Aku ada tabiat pelik bila nmpk org susah. Ak nmpk makcik cleaner ni sedih dpn ATM, mgkin tekenang mcm mana nk g umrah. Tiba2 lama ak xnmpk dia

#Foto sekadar hiasan. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum pembaca yang dirahm4ti Allah. Post ini aku tujukan pada orang – orang yang selalu mengharap agar doanya dimakbul Tuhan dan yang selalu memikirkan cara bagaimana untuk mudah mendapatkan apa yang dihajati.

Apa yang ingin aku kongsikan ini semuanya adalah dari pengalaman diri sendiri.

Aku sekadar ingin berkongsi tentang sebuah ‘habit’ yang banyak membawa keajaiban dalam kehidupan. Sebelum bercerita lebih lanjut, eloklah aku ceritakan serba sedikit tentang diri.

Agar apa yang ingin disampaikan lebih mudah difahami jalan cerita dan susun aturnya. Baiklah.

Namaku AN, berumur 26 tahun dan sudah berkahwin. Aku seorang pemegang ijazah sarjana muda undang – undang dari sebuah universiti tempatan.

Secara peribadinya, aku bukanlah orang alim, jauh sekali orang yang hebat dalam agama. Aku cuma seorang h4mba yang sederhana akhlaknya.

Aku juga macam h4mba Allah yang lain, tiada yang hebatnya dalam beramal, juga seorang pend0sa.

Namun aku mempunyai satu tabiat yang aku sendiri taktau dari mana datangnya, iaitu sangat suka mendoakan orang lain.

Hatta orang – orang yang aku tak pernah kenal sekalipun, orang asing atau orang – orang yang aku ‘berselisih’ di jalanan.

Aku ni bukanlah h4mba yang sempurna, sekadar menjaga yang fardhu, dan memperbanyakkan yang sunat bila mampu dan rajin. Biasa – biasa saja.

Tapi yang aku perasan, Allah banyak sangat makbulkan doa – doa aku, pada waktu dan saat yang tak terjangka.

Banyak juga peristiwa dalam hidup, yang kalau diikutkan kemampuan diri, mungkin tidak mampu aku nak capai, tapi Allah bagi.

Walaupun bukan lah semua, namun ianya banyak. Kalau dalam 10 doa atau hajat, mungkin 8 daripadanya Allah makbulkan..

Sampai kadang – kadang aku rasa, apa je yang aku buat sehingga dapat ‘lebih’ dari apa yang aku layak terima.

Kisah yang pertama, aku teringat satu peristiwa masa aku ditahun akhir pengajian, aku agak rapat dengan makcik – makcik cleaner di kolej kediaman aku.

Mungkin kerana aku mudah simpati pada orang, aku jadi suka bergaul dengan kelompok macam ni.

Aku selalu doa semoga Allah mudahkan urusan hidup makcik – makcik ni semua, dimurahkan rezeki dan selalu dalam kecukupan.

Tiap kali aku nampak dorang, aku akan doa. Sama juga kalau aku nampak pakcik keje kutip sampah, mesti akan sp0ntan doa semoga Allah murahkan rezeki pakcik tu dan berikan dia apa jua kebahagiaan yang menggembirakan dia walau dalam bentuk apa pun.

Tapi antara ramai – ramai tu, ada sorang makcik ni yang betul – betul buat aku sebak.

Makcik ni selalu cerita kat aku yang dia teringin sangat nak pegi mekah, tapi macam must4hil sebab duit yang ada cukup cukup makan je.

Pernah sekali, aku turun cafe pegi makan, aku nampak makcik ni termangu sugul je depan mesin tengok balance akaun dia, dan hari tu hari gaji.

Mungkin dia tunggu gaji yang belum kunjung tiba. Macam mana aku tau, sebab aku selalu sembang dengan makcik ni.

Dan itulah kemuncak rasa aku, yang buat aku nangis sepanjang perjalananan balik bilik. Terfikir, Ya Allah.. Macam mana nak pegi umrah kalau duit makan pun cukup – cukup.

