Tak sangka kawan baik aku sendiri buat aku macamni.Lps berkahwin jd tkut bila suami sentuh aku,Kawan baik aku tak henti hubungi aku takut akan kifarah

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt pembaca semua. Terima kasih admin seandainya confession ini disiarkan.

Nama aku Nur. Berasal dari belah utara. Berusia 25 tahun dan telah berkahwin pada bulan Oktober lepas.

aku salah seorang mngsa r*gol ingin berkongsi satu cerita yang telah lama aku pendamkan.

Ramai yang pertikaikan kenapa perempuan tu tak buat report polis lepas kena r*gol, suka sama sukalah tu, kenapa tak cek hspital, kenapa boleh bermalam, kenapa ikut laki tak kenal, kenapa mudah percaya lelaki baru kenal.

Netizen sekalian, seandainya anda tak pernah menjadi mngsa r*gol atau c4bul, bersyukurlah dan tahniah. Ye, kisah ini tentang aku yang menjadi mngsa r*gol kawan baik lelaki sendiri.

Saat ni jari masih terketar nak taip. Tak ada siapa yang tahu rahsia terbesar ini kecuali suami yang sedang lena diulit mimpi di sebelah.

Pada usia aku 19 tahun, aku bekerja part time di sebuah kedai baju sementara nak sambung degree. Pada masa tu sumpah Lillahitaala aku tak pernah disentuh atau menyentuh lelaki yang bukan muhrim.

Bahkan aku takut pada lelaki sebab adik beradik aku semua perempuan dan kami diajar untuk jaga diri sebaiknya.

Entah macam mana masa kerja part time tu, ada kawan kawan lelaki yang mula menegur dan ingin berkawan.

Aku seorang yang agak gemok dan putih sebab ada campuran cina. Mereka cuba untuk merapatkan diri dan berkawan.

Pada awalnya aku jauhkan diri tapi lama lama rasa seronok sebab dikelilingi lelaki. Lurusnya aku masa tu sebab tak nampak dan tak pernah tahu niat lelaki.

Ada seorang staff di situ aku namakan dia Amir. Dia antara kawan lelaki yang paling rapat dan disenangi. Kemana sahaja dia akan teman dan pastikan aku rasa selamat.

Dia tak pernah sentuh aku sebab dia tahu aku sangat menjaga bab itu tapi entah macam mana satu hari dia cubit pipi aku waktu aku tengah fokus kira sale.

Katanya geram. Aku yang lurus awalnya marah dan terkejut tapi lama lama jadi seronok dicuit sana sini.

Sehinggalah suatu hari di bulan Ogos. Dia ajak aku keluar minum minum katanya.

Masabitu aku stay di asrama pekerja. Entah apa Allah nak uji, aku terlupa tengok waktu pkul berapa sebab terlalu eksited dan seronok.

Kononya macam hebat lah sebab ada budak lelaki ajak lepak sama. Aku pelik kenapa Mydin depan asrama aku dah tutup.

Jam berapa sekarang ni? Sedangkan di phone pon ada waktu tapi aku betul betul terlepas pandang.

Bila aku turun bawah, Amir dah ada tunggu dengan kereta Wira sport dia. Dan disisi dia ada seorang lelaki yang dia katakan sepupunya. Dia ajak aku naik kereta dia atas alasan nak pergi minum tempat lain.

Aku bodoh sebab terlalu percayakan dia yang menjaga aku. Ya aku naik kereta dia dan ikut dia. Mulut aku tak berhenti potpetpotpet sembang dengan dia.

Tapi aku perasan malam tu Amir lain. Dia lebih banyak diam dan agak kasar. Lepas lebih kurang 30 minit dalam kereta baru aku perasan lama betul perjalanan ni.

Aku tanya Amir berulang ulang kali nak kemana, aku nak balik esok kerja, hantar aku balik.

Tapi Amir senyum dan cakap Percayakan Amir, Amir akan jaga awak, Amir tak akan biarkan sesiapa apa apakan awak.

Dasar lelaki jah4nam. Sampai di satu rumah kosong yang gelap dia suruh aku turun, katanya nak lepak sembang situ.

Kemudian sepupu dia bawak kereta ke tempat lain. Tinggal aku dengan Amir berdua.

Aku dah mula rasa tak sedap hati dan masa tu aku cuma panggil mama mama dalam hati. Aku berdoa Allah lindungi aku. Waktu itu pkul 2 pagi.

Amir mula berkelakuan tidak sopan dan pada malam hari lahir mama aku, buat pertama kalinya aku dirgol oleh kawan baik sendiri.

Badan aku yang agak besar ni tak mampu melawan kudrat Amir yang krus. Hanya air mata keksalan dan ks4kitan yang meleleh saat tu.

