Sya syg mak tp knp mak p4ksa sy bercerai dan ugvt mcm2. Mak dah halaau syurga sya kluar dari rumah sya sendiri.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Tujuan saya menulis sini untuk meluahkan apa yang ada dalam hati dan mungkin boleh berkongsi pengalaman dengan anda semua.

Saya sudah mendirikan rumahtangga selama 4 tahun dan mempunyai anak perempuan berusia 3 tahun.

Saya anak tunggal dan tinggal bersama emak saya sehingga kini. Ayah sudah 8 tahun meninggaI dunia.

Kisah saya bermula emak saya tidak suka suami saya. Semua terserlah selepas saya melahirkan anak. Ada saja tidak kena dengan suami saya.

Suami saya seorang pendiam dan memang kurang bercakap dengan emak saya. Hal ni menyebabkan emak saya anggap suami benci kan dia.

Suami kerja shif dan kalau dia pulang lewat dia akan bagitau saya. Tapi emak saya anggap suami pulang lewat kerana melepak.

Bila saya jelaskan dia kata saya terlalu percayakan suami. Suami saya makan guna sudu pun jadi isu katanya suami saya berIagak seperti orang bandar.

Bertahun – tahun bermacam isu emak saya bangkitkan. Bagi dia saya susah mer4na sejak berkahwin.

Suami tidak belikan barang perhiasan pun emak kata suami saya kedekut. Saya isteri lebih tahu tahap kemampuan suami saya.

Bagi saya perhiasan itu tak penting. Apa jua yang emak bangkitkan sebagai isu saya hanya diamkan.

Walaupun hal itu tidak benar tapi saya tak mampu perbetulkan kerana emak saya tidak akan boleh terima penjelasan saya. Hanya dia betul dan kami salah.

Saya m4kin kurus emak cakap saya mer4na sedangkan saya aktif join marath0n dan itu mungkin buat berat saya berkurang sedikit.

Hal ini m4kin perit bagi saya bila emak saya haIau suami dari rumah. Sedangkan rumah itu kepunyaan saya, saya beli rumah sebelum saya berkahwin.

Saya diIarang sama sekali untuk ikut keluar bersama suami. Emak juga meIarang suami untuk berjumpa dengan anak kami.

Emak hanya memberi pilihan sama ada pilih dia atau suami. Jika pilih suami dia anggap saya derh4ka.

Sekarang hampir 6 bulan saya tinggal berasingan dengan suami. Saya curi – curi jumpa di luar. Suami pun ada rumah sewa.

Saya akan ke sana bila hari cuti dengan alasan saya pergi kerja. Suami saya cukup sabar tanpa sedikit marah terhadap emak saya.

Emak saya sudah bercerita dengan jiran – jiran semua tentang keburukan suami. S4kit bila dengar apa yang emak cerita pada orang lain.

Semua adalah yang tidak benar. Seolah – olah fitnah untuk kami suami isteri. Segala aib saya dan suami diceritakan.

Emak mendesak saya untuk bercerai atas alasan suami saya tidak bertanggungjawab, tak beri nafkah, tak nak jaga anak.

Anak saya dari dia baby hingga kini emak yang jaga. Semua perkara dia mahu buat untuk cucunya sehingga saya rasa saya dah tak ada fungsi lagi.

Saya hilang hak sebagai ibu untuk jaga anak saya sendiri. Saya rasa tertekan, tr4uma bila suami tiada di samping saya.

Emak sering marah saya, desak untuk bercerai. Emak juga sering menuduh mak mertua saya sengaja mengani4ya saya kerana saya dip4ksa berkahwin dengan suami.

Rumah yang sepatut syurga tapi ner4ka bagi saya. Jiwa kosong dan saya pernah fikir mahu bvnvh diri.

Saya tidak berniat mahu memburukkan emak saya sendiri tapi emak terlalu keras hati. Dia tak pernah solat dan dia juga ada “ilmu”.

Emak pernah ugvt suami yang dia boleh “m4tikan” suami saya bila – bila masa dia mahu.

Emak pun pernah mengaku dengan saya dia pernah “buat” pada arw4h ayah saya. Emak tuduh suami punca rezeki tak masuk, dan suami saya m4ti nanti dia tak akan diterima bumi.

Allah.. sedih bila ayat tu keluar dari mulut seorang emak.

Sejak kecil saya tak pernah rasa bahagia dalam keluarga. Emak dan ayah sering berg4duh, tak bercakap berbulan lamanya. Hal itu cukup buat saya tekanan dan tr4uma.

Dan bila saya sudah berkahwin saya harap saya boleh keluar dan merasa bahagia bersama keluarga saya sendiri tapi bukan lah mahu buang emak saya.

Dia tetap emak saya cuma saya mahukan kehidupan saya sendiri bersama suami dan anak kami.

Selepas kahwin saya dan suami bersetuju untuk tinggal bersama emak atas permintaan beliau. Tapi lain pulak jadinya. Tekanan itu m4kin terasa bila masuk bulan Ramadhan.

Berbuka dan sahur tanpa suami sungguh p3rit. Anak pula sering bertanya papa dia. Saya rasa saya gagaI jadi ibu yang baik untuk anak saya. Isteri yang gagaI.

Saya tau isteri perlu di samping suami walau apa keadaan sekali pun.

Suami cukup sabar dan memberi izin untuk saya menemani emak saya. Tapi perasaan suami bila dia tak boleh berjumpa dengan anaknya?

Saya tak mahu anak saya rasa apa yang saya pernah rasa dulu. Saya fikir jika saya m4ti mungkin emak akan faham apa rasa atas perbuatan dia.

Saya mer4na kerana dia. Segala yang saya buat tak bermakna bagi dia. Hal duit diungkit, hal dia jaga anak saya pun dia ungkit.

Saya dan suami tidak pernah menyuruh untuk dia menjaga anak saya tapi emak mahu jaga dan saya dan suami tidak menghalang.

Kadang – kadang saya rasa emak tak ikhlas pun. Saya keluar belanja barang dapur pun katanya saya dan suami hanya tau makan tapi tak bagi duit pun.

Bila saya cakap suami yang bagi duit pun dia tak percaya.

Mungkin kami suami isteri ada salah silap jugak tapi kami masih dalam proses belajar dalam hidup berumahtangga dan mungkin ada terkurang terlebih mana – mana tapi sebagai emak dia patut nasihat bukan menghukvm begini.

Dia patut ajar untuk jadi isteri yang terbaik untuk suami. Tapi bagaimana kalau dia sendiri gagal jadi isteri baik untuk arw4h ayah dulu.

Emak terlalu masuk campur dalam hal kami. Hal duit gaji, slip gaji suami pun mak curi – curi tengok.

Bilik kami pun mak pernah seI0ngkar. Ya kami hilang pr1vasi kami, hak kami. Saya pernah bagitau suami tent4ng tekanan yang saya rasa sekarang.

Suami mau saya kuat dan sabar demi anak. Bila rasa tu datang saya jadi marah, sedih.

Dengan anak pun saya jadi benci. Benci dengan diri sendiri. Suami nak saya buat checkup sebelum meIarat. Saya tak mampu ubah pemikiran dan pendirian emak saya.

Saya hanya mampu doa dan berharap pintu hati emak terbuka dan kembali ke jalan yang benar.

Mak.. saya sayang emak. Baik buruk mak tetap mak saya tapi saya nak kehidupan saya bersama suami dan anak kami. Susah senang kami biarlah kami tanggung bersama.

Belum terlambat emak untuk solat dan kembali kepada Allah. Semoga Allah permudahkan semua. InsyaAllah – HA (Bukan nama sebenar)