Isteri minta fasakh sbb aku curang. Aku dah ready utk kembali ‘bujang’ tapi skrg isteri nk back to normal. Aku tak boleh terima

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum warga FB. Terima kasih kepada admin kerana sudi post luahan hati aku ini.

Nama aku Farhan, tahun ni aku berumur 31 tahun. Tempoh perkahwinan aku dan isteri akan masuk tahun ke 6, September 2021.

Perjalanan perkahwinan aku dan isteri memang Alhamdulillah sangat diberkati pada pandangan aku sebab mudah.

Mudah maksud aku dari segi family aku dan family mertua memang sangat memudahkan urusan dari majlis risik, tunang dan seterusnya majlis pernikahan.

Masuk tahun ni, tahun ke 6 perkahwinan, kami dikurniakan cahaya mata yang Alhamdulillah sihat dan takda isu besar apa – apa.

Macam mana pun, ada juga masalah yang muncul. Muncul masalah daripada aku sendiri.

Masalah aku curang dengan perempuan lain. Aku cerita sedikit pasal diri aku. Aku jujurnya memang orang biasa – biasa.

Not good looking. Sebabkan terikut – ikut jugak dari kawan – kawan yang ada gf dan sebagainya, memang buat aku terikut – ikut.

So mula lah pencarian gf sejak sekolah menengah, yang akhirnya tak pernah ada sampai lah zaman universiti.

Keseronokan aku join program universiti yang membuatkan aku jumpa isteri aku yang sekarang. Kami berkenalan dan terus ke jinjang pelamin.

Jadi macam aku cakap tadi, sebab aku mencari – cari, aku terlalu banyak jumpa perempuan sana sini sampai aku rase benda tu biasa, bertukar – tukar.

Maksud aku tukar kenalan rapat la ye. Sebelum aku nikah, memang aku simpan niat akan tinggalkan benda – benda lagha tu untuk aku focus pada isteri.

Namun, hanya bertahan beberapa tahun sehingga la aku jumpa seseorang yang buat aku curang pada isteri.

Betapa teruknya aku sampai aku bawa balik perempuan itu tidur bersama tanpa pengetahuan isteri. Rasa menyesal, rasa bersalah sangat banyak.

Rasa sangat teruk, tapi aku lalai, teruskan juga sehingga lebih kurang 6 bulan. Dipendekkan cerita, aku kantoi.

Kantoi dengan isteri. Sehingga sekarang isteri dah dapatkan bantuan ps1chiatrist sebab dia depr3ss ketika dapat tahu hal sebenar.

Aku bukanlah medicaI person, tapi aku ada jumpa jugak bersama isteri, doktor tu bagi tahu bukan full bl0wn depr3ssion, hanya ke arah depr3ssion,

tak pasti apa sebenarnya, Tapi sehingga sekarang, nampak isteri m4kin beransur pulih, sekarang ni dah dekat setahun kant0i dengan isteri tentang perkara hitam itu.

Pada salah satu sesi kaunseIing, aku terk3jut dengan apa isi hati isteri yang disampaikan oleh kaunselor tu, isteri nak buat tuntutan fasakh di mahkamah syariah.

Setelah aku pujuk depan kaunselor tu dengan alasan aku nak pert4hankan perkahwinan aku.

Dia sekali lagi buat aku ters3ntak, dia akan pert4hankan perkahwinan hanya disebabkan anak.

Aku tak salahkan dia, semua sebab masalah ini berlaku disebabkan aku sendiri. Sebagai lelaki, aku sangat terasa dengan apa kata isteri aku.

Pert4hankan perkahwinan hanya kerana anak. Maksudnya dia tawar hati dengan aku lah kan, aku pun redha, aku terima seadanya.

Hubungan kami h4mbar, sehinggalah beberapa bulan. Aku pun mula untuk bersedia untuk kembali hidup single.

Jangan salah sangka, aku cuma tak dapat terima alasan dia pert4hankan perkahwinan kerana anak. Jadi nak ke tak nak aku perlu move on.

Again, bukan salah dia pun, memang perkara ni jadi pun sebab aku buat hal kan.

Tak lama lepas hubungan kami yang h4mbar ini, wife seolah – olah lupa apa yang terjadi, hubungan kami kembali seperti dulu.

Jadi aku ada ambil initiatif untuk kami duduk berdua, setelah anak tidur, untuk bincang perkara ini.

Wife kata dia dah maafkan aku sepenuhnya, atas apa segala perkara yang aku buat selama ini. Dia terima aku seadanya.

Aku ulang ya, DIA TERIMA AKU SEADANYA. Walaupun dia beritahu macam tu, aku masih bagi tahu, aku tak boleh terima yang dia terima aku seadanya.

Aku sendiri yang rasa bersalah pada diri sendiri pun tak boleh nak maafkan diri sendiri.

Tapi dia terima apa segala yang aku dah buat??? Disaat aku dah mula sedia untuk berpisah, dia tak boleh terima untuk kami berpisah.

Dia yang mulakan dengan berfikir tentang fasakh. Bukan aku nk alihkan kesalahan pada isteri, tapi perkara ini sangat memberi kesan kepada aku.

Aku dah mula redha dengan aku hidup sorang, aku kena sambung bagi nafkah dengan anak, berpisah dengan anak, dan mungkin ini cara Allah nak hukvm aku dengan apa aku buat selama ni,

Mungkin dengan ini cara Allah nak aku kembali berbakti pada ibu ayah aku yang aku hanya sempat 1 tahun selepas aku kerja, sebab kejarkan sangat nak berkahwin.

Luahan aku ni nak mintak pendapat, aku sendiri buntu apa aku nak buat, teruskan, atau perlu fikir tentang perjalanan sendirian aku.

Adakah aku boleh kembalikan hubungan aku dan isteri macam dulu if aku teruskan. Terima kasih admin… – Farhan (Bukan nama sebenar)