Aku trkilan bila rumah mak busuk, kotor brkerak smpi nk makan masakan mak pun tak lalu. Knp kakak buat mcm tu

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua warga Facebook. Aku di sini sekadar ingin meluah rasa hati yang berat.

Andai ada cara penyelesaian dari pembaca juga aku terima. Aku seorang isteri jugak seorang ibu untuk putera puteri soleh solehah aku.

Aku mula kan cerita daripada aku mula menikah saja ya. Selepas aku dan suami menikah kami memilih untuk tinggal bersama emak aku di mana mak juga memang mahu kami tinggal bersama dia dan dia selesa dengan kami.

Sementara suami mahu kukuhkan kewangan dia untuk kami keluar hidup sendiri berdikari.

Dalam kami masing – masing selesa tinggal bersama bawah satu bumbung rupanya ada yang tidak senang kami begitu.

Lalu kakak sulung aku yang tinggal tidak jauh dari rumah mak (sekampung) meminta kami keluar berdikari,

Untuk memberi laluan kepada kakak aku yang lagi seorang yang ketika itu masih bujang tapi tinggal sendirian di bilik sewa kerana dia suka kan privacy sebegitu.

Aku dan suami terus mencari rumah sewa lain yang lebih dekat dengan tempat kerja suami.

Aku fikir mungkin ada betulnya, malah kami bertambah bahagia bila tinggal sendiri dapat susah senang bersama tanpa menyusahkan emak.

Lalu kakak aku yang kedua kembali berpindah tinggal bersama emak. Kami membiasakan rutin melawat emak setiap kali hari off day, tapi saban hari saban tahun rumah mak m4kin berubah.

M4kin kotor, m4kin semak, m4kin busuk dengan naj1s kucing. Keadaan rumah mak jauh berbeza berbanding ketika aku tinggal di situ, lantai rumah berpasir.

Dapur yang kotor dengan lantai berkerak. Sampaikan aku tak lalu nak makan masakan emak, sangat menyedihkan sebab masakan mak lah yang paling aku suka hatta ikan kembong goreng pun bagi aku rasa sedap sangat.

Aku tak mahu menyalahkan mak yang bagi aku sudah dimamah usia untuk melakukan kerja rumah walaupun mak sejenis yang kurang pengemas

Contohnya bila sapu sampah mak cuma akan melonggokkan sampah di belakang pintu dan membiarkan di situ saja.

Bila aku tertengok gambar – gambar rumah kotor yang viral di media sosiaI terus aku terbayangkan rumah mak walaupun rumah mak tak seteruk itu tapi ya kotornya lebih kurang.

Lepas kami berpindah kakak aku yang tinggal dengan mak berkahwin dengan pilihan hatinya dan mereka tinggal di situ.

Bagi aku ya perlu kami salah seorang anak tinggal bersama mak untuk membantu mak dari segi pengangkutan dan sebagainya.

Tapi kakak aku sangat lah pemalas ya Allah, dia tak berminat untuk mengemas rumah atau masak dan itu lah punca rumah mak m4kin teruk kotor kerana mak aku perlu dibantu.

Dan usia mak juga bukan untuk buat semua kerja rumah lagi, kita yang muda yang kuat ni yang perlu ambil alih segala kerja rumah.

Sebelum pandemik aku pernah berniat untuk pergi mencuci rumah mak ketika hari cuti tapi aku juga sibuk dengan rumah tangga aku dan kerja kerja lain yang perlu aku uruskan.

Dan kemudian aku melahirkan anak lagi, ketika pkpp kami pulang melawat mak seperti biasa tapi yang aku nampak rumah bukan nya sem4kin bersih kerana kakak aku cuma berada di rumah kerana tak boleh bekerja. Tapi rumah sem4kin kotor!

Yang terbaru aku tengok sawang rumah mak penuh di syiling rumah sampai dah kehitaman dan sudah bertali hampir kena kepala, bayang kan punya teruk sawang tu sampai hitam dah melebihi sawang pintu gua.

Setiap kali aku melawat mak aku tak mampu nak tolong kemas atau apa kerana aku punya anak kecik yang sangat lasak suka mengutip semua benda untuk dimakan,

Jadi memang aku kena fokus untuk anak aku di dalam keadaan rumah yang kotor banyak benda berbah4ya untuk anak aku.

Mak selalu mengadu hal kakak aku yang tidak membantu dirumah, dia dan suami makan pun dalam bilik.

Kalau gelas air yang diminum ditinggalkan saja penuh meja di ruang tamu dengan plastik sampah makanan lain lain.

Aku cuma diam, aku tiada solusi. Rumah itu tak besar pun, cuma dua bilik sahaja.

Maksud aku perIukah aku orang yang tidak tinggal di situ ikut campur urus rumah yang kakak aku dan suaminya perlu urus?

Kenapa ketika aku dan suami tinggal di situ rumah itu bersih saja, kenapa dia tak mampu buat benda yang sama?

Kakak aku belum punya anak kecil macam aku dan aku rasa dia lebih dari mampu untuk urus rumah itu berbanding aku.

Aku dan suami tak akan sesekali kembali tinggal bersama mak selepas apa yang dik4takan kakak sulung aku terhadap kami dulu.

Kami lagi rela emak datang tinggal bersama kami tapi mak tak mahu. Ya lah, di rumah aku mak tak boleh beraktiviti seperti di rumah sendiri.

Dia tiada kawan – kawan dan sebagainya. Aku cuba tidak se’detail’ mungkin untuk karang cerita ini, aku tak mahu orang yang kenal keluarga aku tahu tentang ini.

Aku rasa sangat teruk bila tengok rumah mak begitu, juga aku malu dengan jiran – jiran.

Dengan keadaan kotor sebegitu bukan nya boleh dikemas dalam sejam dua. Mungkin ambil masa berhari – hari, dan jika aku mula mengemas aku akan buat bersungguh – sungguh hingga bucu lantai pun aku tak mahu tengok berkerak,

Jadi memang ambil masa yang lama untuk aku mengemas sesuatu ruang waktu tinggal dengan mak dulu.

Dengan keadaan aku punya anak kecil memang aku tak mampu membantu. Ampunkan aku ya Allah. – Mimi (Bukan nama sebenar)