Ak pernah cinta sgt kat pmpuan ni hingga dia mgandung tp ak xnk brtanggjwb. Aku kawin dgn pmpuan lain dan ini balasan yg aku terima

Assalamualaikum buat semua harap kisah aku ni dapat dijadikan sebagai pngajaran buat lelaki2 diluar sana.

kisah yang bmula pada umur aku 28 tahun aku bekenalan dengan seorang pmpuan yang cantik dan sangat baik brumur 23 tahun.

dia memang lain dari yang lain tu sebab aku terpikat dengan dia dan disinilah bermulanya kisah cinta kami ..

Pada awal hubungan semua baik2 belaka. aku dan dia saling menyayangi dan telah membuat keputusan untuk menghalalkan hubungan kami ni.

jujur aku sangat sayang dan cintakan dia bgitu juga dia.. tapi aku bod0h seb0doh2nya. Dalam baik dia , dalam setia dia , aku ambik kesempatan atas semua tu.

Aku ragut maruah dia dengan janji2 manis aku padanya. aku tak salahkan dia sebab aku yang mulakan dulu. aku memang tak guna ..

Pada 1 hari dia bag tau aku yang dia mengandung. yer dia mengandungkan anak aku benih aku.

dia merayu menangis minta aku perrceptkan nikah dengan dia tapi entah kenapa aku marah dia, aku maki hamun dia.

aku benci dia padahal aku sangat sayangkan dia. aku tinggalkn dia terkapai2 sorang diri dengan kandungan tu.

Allah berdosanya aku , kejamnya aku perlakukan dia sbegitu .. betapa hinanya dia dimata aku waktu tu sedangkan dia ikhlas sayangkan aku .. bod0hnya aku.

Tak lama aku bernikah dengan isteriku atas pilihan keluarga aku turut sebab aku tak nak bertanggungjawab atas ape yang dah jadi

semua orang melihat kegembiraan aku ketika bernikah tapi hati aku masih teringatkan dia yang tiba2 menghilangkn diri entah kemana sampailah aku dah anak sorang .

waktu tu aku langsung tak ambik tahu pasal dia dengan kandungan tu. dia pun tak ada cari aku atau hubungi aku.

aku tak tahu keadaan dia bagaimana. aku tahu dia kecewa sebab aku khianati dia , malah aku hina maruah dia.

mungkin dia bencikan aku atas prbuatan aku tapi hati aku masih syangkan dia. aku rindukan dia. sungguh aku rindu semua tentang dia . bod0hnya aku sebab tinggalkn dia ..

Selama 4 tahun dia mghilangkn diri. Aku sendiri pun tak tahu ape yang berlaku pada hidup dia dan anak kami.

selama tu jugalah hidup aku tak tenang asyik teringtkn dosa2 lama walaupun aku dah bertaubat tapi aku tetap tak tenang selagi aku tak jumpa dia , tak mintk maaf dari dia , tak tengok dia dengan anak aku dengan mata kepala aku sdri.

bukan setakat tu je aku jugak brdosa pada keluarga dia terutama mak ayah dia sebab aku buat jahat pada anak mereka ..

rumhtgga aku pun dah lama tak aman sebab kami sering bgaduh walaupun hal kecik tapi aku syangkn anak aku.

smua ni terjadi sebab dosa lalu aku.. mungkin ni balasan Allah terhadap aku..

Pada awal bulan 11 tahun lepas waktu itu aku ada ditesco beli barang keperluan harian sedang aku leka pilih2 brg aku terdengar suara perempuan dengan sorang budak perempuan mngekek ketawa dibelakang aku.. terus aku berpaling tengok siapa..

betapa terkejutnya aku melihat dia.. yer dia perempuan yang aku sayang dan cinta dulu hingga sekarang .. dia berhenti ketawa lepas tengok aku ..

lama kami bertatapan.. lama juga aku tenung mata dia.. waktu tu lah aku teringat kembali bagaimana aku hina dia dan aku buang dia macam sampah dulu..

mata tulah yang pandang aku dengan penuh kasih.. dulu dan mata tu jugaklah bengkak menangis sebab kebodhan aku ..

lidah aku waktu kelu .. nak sangat aku tegur dia tapi aku kaku dan malu ..

Aku tiba2 jijik dengan diri sendiri .. aku tengok anak pmpuan aku. comel sangat anak aku sebijik macam muka ibu dia ..

bangganya aku anak aku sangat comel dan kemas trurus.. pandai dia juga anak kami . meriah aku tengok mrka walaupun cuma berrdua.

cemburu aku tengok kgembiraan mereka. dia kemudian pegi dari pndanganku.

pertama kali dalam hidup aku rasa sbenar2nya bahagia walaupun aku dah kawin tapi aku tak ras bahagia seperti itu ..

