aku suarakan tentang pencraian kepadanya, dia menunjukkan respon yang langsung tidak terkejut sehinggalah pada esok harinya dia text aku minta aku ambil cuti dalam seminggu.

Aku tanya untuk apa. Dia cakap nak bawa aku pergi bercuti. Selama ni dia tak pernah bawa aku pergi jalan-jalan.

Untuk hari-hari terakhir aku bersamanya dia nak bawa aku pergi semua tempat yang aku pernah ajak dia pergi sebelum ini. Dia sebut satu persatu semua tempat yang aku pernah ajak dia.

Kita pergi semua kelima-lima tempat tu. Dia taknak rasa bersalah sebab tak sempat nak bawak selepas ini. Aku tak tahu apa aku rasa waktu dia cakap macam tu.

Dan dia cakap lagi Sebelum ni dia memang ada niat untuk bawa aku tapi dia tak ambil serius semua permintaan aku.

Kenapa baru sekarang nak berkelakuan baik dengan aku. Aku tanya pendapat pembantu aku.

Why Not masa nilah ambil masa berdua dengan dia. Mana tahu yang keruh boleh dijernihkan kembali. And yes aku setuju untuk ambil cuti dan balik pack barang-barang.

Walaupun at the same time aku rasa sedih jika aku teruskan percutian ini selepas pulang dari percutian ini akan buat aku jadi makin lemah semula.

Aku tak berani untuk ambil risiko tetapi aku paksa diri aku untuk setuju. Malam itu kami gerak.

Sepanjang malam aku jadi kaku berdua dengannya. Tapi dia cuba untuk ambil hati aku.

Dia layan aku dengan baik. Dia mula buat aku rasa yang dia memang sayangkan aku. Sepanjang percutian tak henti-henti dia ajak aku bergambar dan dia ambil gambar banyak-banyak.

Selama ni untuk bergambar berdua 1 keping gambar pun susah. Bila berjalan dia pluk aku erat-erat.

Dia genggam erat tangan aku walupun depan orang ramai. Kalau dulu aku tak pernah dapat layanan macam tu.

Setiap kali keluar bersama cuma aku yang selalu rangkul lengannya.Macam-macam yang dia belikan even bukan dari permintaan aku sendiri. Sepanjang percutian dia betul-betul buat aku kembali jatuh cinta pada dia.

Perangai dia kembali berubah seperti sebulan dua perkahwinan kami. Bila hati aku berkata perlu ke aku layan dia dengan baik juga lepas apa yang jadi.Tetapi separuh lagi hati aku cakap kenapa nak dipersoalkan.

Dia masih suami aku yang sah. Dan kerana itu, aku hanyut kembali dengan perasaanku sendiri.

Bila pulang dari percutian, semua kembali normal. Dia tak pulang kerumah dan apa yang aku takutkan terjadi lagi.

Kenapa aku ni lemah sangat. Sekali lagi dia sksa jiwa aku.Sehingga pada suatu hari aku ada meeting di ibu kota. Aku terpaksa keluar awal selepas subuh memandangkan boarding time 7:30 pagi.

Meeting itu akan berlangsung jam 10:00 pagi. Hanya satu permintaan aku pada malam itu, boleh tolong hantarkan sayang pergi airport esok pagi.Sorry, tak sempat sebab kena masuk kerja awal.

Aku jadi hiilang sabar aku tertinggi suara padanya aku katakan tak cukup lagi ke siksa hidup aku.

Aku pertikaikan tentang tanggungjawab dia terhadap aku. Kadang-kadang bila aku tak sempat booking flight aku memang tidak akan attend meeting ke ibu kota balik hari berdua dengan pemandu syarikat.

Aku juga tahu batas-batasnya. Namun nak drive sendiri mana mungkin. Nak harapkan suami hantar jauh sekali.

Sudahnya aku hanya naik bas balik hari dan tinggalkan kereta aku di terminal bas. Tapi pada malam itu entah kenapa aku hiilang pertimbangan.

Aku lawan dia aku tengking dia aku luahkan apa aku rasa sambil aku pkul-pkul badan dia. Aku nak dia rasa saakit sama yang aku rasa.

Aku betul-betul hiilang pertimbangan waktu itu, bagi aku dah cukuplah aku dera jiwa aku.

Menangis dalam bilik air melepaskan tekanan aku sendiri. untuk malam tu aku nak lepaskan pada dia.

Dia terus menampar aku sehingga aku terjelepok jatuh ke lantai. Telinga aku bengkak kebiruaan.

Dan pada malam itu juga dia keluar dari rumah dan tidak pulang beberapa hari. Aku pula

Lepas pulang dari ibu kota aku siapkan semua doc percraian & aku text dia yang aku dah siapkan semua doc permohonan crai, tolong maklum alamat apa yang nak dia letak samada tempat kerja rumah ibu mertua mudah untuk mahkamah hantar surat dan aku akan hantar semua doc secepat mungkin ke mahkamah.

Dan selepas dari kejadian itu aku pulang ke rumah ibu bapaku. Aku langsung tidak pulang kerumah untuk menjenguk apa pun.

