Berdossa ke aku terasa hatii dgn Ibu. Aku selalu dibandingkan dgn abg dan anak2 kawannye yg bekerja di bidang oil and gas.

Aku merupakan seorang fresh graduate daripada sebuah universiti swasta terkenal di Malaysia.

Selepas beberapa bulan tamat degree di bidang engineering, aku ditawarkan untuk bekerja di salah sebuah syarikat swasta. Tetapi bayaran daripada syarikat tersebut tidaklah setinggi bayaran gaji di company oil and gas.

Ibu bapaku mengharapkan aku untuk mendapat pekerjaan dengan gaji yang tinggi lebih daripda RM3000 setelah tolak SOCSO dan KWSP.

Tambahan lagi aku bekerja sebagai seorang engineer, jadi harapan mereka padaku semakin tinggi.

Namun setelah mengetahui bayaran gaji ku hanya dalam lingkungan RM2200 sahaja, ibuku seolah olah memandang rendah terhadap kerjayaku di syarikat yang aku bekerja sekarang.

“Kerja engineer, tapi gaji sikit”, itu lah ungkapan yang pernah dikeluarkan dari bibir ibuku. Namun, aku hanya mampu mendiamkan diri sahaja.

Tidak seperti abangku, juga seorang engineer. Dia bekerja di sebuah syarikat swasta yang besar. Permulaan gaji fresh grad nya mencecah lebih daripada RM 3000.

Ibuku selalu membandingkan aku dengan abang. Kadang kadang aku terasa juga bila ibuku selalu compare gaji ku dengan abangku.

Tetapi aku selalu mengabaikan perasaan tersebut untuk mengelakkan aku daripada menderhakai ibuku.

Setelah beberapa bulan bekerja aku tekad untuk menikah. Aku kini berusia 24 tahun dan bakal bernikah pada umur 25 tahun.

Hanya berbaki setahun sahaja untuk aku kumpul duit kahwin. Setiap bulan aku akan menyimpan RM1300.

Setelah tolak komitmen dan duit simpanan untuk kahwin, hanya berbaki RM400 sahaja.

Itu lah aku gunakan untuk makan, dobi dan duit minyak kereta. Kadang kala aku terpaksa mengikat perut, makan sehari sekali.

Kadang kala ibuku selalu mengherdik ku kerana aku tidak memberikan duit bulanan kepada ibu bapaku.

Tidak seperti abangku, dia dapat memberikan duit bulanan kepada ibu dan ayahku.

Tetapi aku tidak dapat melakukan sedemikian, kerana duit yang aku peroleh hanya cukup makan sahaja.

Kadang-kadang aku terasa sedih juga bila selalu dibandingkan dengan abang aku.

Aku bakal menikah tahun hadapan, jadi sudah semestinya aku perlu menggunakan wang yang banyak untuk digunakan untuk majlis nikah seperti dulang hantaran, emas, dan sebagainya.

Aku bersyukur kerana bakal isteri ku sangat memahami keadaanku. Dia tidak meminta lebih daripadaku.

Apa sahaja mas kahwin atau barang dulang hantaran, dia terima seadanya. Begitu juga dengan keluarganya.

Namun, tidak ibuku. Harga emas kini sangatlah mahal. Ada satu hari, aku memang budget untuk belikan emas kepada bakal isteriku sebagai mas kahwin dengan harga RM2K sahaja.

Namun, bila aku katakan demikian kepada ibuku, ibuku seolah olah tidak bersetuju. Ibuku menyuruhku memberikan emas yang lebih tinggi harganya kerana ianya mencerminkan maruah keluarga.

Namun, pada ketika itu, RM2K sahaja yang aku mampu. Ibuku masih lagi membandingkan aku dengan abangku.

Katanya, abangku dapat memberikan emas harga jauh lebih mahal kepada kakak iparku sewaktu mereka berkahwin.

Kadang kala aku terasa hati dan bersedih kerana bukan aku tidak mahu memberikan yang terbaik buat bakal isteriku, akan tetapi itu sahaja yang aku mampu pada masa itu.

Aku hanya mampu berdoa agar Allah meluaskan lagi rezeki ku.

Bukan aku berkira tidak mahu memberikan duit bulanan kepada ibu bapaku, tetapi duit yang aku peroleh setelah tolak komitmen hutang, cukup-cukup sahaja.

Ibuku juga membandingkan aku dengan kawan anaknya yang bekerja di bidang oil and gas.

Anak kawan ibuku dapat berikan hadiah emas, bawa pergi bercuti, sedangkan aku duit bulanan pun belum tentu aku mampu beri.

Berdosakah aku sebagai seorang anak untuk terasa? Ayat ibuku yang paling membuatkan aku terasa adalah, “kalau dah tahu tak cukup duit, kenapa gatal nak kawin?”.

Demi Allah bukan aku yang merancang jodohku. Allah yang menggerakkan hatiku dan pasanganku untuk mendirikan rumah tangga.

Dan Demi Allah aku lakukan ini adalah kerana Allah, untuk jauhi diriku daripada terus melakukan dosa.

Aku sentiasa berdoa kepada Allah agar suatu hari nanti aku dapat berbakti kepada kedua ibu bapaku.

Memberikan kepada mereka duit bulanan dan tidak menyusahkan mereka lagi.

Aku cuma terasa bila ibuku membandingkan aku dengan orang lain. Aku cuba menjadi yang paling terbaik yang boleh aku lakukan sebagai seorang anak.

Kadang-kadang aku termenung memikirkan masa hadapanku. Adakah aku bukan anak yang baik? Adakah aku akan menjadi bakal suami yang terbaik buat isteriku?

Aku hanya mampu berdoa agar Allah aturkan yang terbaik untuk kehidupanku.

Demi Allah, aku tidak mahu menyusahkan sesiapa dalam kehidupan ku ini, apatah lagi menyusahkan kedua ibu bapaku.

Aku sentiasa berharap agar Allah murahkan rezekiku agar aku berpeluang untuk memberi kepada ibu bapaku dan keluargaku.

– Ali (Bukan nama sebenar)