Aku kesian sangat tengok dia selalu mengharap tapi benda yang diharap tu berada diluar jangkauan.

Masa tu la aku belajar erti syukur yangg sebenar benar syukur bila bergaul dengan orang – orang begini. Dan airmata tu tak habis kat situ.

Bermula saat tu, setiap kali aku solat dhuha, aku selalu doakan makcik ni dapat pergi umrah.

Sungguh – sungguh aku doa, semoga Allah jemput dia ke tanah suci dalam keadaan dia masih sihat begitu.

Setiapkali dhuha, boleh dik4ta hari – hari aku doa untuk dia. Padahal aku pun belum pernah pegi umrah.

Jadi apa yang termampu aku buat, hanyalah.. Doa.. Doa.. dan Berdoa.

Dan itu aku jadikan rutin sampailah semester akhir, sehinggalah lagi 3 minggu sebelum aku habis belajar. Aku macam perasan yang aku dah lama tak nampak makcik ni.

Dua minggu jugaklah aku mencari, Tiba – tiba masa minggu exam, lagi seminggu nak habis belajar, akhirnya aku ternampak dia.

Dan dia bagitau, dia baru balik dr umrah. Allahuakbar. Kata dia, ianya tiba – tiba. Rezeki yang tiba – tiba.

Orang bagi, dan dia pergi. Allah.. Aku syak sumbangan kerajaan negeri atau sumbangan individu lain, tapi entahla aku taknakla tanya mana sumber dia, kecik plak hati dia kang, sebab aku tau anak – anak dia tak keje dan ikut pada kewangan dia, lagi lah tak mampu.

Yang aku tau, dia terpilih.. Allahuakbar, Allah je tau aku happy macam mana time tu.

Weh, dah tentulah bukan sebab doa aku, tapi sebab kuasa Allah dan mungkin berkat doa dan sabar dia selama ni. Aku cuma happy, sebab itu bukan hajat dia saja.

Tapi ianya juga dah menjadi hajat aku, dan dipihak aku telah Allah makbulkan hajat nak tengok dia pegi umrah.

Ada satu lagi kisah ditahun akhir, kalau tadi aku cerita tentang mendoakan rezeki orang, kali ni aku cerita tentang mendoakan j0doh orang.

Aku ni bukanlah jenis yang suka hu-ha, dan berkawan dalam kelompok yang ramai – ramai. Its just my nature, yang pentingkan quality over quantity dalam bersahabat.

So kalau rasa tak kena je dengan someone, aku akan jarakkan diri or I’ll just leave.

Jadi sesiapa yang aku betul – betul rapat tu, memang aku akan sayang sangat – sangat. OK pendekkan cerita, Aku ada sorang kawan baik yang sangat rapat dengan aku.

Kemuncak ceritanya bila, kawan baik aku ni cIash dengan pakwe dia dan ex dia tu terus tunang dengan orang lain.

Memang tak keruan aku tengok kawan baik aku ni. Dia ni tudung labuh, solat jaga, suka usrah dan pergi majlis agama.

Aku rasa dia cIash pun sebab dia tak mencintai laki tu macam yang laki tu harapkan. Biasalah lelaki kadang – kadang nak lebih dalam hubungan, call selalu ke, message sayang – sayang ke.

Tapi kawan baik aku ni jenis menjaga jugak, so mungkin laki tu rasa tak disayangi sebab perempuan ni jarang meluah.

tapi yang parahnya bila, orang yang susah jatuh cinta apatah lagi cinta pertama macam kawan baik aku ni, kena tinggal.

Mer0yan jugak wey dia, hwaa. Memang sedih sangat aku tengok dia masa tu. Bila dia cerita pasal laki tu, aku pun sama nangis.

Jadi aku selalu bawak dia keluar jalan – jalan dan tenangkan dia. Nak dekat setahun, sampai habis sem dia dengan perasaan dia.