Dari nasihat bapa ku juga, sekiranya dia sayangkan aku dia akan datang mengambilku untuk pulang, dia akan berubah bila isteri jauh darinya, Tetapi sebaliknya,

Bila dia kembali ke rumah, dia lihat aku tiada, barang-barang keperluan aku tiada.

Dia makin agresif, dia text aku dengan mengatakan dia dah keluarkan semua barang-barang dia dan tolong percepatkan proses percraian ini.

Dengan ditemani ibuku aku ke mahkamah untuk hantar borang permohonan crai. Sangkaanku semuanya akan selesai dengan baik. Tetapi aku silap.

Sementara menunggu proses mahkamah, fikirku lebih baik aku packing barang untuk pindah dari rumah itu secara perlahan-lahan. Lagi pula aku kerja aku tak mampu nak uruskannya dengan masa yang singkat.

Aku pulang bawa kotak-kotak & beransur-ansur mengemas. Lagipun hampir setiap hari walaupun mahkamah masih belum panggil untuk perbicaraan dia dah halau aku dari rumah. Dia minta aku keluarkan semua barang-barang aku.

Kononnya aku ini isteri kurang ajar kerana tinggi suara padanya.Tak guna simpan isteri macam aku dan macam-macam lagi kata-kata yang menusuk hati aku.

Katanya lagi, jika aku tidak boleh terima dengan cara dia, aku boleh berambus dari hidup dia.

Hinggalah pada satu malam, tengah aku sibuk mengemas tiba-tiba rumah blackout. Bukan rumah aku je tapi semua kawasan sekitar blackout.Aku dah maklumkan padanya untuk aku pulang malam itu mengemas barang-barang.

Jadi bila kejadian seperti itu aku terus menghubunginya, seperti biasa dia tidak pedulikan panggilan aku, Aku text dan bagitahu aku takut dan 1 lilin pun tiada dirumah ini. Dia tetap tidak pulang. Dunia nya tidak habis-habis dengan pusat-pusat hiburan itu.

Aku sekali lagi tidak dapat mengawal marahku. Aku katakan dia lelaki tak guna. Lepas semua kembali okay baru dia pulang. “Tak gunalah kau balik sekarang” getus hati aku. Dia ketuk pintu dengan kuat.

Aku dapat agak pada malam itu mesti aku dipkul lagi. Sebelum aku bukakan pintu aku sempat capai p1sau.

Telahan aku hanya untuk menakut-nakutkan dia dengan p1sau itu jika berlaku apa-apa. Tetapi bila aku bukakan pintu aku nampak kereta dia dh berlalu pergi.

Telefon aku berbunyi. Aku buka text dia dan aku lihat dia lafazkan talak tiga terhadap aku.

Aku terus tumbang. Badan aku lemah. Aku hubunginya tetapi tidak berjawab. Aku meraung sekuat hati.

Kenapa sampai tiga Kenapa perlu lafazkan talak tiga pada aku Salah apa yang aku lakukan sehingga talak tiga yang dilafazkan.

Malam itu aku nangis dengan teruk. Aku tak dapat datang pejabat awal pagi. Aku benar-benar-lemah.

Bagi aku jika aku bercrai dan andai kata dia memilih untuk berubah sepenuhnya sepanjang aku tiada disisi dia aku sedia untuk terima nya kembali.

Manusia mana je yang tidak pernah melakukan kesilapan. Tapi kenapa sampai talak tiga yang dia ucapkan.

Tak kan ada lagi peluang untuk kami bersama semula sampai bila-bila. Apa yang aku tahu dia ke pusat-pusat itu bersama-sama rakan sekerjanya. Aku juga bingung memikirkan.

Masing-masing punya isteri yang cantik-cantik anak-anak yang comel tapi masih lagi mencari hiburan diluar. Dianugerahkan keselesaan hidup mengapa masih lagi memilih jalan seperti itu.

Isteri-isteri mereka walaupun lalui nasib yang sama denganku setiap malam ditinggalkan tapi apa sahaja event pejabat mereka akan bawa sekali.

Layanan yang sangat romantik pada isteri walau apa yang aku dapat tahu ini hanya disocial media. Sebaliknya nasib aku. aku hanya sekadar “patung bernyawa” untuknya.

Dan hari seterusnya aku kuatkan diri ke mahkamah syariah, aku tukar proses dari permohonan crai ke pengesahan lafaz crai.

Di hari perbicaraan dia hadir seorang diri dan begitu juga dengan aku. Masing-masing tidak sanggup untuk kecewakan keluarga sendiri.

Semasa dalam prosiding, hakim bertanya adakah dia yang menaip lafaz talak itu. Dijawabnya “Ya”.

Adakah dia menaip dalam keadaan sedar. Dijawabnya “Ya” juga. Dan Hakim bertanya lagi adakah lafaz talak itu berserta dengan niat. Jawapannya juga “Ya”.

Dan tuan hakim ada bertanya beberapa soalan yang mungkin terlalu terbuka untuk aku tulis disini.

