Cita2 aku nk ada PHD dan jadi surirumah. Sbb kn ak pilih Z yg lbh setabil, aku pula kene kerja dan suami jadi surirumah

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan semua pembaca. Kat sini aku nak kongsikan tentang kehidupan sebenar aku.

Aku kahwin lepas habis degree, masa tu dah separuh jalan nak ambil PHD sebab aku dapat first class degree jadi aku boleh lompat dari buat Master.

Ini bukan kisah cinta r0mantik atau kisah hidup aku yang berjaya. Ni cerita mengenai macam mana pun kau plan, macam mana pun kau dah atur hidup kau, Allah yang maha menentukan.

Walaupun kau dah rasa dan pilih yang terbaik untuk diri kau, tapi qada dan qadar pada Allah semuanya.

Ceritanya bermula masa aku nak habis belajar. Aku kena buat pilihan antara lelaki A dan Z. A ni kawan aku dari tadika.

Kawan rapat mula dari kami sekolah menengah ala – ala nak bercinta la tapi dalam phone sahaja sebab kami belajar jauh – jauh.

Bila masuk U pulak, dia di Malaysia dan aku, dekat tempat lain, aku tak nak bagitahu.

A memang sangat caring, memahami aku, very supportive, sangat – sangat penyabar dan masuk la jiwa aku dan dia. Family pun saling mengenali.

Dia tahu cara nak handle aku dan aku pun sama tahu cara nak handle dia. Walaupun kami hanya bercakap melalui phone saja tapi kami memang selalu berhubung.

Kira dari bukak mata sampai tutup mata akan sms, skype atau bergayut dekat phone.

A ni kalau dari luaran memang macho lah. Tall, dark and handsome lah kira. Bukan jenis main perempuan.

Cuma benda yang aku tak suka pasal A ni is dia seorang per0kok tegar. Sangatlah kuat sampai hitam bibir.

Dia mer0kok sejak umur dia 13 tahun. Dah tu jenis solat terb4bas. Aku tahu sebab kan kitaorang kan memang 24jam berhubung.

SeIambe badak je ngaku subuh pukuI 10 pagi. Kadang – kadang isyak masa subuh.

Dia cukup solat 5 waktu, cuma suka hati dia ja waktu bila dia nak solat. Haih.. Masa aku habis study, Z ajak aku kahwin.

Bila aku bagitahu A dia cakap, tolong tunggu dia untuk habis belajar sebab dia tak ada perempuan lain selain aku dari dulu sampai sekarang.

Jadi sebagai orang islam, dengan cIiche nya aku pun solat istikarah. Aku tulis segalanya dan buat perbandingan antara Z dan A.

Aku test Z ni macam – macam. Aku solat lagi dan lagi. Timbang tara antara A dan Z.

Sejak dari sekolah menengah cita – cita aku tak lain tak bukan nak jadi suri rumah dan isteri solehah yang memiliki PHD. Aku nak PHD sebab aku nak gapai tempat yang tertinggi dalam pelajaran.

Alasan aku nak jadi suri rumah sebab aku nak didik anak – anak aku sepenuhnya dan nak jadi isteri solehah sebab nak masuk syurga dari mana – mana pintu yang aku suka.

Berbalik kepada Z. Z ni senior satu U dengan aku masa belajar.

Disebabkan kami duduk negara orang yang kita golongan minority, hubungan antara pelajar – pelajar Malaysia memang rapat. Semua saling mengenali.

Masa aku baru masuk U, dia dah final year. Lepas grad dia terus balik Malaysia.

3 tahun selepas tu, dia meluahkan hasrat dia nak kahwin dengan aku, dia dah ada kerja yang orang pandang tinggi la kiranya, kereta dan rumah.

Z cakap dari dia habis belajar memang dia dah siapkan semua untuk bakal isteri dan anak – anak.

Dia tak pernah bercinta sebab dia sibuk bina kerjaya untuk masa depan. Dalam pelajaran dia pun dia antara top student.

Kesayangan pensyarah sebab dia ni boleh dik4takan genius la. Jenis 4 flat punya student.

Tapi biasa la budak – budak pandai ni tak dak maknanya nak handsome. Kalau tengok dari luaran, memang h4ncur la Z ni.

Kehidupan Z ni sangat teratur dan nampak dia m4tang dalam tindakan dia.

Dia pulak tak pernah ajak aku dating tapi terus mintak izin datang rumah untuk kenal – kenal dengan family aku. Siap mintak kebenaran abah aku untuk kawan dengan aku.

Jadi kalau serasi nak jadikan aku isteri dia. Mencairkan jiwakan tindakan Z ni?

Secara jujurnya, bila dia sangat berterus terang dengan abah aku dan nampak masa depan aku dah stabil kalau aku dengan dia. Disebabkan itu aku pilih Z.

Kesian A, dia kecewa sangat. Tapi akhirnya dia m4ki – m4ki aku cakap yang aku ni tak setia lah apa.