Dan aku sebagai sahabat dah tak sanggup lagi tengok, aku pun kenalkan dia dengan sorang kawan lelaki yang bagi aku memang baik, geng – geng taklim jugak.

Harap dia boleh move on. Dan dalam masa yang sama, aku selalu doa untuk kawan aku ni.

Semoga Allah bagi dia j0doh yang terbaik, yang boleh mencintai dia macam yang dia mahukan, yang kena dengan jiwa dia dan seperti yang dia harapkan. Habit aku bila doa, memang selalu doa yang details – details.

Walaupun doa tu untuk orang lain dan walaupun masa tu j0doh aku pun aku tak sure siapakah dia dan dari planet manakah ia. Haha! K Sadis.

Tapi diakhirnya, Allah perlihatkan keajaiban demi keajaiban dalam hidup, bila apa yang aku doakan untuk orang, berbalik pada diri aku.

Dengan cara yang cukup indah. Bayangkan saja tak lama lepas aku habis belajar, tiba – tiba mak aku cakap nak bawa anak – anak pergi umrah.

Aku yang tak pernah terfikir pun akan pergi diusia muda, apa lagi dengan pakej vvip dan sebagainya, Allahuakbar, teruja wey! Tak pernah disangka seawal itu.

Dahla baru habis belajar, and baru – baru je mula kerja dengan gaji permulaan yang ciput sebagai fresh grad, memang tak dapatlah aku nak pegi mana – mana macam orang lain. Hidup memang struggIe for survivaI je.

Jadi masa tu, aku tak pernah terfikir pun nak buat apa – apa or ada apa – apa. Kahwin apatah lagi! Diusia 23 tahun, apa je kau mampu buatkan. Itu kata aku.

Baru nak adapt real life orang kata, tapi seperti yang kita tahu, rezeki Allah tu tak boleh dijangka.

Dan sungguh, Dia memberikan rezeki pada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Alhamdulillah. Aku dapat pergi dengan mudah, dan percuma. Subhanallah.

Dan yang lebih membuat aku terkesan, pada tahun yang sama juga, aku dipertemukan dengan seorang lelaki (yang kini suami), yang bagi aku adalah orang yang sangat asing, entah asal dari mana, dan tak semena – mena berkawan dan…. Terus Bernikah. Hahaha.

Allahuakhbar. Ya, aku kahwin tahun yang sama aku grad, betul – betul dua minggu lepas grad bulan 12.

Bayangkan masa tahun akhir belajar tu, mak aku penah sound, “kamu ni kakak kurang sangat berkawan, macam mana nak dapat j0doh.”

Dan jujurnya aku ni memang benci bercinta (sejak cIash first love). haha.

Sejak tu aku tak pernah layan laki, sebab aku tak suka keep experimenting with love and relationships, it will just degrade my value as a woman.

Mungkin rezeki aku Allah bagi kecantikan dan rupa yang baik, tapi aku tak pernah gunakan tu untuk pik4t lelaki.

Jadi walaupun ramai yang suka dan nak berkawan, tapi aku biar. Aku tak penah baIas mesej – mesej cinta, apa lagi keluar dengan lelaki.

Dan hikmahnya sejak putvs cinta pertama, aku sangat menjaga diri. Tapi perancangan Allah, dalam pada aku menjaga aku, Allah mudahkan urusan j0doh aku.

Dengan kuasa Allah, dan cinta pandang pertama, orang kata.. masa mula – mula lelaki tu confess suka aku, hati aku terus terbuka.

Terus aku bagitau mak aku pasal dia. Tapi mak aku tak percaya, dia kata entah dari mana – manalah datang.

Dengan bidang yang jauh berbeza, laki tu doktor perubatan, lulusan overseas, dan dia memang sungguh – sungguh nak aku. hihi malu pulak.

Dan disebabkan apa yang aku cerita seems too good to be true, mak aku tak percaya langsung.

