Sblm kawin dgn duda ank 2 sy bayar semua hutaang dia dgn ahl0ng. Lepas tu dia kene buang kerja dan moto hilangg. Byk hal dia ak tahu dari org lain

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum WBT. Pertama sekali, terima kasih kerana menyiarkan confession saya.

Saya suka baca confession kat sini yang banyak bagi motivasi dan pengajaran. Kisah – kisah hidup manusia yang pelbagai yang kadang – kadang tak terfikir dek akal.

Ini cerita tentang diri saya. Cerita yang tak semenarik cerita lain, tapi yang saya harapkan cerita ni boleh menaikkan semangat orang yang menghadapi situasi yang sama,

atau paling tidak pun, boleh jadikan pembaca orang yang sentiasa positif dan bersangka baik (husnuzon).

Saya seorang perempuan biasa. Kerja makan gaji. Dah kahwin tapi masih terlalu awal dan masih dalam tempoh “bulan madu”.

Sebelum berkahwin, saya sudah mengetahui latar belakang suami dan segala kisah silam buruk dan baik.

Suami seorang duda, ada 2 orang anak berumur 5 dan 6 tahun. Sebelum kami berkahwin, banyak sangat ujian yang meIanda hubungan kami.

Suami berhutang keliIing pinggang. Hutang tu semua adalah hutang – hutang lama yang tak terbayar.

Kisah silam suami – b0ros, kaki cIub, tak pandai menyimpan dan menabung, suka meminjam, tak pandai berjimat,

bekas isteri yang b0ros dan suka meminta – punca dia banyak berhutang dengan keluarga, kawan dan paling serius, dengan ahl0ng.

Masa berkawan lagi saya dah tahu segala masalahnya. Jujur, saya tak pernah terlintas untuk meninggaIkan suami masa tu.

Saya bertekad untuk bantu dia selesaikan masalah dia dan bagi dia masa depan cerah macam orang lain.

Sepanjang tempoh berkawan tu, saya nampak usaha dia untuk ubah sikap, ubah hidup.

Parents dia sendiri akui yang dia berusaha untuk berubah tapi mungkin belum ada rezeki dan kurang dorongan. Lepas tahu semua masalah dia, saya nekad nak tolong dia.

Saya ambil keputvsan untuk buat loan dalam amount yang banyak, untuk langsaikan semua hutang dia.

Dan loan tu dia yang perlu bayar bulan – bulan (amount yang jauh lebih sikit dari jumlah yang perlu dia bayar pada ahl0ng waktu tu).

Masa tu saya betul – betul nekad, saya dah fikirkan semua akibat dari keputvsan saya. Akibat kalau dia tak bayar, akibat kalau dia hilangkan diri, dan macam – macam lagi.

Tapi saya lebih rasa bersalah dan tak tenang bila fikirkan beban masalah yang dia tanggung setiap hari, tapi saya langsung tak membantu.

Untuk pengetahuan, sebelum saya tahu segala kisah dan masalah dia, saya langsung tak sangka yang dia tanggung masalah hidup yang terlalu berat.

Hutang ahl0ng berpuluh ribu, gaji tiap bulan habis untuk bayar hutang ahlong je, itupun cuma bunga.

Hutang ahlong tak pernah surut sebab dia tak mampu bayar bunga dan hutang. Hutang dengan kawan dan keluarga apatah lagi.

Langsung tak terusik. Malah m4kin bertambah sebab dia akan meminjam bila terdesak.

Masalah hutang yang tak pernah selesai ni m4kin teruk sebab isteri (sekarang bekas isteri) dia yang b0ros, suka tukar handphone dan suka minta macam – macam.

Dia akan cuba sedaya – upaya penuhi permintaan isteri dia walaupun terp4ksa berhutang (nilah silap dia dulu dan hutang – hutang dia punca isteri dia selalu minta cerai).

Kalau saya kat tempat dia, mungkin saya dah tak mampu tersenyum pun. Tapi dia lain.

Dengan segala masalah yang dia tanggung, dia masih berusaha buat orang sekeliIing dia happy, gelak, ketawa. Saya kenal dia sebagai seorang yang suka berjenaka, buat orang ketawa.

Sentiasa tersenyum. Memang tak sangka yang dia tanggung beban besar. Selepas saya dapat tahu semua masalah dia, saya nekad nak tolong sebab bagi saya dia seorang yang baik.

Saya dapat tahu segala hal peribadi dia pun melalui orang lain.

Dia tak pernah tunjuk dan tak pernah bukak mulut pasal masalah dia. Jadi, saya buat loan. Banyak. Bayar semua hutang ahl0ng dan bank dengan loan tu.

Lepas selesai langsaikan semua dengan duit loan tu, dia bagi kad ATM gaji dia pada saya untuk saya manage kewangan dia.