Tapi aku pert4hankanlah, kitorang tak pernah bercinta apa pun. Lagipun bila aku istikarah memang perasaan aku kuat pada Z.

Mungkin disebabkan oleh faktor dia yang nampak dah bersedia untuk membina keluarga nak dibandingkan dengan A yang masih kurang m4tang masa tu. Dipendekkan cerita 5 tahun kemudian, sekarang ni la kan.

Aku memang kerja sepenuh masa, bekerja dalam pekerjaan yang agak stabil dan pekerjaan aku ni kira rebutan orang la jugak.

Paling penting, aku sangat suka dengan kerja aku, dan ‘hebat’ dalam bidang ni, dah 2 tahun berturut – turut aku dapat award best overall employee dari boss besar dan aku dah ada sepasang cahaya mata yang sihat, bijak dan comel.

PHD aku? Kant0i tengah jalan. Benda yang aku cuba buat tak menjadi. Berbillion cara aku cuba tak berjaya.

Mungkin masa muda, kurang sabar dan kurang pengalaman pun menyumbang ke arah kegagalan aku jugak.

Biasiswa dah tamat tapi aku tak dapat hasil. Jadi aku buat keputvsan untuk berhenti dan bayar balik wang biasisiwa aku.

Apa jadi dengan Z? Dia sekarang dah tak kerja, 100% hidup dia dan anak – anak kami aku yang beIa.

Rrumah yang dia beli pun abang dia duduk dan kereta dia plak adik dia bawak sampai eks1den teruk, sampai rosak yang dah tak boleh guna.

Apa jadi dengan kerja dia yang kononnya stabil tu? Tak ada yang stabil dengan ekonomi macam ni.

Dia kena buang bila kilang ditutup. Dah bertahun cari kerja tapi tak dapat. Jadi dia buat keputvsan untuk join perniagaan tapi lepas beberapa tahun cuba, tak ada keuntungan atau apa pun.

Sekarang ni dia 24 jam bukak fb dan instagram, lepak kat rumah tunggu petang aku balik masak.

Anak – anak aku hantar taska semuanya sebab dia tak boleh jaga anak kat rumah, “nanti anak ganggu dia buat bisnes”. Kehidupan aku tak seperti apa yang aku harap dan impikan.

Aku tak pernah membayangkan aku akan jadi wanita bekerjaya.

Apa yang aku nak dulu adalah duduk rumah jaga anak dan suami. Tapi sekarang dah terbalik. Aku dah plan ‘kerjaya’ aku dari zaman sekolah lagi, tapi Allah bawa aku ke jalan yang aku ada sekarang.

Aku pilih seorang lelaki yang kononnya terbaik untuk penuhkan impian yang idamkan tapi maIangnya tak dapat.

Akhirnya, aku pulak yang beIa laki aku. Kesian kan. Untuk gelaran “isteri solehah”, aku tak rasa yang aku mampu untuk itu, walaupun sikit.

Korang boleh tengok sendiri dan fikir, bab tanggungjawab ni, kalau kau sebagai suami tak galas tangungjawab kau sebaik mungkin, isteri tak akan hormat dekat kau.

Aku dah tak ada perasaan kat suami yang dulu aku sangat hormat. Kalau aku nak kupas pasal ni, baik aku ke page ni kan. Jadi aku nak berhenti dekat sini.

As for A, he’s the reason why i wrote this. Tengah scroll fb nampak kawan satu sekolah rendah dengan aku dan A, kongsi artikel yang A tulis sendiri.

Aku tak kawan pun dengan A, jadi aku tak tahu perkembangan dia sebelum ni. Sekarang dia dah kahwin dengan isteri dia yang cantik dan ada 3 orang anak yang comel.

Dia tulis pun pasal kekecewaan dia terhadap seorang perempuan yang menjadi asbab dia berjaya dalam hidup sekarang ni.

Memang terang – terang pasal aku la kan perempuan tu. Dia bukak bisnes kecil – kecilan sampai sekarang bisnes dia dah maju.

Isteri dia pulak bekas doktor yang dah berhenti kerja untuk jadi surirumah. Benda ni buat aku fikir, kalau tak aku yang berada tempat isteri dia kan.

Kalaulah aku mampu tunggu A, aku boleh dapat dan capat apai yang aku impikan. Tapi kalau fikir balik, A berjaya sebab dia kecewa dengan aku.

Mungkin kalau aku berkahwin dengan A, hidup aku akan sama je macam life aku dan Z sekarang.

So , yeah, Kadang – kadang kita tak dapat apa yang kita nak tapi Allah bagi apa yang kita perlu. Bagi aku sekarang, aku tengah cuba untuk redha.

Mencari hikmah di sebalik kehidupan aku. Mungkin ada teguran Allah nak bagi pada aku. Mungkin bahagia aku belum tiba. Wallahualam. – Kira