Dia takut aku kena tipu, sampailah lelaki tu bawa family dia datang jumpa parents aku dan di situlah segalanya bermula. (masa ni lah aku start angau hahahaha)

Tak lama lepas tu, kami bertunang, dan 2 bulan seterusnya bernikah 🙂 Oh ya, aku kenal laki ni masa ayah aku s4kit and been hospitaIized for months, aku jadi rapat dengan dia masa ni sebab kami banyak berkongsi tentang hal ayah aku, tr3atment, medication and so on.

Dan jujurnya, selepas perkahwinan itulah, aku rasa apa yang pernah aku doakan untuk orang dulu, semuanya datang bertimpa – timpa kat aku balik.

Kalau dulu aku doa orang pegi Mekah, kalau dulu aku selalu doa j0doh yang baik untuk kawan aku, Allah mudahkan urusan aku untuk dapat yang sama, dan yang lebih indah, masa first anniversary kami.. adalah di Kota Mekah al Mukaramah.

Hanya Allah yang mengerti keindahan yang aku rasakan saat berada di sana, dengan j0doh yang dipilih Allah kalau dulu aku mendoakan sahabat itu dapat lelaki yang baik, yang memenuhi citarasa (dan alhamdulillah mereka sudah pun berkahwin)

Besarnya kuasa Allah, Dia juga memberi yang sama untuk aku. Malah aku rasakan, lebih lagi. Terlalu baik, suami aku.

Terlalu rajin membantu, kadang – kadang tu, tau tau je dia yang basuh baju dan keringkan kat dobi sendiri. Tinggal aku je Iipat.

Dia kata, dia taknak aku susah – susah pakai tudung keluar rumah untuk sidai baju. Allah..

Dan dia sangat penyayang, penyabar, selalu bergurau senda dan usik – usik aku yang buatkan aku selalu tak berhenti gelak bila dia ada.

Dia jugak yang selalu bawak aku travel overseas, tempat – tempat yang aku teringin nak pergi tapi tak mampu. Tapi dengan rezeki melalui dia, Allah izinkan.

Kalau dulu aku selalu mendoakan orang – orang yang aku temu dijalanan, agar beroleh apa jua kegembiraan, Allah Iimpahkan pada aku kegembiraan demi kegembiraan dalam hidup, dengan caraNya yang tersendiri.

Paling aku terharu, masa aku mula bekerja dulu, tempat kerja aku jauh dan aku perlu berulang melalui highway untuk pergi dan balik.

Dan sepanjang perjalanan balik, setiap kali aku jumpa orang naik motor, terutama yang kena berteduh masa hujan, aku mesti doakan semoga Allah mudahkan urusan hidup dia, luaskan rezeki dan kemampuan dia, beri dia kenderaan yang baik.

Kesian sangat, bila ada terp4ksa behenti dan terkiaI – kiaI sarungkan baju hujan. sedih weh.

Walaupun aku tau kadang – kadang orang yang naik motor tu ada je kereta tapi aku saja doa. Seolah menjadi habit spontan.

Apa lagi kalau nampak suami isteri kendong anak atas motor, Allah. Berjurai airmata sambil doa, semoga Allah beri mereka sekeluarga kenderaan yang baik.

Tetapi yang paling aku tak sangka, setahun lepas aku bekerja, dengan gaji yang masih ciput.

Dari pakai kereta Viva, Allah izinkan aku untuk memiliki kereta idaman yang harganya hampir RM 200,000. Allah..

Diusia 25 tahun ketika itu, manalah aku mampu. Mungkin orang boleh cakap, ala standard la dah kerja boleh buat loan.

Tak wey, tak.. gaji aku kereta myvi pun tak lepas apa lagi kereta SUV. Tapi masa tu lah aku rasa, ini semua mungkin berkat suka mendoakan orang.

Tak pernah aku terfikir, aku akan dapat hadiah hari jadi sebuah kereta idaman aku dengan color favourite lagi, dan siapa yang beri.

Suami aku, j0doh aku yang Allah pilih ini, dialah yang menghadiahkan. Allahuakbar.