Sejak dari itulah aku ikut gerak geri dia. aku nak tahu perkembangan hidup dia .. aku sangka dia dah kawin tapi rupanya tak.

dia masih single. aku senang hati tahu dia masih lagi single .. dia tinggal di bersama mak dan ayahnya .. dia bahagia sekarang ..

anak aku yang dia kandung tu lah penyeri hidup mereka smua .. aku dapat lihat betapa sayangnya mak dan ayah dia dengan anak aku ..

bertuahnya anak aku tu .. kalau boleh aku nak sangat peluk cium anak aku tapi aku tahu aku tak layak untuk tu .. aku cuma mampu lihat kebahagiaan mereka semua dari jauh ..

Kadang aku mnangis seorang diri terkenangkn nasib hidup aku. dia lebih bahagia dari aku rupanya..

dia boleh hidup tanpa aku sedangkan hidup aku masih lagi tidak tenteram selagi tak dapat kemaafan dari dia dan keluarga ..

dia jauh berbeza dari isteri aku bila bercakap msti menengking dan bila brgaduh walau hal kecil mesti perkataan cerai yang keluar dari mulut dia ..

selalu nak aku ikut kemahuan dia .. Allah kuatkan lah aku untuk hadapi smua ni ..

Pada hujung bulan 11 tu aku tekad untuk jumpa dia walau apa pun yang jadi .. pagi2 lagi aku keluar tunggu jauh sikit dari rumah dia. aku nak ikut dia ..

lama aku tunggu dia tapi aku tak kisah asal aku dapat jugak jumpa dia .. tak lama dia keluar dan dia bawak sekali anak kami .. senyum aku tengok diorang.

manja betul anak aku tu dengan ibu dia. alangkah indahnya jika aku suaminya tapi aku tahu tu semua tak mungkin brlaku. aku terus ekori dia.

rupanya dia keluar jumpa dengan kwn lama kami. yer aku kenal pmpuan tu. mqknanya dia tahu yang ex aku kandungan anak aku dulu ..

selepas slesai bertemu aku tengok dia dengan anak pegi ke keta dan aku cepat2 kejar diorang.

wqktu tu lah aku tegur dia tapi kali ni dia tak terkejut pun tengok aku malah dia diam je ..

Aku tanyakan dia kemana awak menghilang selama ni. siapa yang jaga semasa awak mngandung dulu .. dah lama abang cari awk ..

4 tahun awak hilang akhirnya abang jumpa jugak .. dah besar anak kita. banyak lagi yang aku nak tanya dia tapi dengan tenang dia jawab ..

Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang teraniaya. kenapa awak cari saya sedangkan awak yang buang saya macam sampah.

saya dah lalui ujian hebat dari Allah untuk saya rasa pahitnya sabar dan indah pada pengakhirannya bersama keluarga saya.. pesan saya untuk awak jangan jadi perosak.

itulah kata2 dia pada aku yang masih trngiang2 di kepala otak aku smpai sekarang ..

Dia dah pegi jauh dari hidup aku dengan anak aku. sedihnya aku hanya Allah yang tahu. aku harap Allah lembutkan hati dia untuk maafkan segala kesalahan aku padanya ..

aku sangat rindukn mereka ..
I’mBuat awak Che , abang tak sempat pun nak mntak maaf dengan awk .. abang harap awak akan lebih bahagia dismping keluarga ..

juga dan didiklqh anak kita sebaik mungkin .. walau ape pun dia tetap anak abang , darh daging abang ..

sungguh2 bertuah siapa yang dapat miliki awak , miliki hati awak , miliki kasih sayang awk ..demi Allah abang menyesal tingglkan awk dulu ..

Kepada lelaki2 kat luar sana , jangan sia2kan perempuan yang benar2 ikhlas sayangkn kau ..

jangan sesekali ambik kesempatan atas kekurangan yang ada pada diri pasangan kau .. jangan jadi macam aku mnyesal tak sudah sampai ke hari ni ..

jangan jadi bodh macam aku .. Pesanan aku buat lelaki kat luar sana yang pernah rosakkan anak dara orang .. jadilah lelaki yang bertanggungjawab ..

kalau tak hidup kau akan jadi macam aku .. bila orang yang kau aniaya tu angkat tangan dan memohon doa pada Allah , siaplah kau untuk terima balasan kau ..

jangan ingat kau akan terlepas dengan perbuatan kau. Aku harap kisah aku dijadikan tauladan buat smua ..terima kasih