Jom Belajar Stailkan Tudung Ikut Bentuk Muka!Jenis macam mana sesuai dengan korang

Bila cakap pasal pemakaian tudung ni, korang mesti nak nampak perfect. Salah satu benda yang orang perempuan fikir bila pakai tudung mesti taknak muka korang nampak bulat dan pipi nampak chubby.

Stress je bila korang ikut tutorial kat Youtube, tapi tak sama dengan Youtuber tu buat walaupun dah follow step by step.

Haa..bentuk muka orang semua berlainan tau. Tapi takpe, lepas ni korang bolehlah gayakan stail tudung yang korang suka sebab admin nak kongsikan tips pemakaian tudung yang sesuai ikut bentuk muka.

1. Bentuk muka bujur

Wanita yang bermuka bujur memiliki ukuran vertikal wajah yang lebih panjang sedikit berbanding kelebaran wajahnya.

Wajah bujur adalah bentuk muka yang universal dan ramai wanita memiliki bentuk wajah seperti ini.

Orang yang bermuka bujur ni boleh dikatakan beruntung juga lah sebab apa-apa stail pun korang boleh gayakan dan masih nampak lawa.

Tak kira lah pakai bawal ke, shawl ke pasti nampak sesuai dipakai dan terletak.

Anda bertuah kerana sesuai mengayakan semua jenis style hijab.

2. Bentuk muka bulat

Mereka yang bermuka bulat memiliki panjang dan lebar wajah yang sama dan tidak mempunyai suduh di bahagian rahang.

Gaya tudung yang sesuai dengan anda adalah jenis flowy kerana dapat menyorok bahagian pipi dan penampilan akan lebih trendy jika dipadankan dengan sepasang cermin mata hitam.

Biasanya orang yang bermuka bulat ni panjang dan lebar muka hampir sama. Salah pilih tudung, muka korang akan nampak tembam. Admin cadangkan korang pakai anak tudung yang nipis sedikit.

Kalau korang pakai shawl, lagi better buat stail loose kalau tudung bawal, bentukkan awningnya panjang sedikit. Lilitan shawl pun jangan terlalu ketat ye sis.

Tudung bawal pulak korang cuma perlu lipat sedikit je kat tepi.Cara ni boleh bagi effect yang membuatkan muka korang less chubby.

3. Bentuk muka panjang

 

 

 

 

Sama macam bentuk muka bujur, bentuk muka panjang pun jadi idaman ramai tau.

Sebabnya kalau korang pandai stailkan tudung, muka korang akan kelihatan bujur.

Pastikan tudung korang tidak menutup bahagian pipi supaya muka korang tidak nampak terlalu panjang.

Pemakaian anak tudung pastikan ditarik ke bawah sedikit untuk menutup dahi dan memberi kesan wajah yang bujur.

4. Bentuk muka petak

Bentuk rahang pada wajah wanita yang memiliki bentuk muka petak agak tajam dan mereka mempunyai lengkok yang minimum di setiap ‘bucu’ wajah.

Gunakan tudung daripada warna-warna pastel atau lembut untuk mengurangkan garisan rahang yang membuatkan wajah anda kelihatan maskulin.

Anda juga boleh memakai tudung paling hampir dengan garisan dahi (sedikit tinggi) untuk menampakkan wajah lebih panjang.

Selain tujuan utama mengenakan hijab adalah untuk menutup aurat, golongan wanita juga harus bijak menyesuaikan gaya yang diingini dengan bentuk wajah mereka agar penampilan jadi lebih menarik.

Pemilihan gaya tudung yang sesuai akan menyerlahkan lagi keanggunan seorang wanita.

Bertuahnya orang yang bermuka petak ni sebab korang ada jawline panjang.

Tetapi bila bab pemakaian dan stail tudung, korang boleh menutup sedikit rahang yang terlalu menonjol tu. Caranya sama macam stail tudung untuk si muka bulat, korang pakai stail shawl yang loose.

5. Bentuk muka heart

Korang yang mempunyai wajah berbentuk heart boleh menggayakan apa sahaja stail tak kira tudung bawal mahupun shawl. Pastikan awning tudung korang biar tajam sedikit untuk mengelakkan dahi nampak luas.

Elakkan awning yang terlalu bulat tau.Tak kisah lah bentuk muka macam mana pun yang korang ada, bagi admin semua ada kecantikan masing-masing.

Yang penting kena kenal bentuk muka korang, kreatif dan confident ye sis! Barulah nampak bergaya dan stailo bila berhijab.

Harap-harap tips admin berguna untuk sisters semua ye.Mudah-mudahan dengan petua ini, ia memberi panduan untuk anda memilih tudung sesuai.

Tentu sekali suami atau si dia akan lebih terpesona dengan penampilan baharu anda bersama tudung yang sesuai.