Jujur aku katakan, banyak sangat perkara yang aku nak dalam hidup, tapi kebanyakannya aku dapat bukan dari hasil usaha aku, tapi seolah pemberian Tuhan melalui orang lain.

Aku tak pernah terbeban dengan bayaran kereta, duit gaji memang khusus hanya untuk aku makan, shopping atau travel. Pergi Mekah pun, orang bawak. Pergi travel pun, orang sponsor.

Itulah kemuncak yang aku rasa, benarlah.. bila kita mendoakan orang, malaik4t juga akan mendoakan yang sama. Kita akan dapat yang sama.

Dan dari sebuah habit itu jugalah, Allah Iindung diri dari rasa hasad. Kalau aku cakap aku sangat susah nak d3ngki dengan orang, dan tak faham kenapa orang d3ngki mend3ngki, mesti orang tak percaya. Tapi itulah aku.

Aku semacam tak reti nak d3ngki dengan orang. Aku suka tengok orang lain happy, dapat kehidupan bahagia dan dapat apa yang dia nak.

Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah ada sedih dalam hidup, Allah tetap juga menguji aku, contohnya aku pernah kehilangan anak, dan masih tidak mempunyai zuriat.

Tapi alhamdulillah aku tak pernah ada rasa tak senang, bila tengok orang p0st – p0st gambar anak, cerita pasal anak.

Sebab bagi aku, itu menunjukkan bahawa Allah itu Maha mendengar Doa, and fairy tales do exist.

Allah boleh kabulkan doa mereka untuk ada zuriat, adakah Allah akan mengecualikan kau? Tak.

Aku percaya Allah tengah mempersiapkan yang terindah, mungkin Allah akan gantikan yang hilang itu dengan yang kembar, mana tahu kan?

Bagi aku, tiada yang must4hil pada Allah. Kita hanya perlu meminta, berdoa dan yakin dengan kuasa doa. Jadi kenapa perlu hasad, jika kita boleh berdoa untuk dapat yang sama?

Percayalah, bila kita seronok dengan kebahagiaan orang lain, mendoakan untuk mereka, Allah akan beri kebahagiaan pada kita, dengan caraNya yang tersendiri.

Aku sangat suka dengan sebuah hadis Nabi, “Tidak beriman salah seorang di antara kalian sampai dia mencintai untuk saud4ranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.” (HR. Al-Bukhari dan MusIim dari Anas bin Malik).

Mungkin bagi orang, semua yang terjadi pada aku hanyalah kebetulan. Aku juga anggap, ianya sebuah kebetulan yang indah.

Walau apapun ia, aku tetap percaya pada hadis Rasullullah SAW tentang orang yang suka mendoakan orang lain.

Sabda Baginda SAW, “Tidak ada seorang musIim pun yang mendoakan kebaikan bagi saud4ranya (sesama musIim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaik4t akan berkata, “dan bagimu juga kebaikan yang sama,” (hr. MusIim no. 4912).

Subhanallah, Jadi, bayangkanlah, bila malaik4t yang sentiasa beribadah pada Allah dan tiada d0sanya mendoakan kita, apakah kita merasakan Allah tidakkan mendengar?”

Semoga kita semua suka melihat bahagia orang lain, saling mendoakan sesama musIim dan percaya pada kuasa sebuah doa.

Sesungguhnya, doa itu juga termasuk ibadah. Dan percayalah pada janji Allah, kebaikan walaupun sebesar zarah pasti ada baIasannya.

Oleh itu, janganlah diremehkan apa jua kebaikan walaupun kecil. Kerana boleh jadi yang kecil itulah, mampu membuka seluas – luasnya pintu syurga buat kita.

Tambah lagi sekarang Zaman COVID ramai yang terkesan dan tertekan. Hilang punca pendapatan, nak makan pun susah dengan ada anak kecil.

Kalau tak mampu dari segi kewangan, apa kata kita sama – sama sumbangkan doa buat mereka. Wassalam. – AN.