Hakim tidak berpuas hati semasa prosiding itu dengan mengatakan jawapan yang diberikan olehnya tidak munasabah & meyakinkan Tuan Hakim. K3s akan ditunda lagi 3 bulan.

Dia terus mengatakan pada tuan hakim jika Yang Arif ragu-ragu dengan lafaz talak saya, saya mahu lafazkan sekali lagi disini & saya mahu k3s ini deselesaikan dengan cepat.

Tuan Hakim tetap dengan keputusan untuk menunda lagi prosiding percraian kami.Pada masa itu aku tak tahu apa yang aku rasa.

Sehina itu dia buat aku dikhalayak ramai. Yang masih menunggu giliran k3s masing-masing hanya sayu memandang aku.

Pulang dari mahkamah aku minta masa pada dia untuk aku terus tinggal dirumah ini untuk sementara waktu. Aku meminta dia yang keluar dari rumah sehingga k3s selesai.

Tapi dia juga ada alasan dia yang tersendiri. Jika dia keluar mana dia mahu pergi.

Jika rumah emak mungkin mereka akan syak sesuatu yang buruk. Untuk aku pulang ke rumah ibu bapaku mungkin tidak saat ini.

Macam mana aku nak ceritakan pada ibu ayahku supaya mereka tidak kecewa anak mereka dilakukan seperti ini.

Jadi disebabkan masing-masing punya alasan tersendiri, aku decide untuk pindah bilik belakang sehingga semuanya selesai. Lagipun lafaz talak tersebut tidak disahkan lagi.

Aku cuma ambil langkah berjaga-jaga andaikata lafaz itu sah pada tarikh kejadian itu dan aku ada “bersama” dengannya mungkin akan jatuh zinaa.

Dan sekiranya waktu itu aku mengandung. Apa jadi dengan status anak aku. Jadi aku jauhkan diri aku dari dia.

Dalam masa yang sama aku juga berdebar sekiranya sepanjang percutian haritu Allah swt kurniakan zuriat pada aku tapi aku telah dicraikan apa nasib anak aku nanti.

Tapi perancangan & hikmah Allah swt itu hebatkan, Aku tidak mengandung dan aku sangat lega kerana aku hanya perlu memikirkan masa depan aku sendiri sahaja selepas ini.

Sehinggalah prosiding mahkamah yang terakhir, hakim sahkan talak aku jatuh pada tarikh yang dilafazkan itu.

Keluar dari mahkamah dia meminta untuk ke tandas dan aku hubungi ibu aku. Ibu, bunga ada benda nak dibincangkan dengan ibu. Ibu dengan ayah datang dekat bunga boleh.

Mahu atau tidak semuanya dah selesai. Aku perlu juga ceritakan kebenaran ini pada ibu bapa aku.

Kembali dari tandas, Aku lihat matanya merah, kami bersama-sama ke pejabat agama untuk ambil sijil pencraian dan suaranya bergetar-getar apabila bercakap dengan aku.

Masuk sahaja ke kereta orang pertama yang aku hubungi adalah biras aku. Aku ceritakan semuanya.

Terima Kasih sebab akak sentiasa ada dengan bunga sepanjang bunga perluukan seseorang. Kemudian aku text ibu mertuaku.

Aku tiada kekuatan untuk bercakap dengannya. Aku text & katakan antara aku dengan si Z semuanya dah selesai.

Z craikan bunga dengan talak 3. Bunga mintak maaf selama jadi isteri dan menantu emak bunga tak jadi menantu yang baik.

Bunga tak mampu nak jadi isteri yang baik pada Z. Bunga tak pandai nak jaga Z baik2. Bunga mintak ampun kerana selama ni bunga banyak menyusahkan emak. Bunga sayang sangat pada emak.

Terima Kasih untuk semuanya emak. Kirim salam bunga pada abang ngah, kak long, kakchik & lain2.

Kakak-kakaknya mula membanjiri Whatsapp aku dengan kata-kata semangat dll.

Emak pula sangat terkesan dengan pencraian aku dan Z. Dia betul-betul sedih. Emak menghubungi aku dan menangis teresak-esak. Emak cakap mana hati perut Z sebagai seorang suami.

Kenapa sampai talak 3. Kenapa hukum bunga sampai macamtu? Emak sayangkan bunga. Jangan putuskan hubungan silaturahim selepas ini. Selalulah datang jenguk Emak.

Emak sentiasa tunggu bunga datang. Jangan jauhkan diri dari emak. Selepas ni macam mana.

Bunga akan balik rumah ibu ayah ke. Belum tahu lagi emak balasku. Nanti emak cakap pada Z jangan ambil satu pun barang dalam rumah.

Bagi semuanya pada bunga. Itu hak bunga sepanjang jadi isteri dia. Bunga ambiklah semua sekali.

Even barang kemas sekalipun jangan satu pun pulangkan pada Z. Tahu lah Z tu kena dengan emak & abang Ngah nanti.

Bunga jaga diri baik-baik ye. Kalau ada masalah bunga datang sini mengadu pada emak.

Maaf penulisan aku untuk yang kedua kali ini membosankan atau terlalu panjang untuk difahami. Luahan Hati, Cik Bunga (Bukan nama sebenar)