Aku merayu pada Amir jangan, tolong jangan buat aku macam ni. Aku teresak esak. Dia tetap juga dengan tindakan dia yang dirasuk shaitan.

Katanya dia tak percaya aku masih darra dan dia nak rasa sendiri sebab kawan kawan yang lain mencabar.

Sampai saat aku menaip sekarang ni, aku masih menangis dan menyesali apa yang jadi.

Selepas Amir dapat apa yang dia inginkan, dia hantar aku balik seperti tiada apa yang berlaku.

Aku masih ingat ayat terakhir dia waktu aku terhincut hincut berjalan keluar dari kereta. Katanya kalau nak lagi cari saya tau. Sumpah aku berdend4m hingga ke saat ini.

Di usia 19 tahun. Aku hlang maruah yang aku jaga. Aku hlang kepercayaan pada lelaki. Aku hampir giila. Aku berhenti kerja tanpa sebarang notis. Aku tinggalkan asrama tanpa ambil gaji dan deposit.

Aku telefon mama kononnya aku nak balik sebab tak larat bekerja. Aku tersenyum di sebalik ks4kitan yang tuhan je tahu.

Aku block kawan kawan sekerja, aku deactivate Facebook sebab aku taknak mereka cari aku.

Sehinggalah beberapa bulan kemudian baru aku berani untuk unblock kawan kawan sekerja termasuk Amir. Laju whatsapp berderu masuk.

Aku ingatkan mereka dah putus asa mencari aku. Amir merayu memohon maaf dan katanya dia menyesal.

Dia minta aku reply dan call dia. Dia nak ajak aku kahwin, nak jumpa mama papa, nak bertanggunjawab. Aku biarkan setiap whatsapp dan call dia tanpa sebarang respon.

Setiap malam aku tidur terkejut dan meracau. Aku maarah dalam tidur. Aku menangis dalam tidur.

Aku pendam sendiri s4kit yang rasakan. Sehingga hari ini mama papa bahkan sesiapa pon tidak tahu kisah silam aku ini. Hanya suami sahaja yang tahu.

Setiap hari selepas kejadian tu aku tulis surat, aku tulis diari, aku tulis WhatsApp panjang panjang, untuk aku lapor pada polis.

Tapi aku tak mampu. Aku tak ada kekuatan untuk tengok muka mama papa yang terluk4.

Aku tak ada kekuatan untuk meluahkan. Aku s4kit. Aku nangis sepanjang malam. Aku menangis waktu sujud bahkan waktu bacaan Al-fatihah dalam solat aku teresak esak.

Bukan sebab s4kit sebab tu tapi s4kit dikhianati kawan baik sendiri dan skit memendam tak mampu meluahkan pada sesiapa.

Sehingga saat ini, aku meratapi dan cuba melupakan. Pada awal pernikahan pon aku takut disentuh, aku rasa malu seandainya suami aku tahu isteri dia sudah ditebuk.

Tapi Alhamdulillah Allah hadirkan suami yang memahami dan sangat baik. Dia tak pernah tanya kisah silam aku, cuma dia hairan bila aku menolak sentuhan dia dan sering terkejut bila disentuh.

Aku beranikan diri berterus terang pada dia selepas kami solat, aku minta ampun dan ceritakan segalanya.

Dia tenang mendengar dan hanya tersenyum. Kemudian ada satu ayat yang dia sebut, benda yang lepas jadikan pengajaran,

Seandainya kita ada anak, didiklah mereka supaya tidak berlaku benda yang sama, supaya mereka tidak s4kit.

Saat tu aku menangis semahu mahunya. Terasa beban yang aku pendam hlang sebegitu sahaja.

Bukan aku tak nak report polis. Bukan aku tak nak cek hspital. Tapi aku tak kuat untuk buat semua tu.

Aku bodooh dan aku tak tahu jalan. Aku malu dan aku tak nak keluarga aku terpalit malu.

Biarlah aku pendam sejarah ni sampai ke liang lahad. Amir ada cari aku baru baru ni di Facebook, dia merayu maafkan dia.

Dia dah berkahwin dan mempunyai dua orang anak perempuan. Dia tak berhenti mencari jalan untuk hubungi aku dan meminta aku memaafkan dia atas alasan takut anak anak perempuannya menanggung kifarah dari apa yang dia lakukan pada aku.

Kepada semua netizen, jangan mudah mengadili sesuatu cerita tanpa mengetahui kisah sebenar.

Jangan mudah menilai seseorang tanpa berada ditempatnya. Jangan mudah percaya dengan manusia walaupun dia adalah drah daging anda. Jangan pernah lupa bahawa kifarah itu ada dan Allah tidak pernah tidur. Sekian…