Dia betul – betul nak berubah dan mengharapkan saya untuk bantu. Tapi perancangan Allah tu memang tak terduga.

Kami diuji. Dia diberhentikan kerja (pendapatan masa tu RM3000) sebab rekod yang kurang memuaskan.

2 bulan dia berusaha cari kerja sana sini tapi tak ada rezeki. Kadang – kadang dia dapat sikit duit poket masa tolong kawan berniaga dan dia buat kerja – kerja kampung.

Masa tu saya terp4ksa tanggung hutang loan yang saya buat tu.

Jumlah yang perlu bayar bulanan hampir RM1000. Peritnya hidup masa tu Allah je yang tahu.

Dugaan tak berhenti kat situ, satu demi satu dugaan Allah bagi untuk uji kesabaran kami. Lepas dua bulan tak ada kerja tetap, dia dapat offer kerja tetap kat Johor.

Dia kena merantau. Saya sokong dan dorong untuk dia terima walaupun saya tahu dia berat hati. Kat Johor, dia cuma bertahan seminggu.

Ayah dan mak dia jatuh s4kit dan masuk ICU, serentak. Jadi dia ambil keputvsan nekad berhenti kerja dan terus balik Selangor untuk jaga mak ayah dia.

Dia anak sulung dan sangat menjaga orang tua. Lepas mak ayah dia sembuh, dia dah tak nak balik kerja Johor sebab serik tinggalkan keluarga.

Tapi lagi sekali dia diuji bila motor yang dia tinggalkan kat Johor masa balik jaga mak ayah dia, hilang kena curi.

Dah la kerja tak ada, motor kena curi. Masa tu, dia betul – betul kosong dan tak ada apa – apa.

Lagi sekali dia menganggur, ke sana sini cari kerja sambil tolong kawan berniaga. Sebulan lepas tu, dia dapat offer kerja sebagai technican offshore.

Kerja yang memang dia minat dan idamkan. Bila fikir elaun offshore yang tinggi, lagi lah buat kami bersemangat.

Saya berkongsi kereta saya dengan dia untuk ulang – alik pergi kerja. Minyak kereta, makan minum dan duit belanja harian dia saya tanggung.

Tapi kami happy sebab terasa yang semuanya akan berakhir dengan baik. Tapi ujian datang lagi bila company tu rupanya bermasalah dan elaun offshore tak bayar.

Belum sempat confirm, lagi sekali dia dibuang cuma dengan alasan bengkel yang tak kemas.

Sekali lagi dia tak bekerja. 2 minggu lepas tu dia dapat kerja tapi cuma mampu dapatkan jawatan operator.

Saya minta dia terima jugak kerja tu walaupun gaji terlalu rendah (RM1000). Sekurang – kurangnya dia tetap bekerja dan ada usaha.

Masa tu kami tertekan. Gaji dia tak mampu cover semua hutang. Jadi saya berkongsi duit bulanan saya untuk perbelanjaan kami berdua.

Memang kami terlalu susah masa tu. Tapi, kami tak pernah batalkan rancangan kami untuk berkahwin.

Dengan gaji yang tak seberapa, saya agihkan untuk bayar hutang, nafkah anak – anak dia, ketepikan duit mas kahwin dan duit untuk beli cincin.

Keluarga saya tak tahu masalah dia, jadi saya sedaya upaya berusaha memberi kesempurnaan pada mata keluarga saya.

Hanya keluarga dia tahu apa yang kami tanggung.

Alhamdulillah, mungkin sebab niat nak bina masjid, usaha dan doa yang tak putvs – putvs, kami mampu untuk beli cincin nikah dan sediakan mas kahwin RM300. Dan Allah bukakan pintu rezeki kami.

Seminggu sebelum kami bernikah, dia dapat offer kerja kat sebuat syarik4t yang stabil dengan gaji yang lebih baik dan jawatan yang lebih baik.

Syukur kami masa tu Tuhan je yang tahu. Kami nikah hari Jumaat, di pejabat agama.

Yang hadir masa tu cuma mak dan abah saya, mak, ayah dan adik dia. Kami tak mampu nak buat kenduri nikah, jadi kami pilih untuk nikah di pejabat agama tanpa sebarang jemputan.

Cuma cukup syarat rukun nikah je. Dengan sekali lafaz, mahar RM300 dan sebentuk cincin, saya sah bergeIar isterinya.

Tanpa duit hantaran. Tanpa barang hantaran. Dan semuanya terasa mudah sangat. Sehari selepas nikah, kenduri sebeIah saya berlangsung.

Kenduri saya yang sederhana dengan kos RM10K saje. Saya terp4ksa pinjam duit untuk buat kenduri sebab keluarga saya tak tahu yang suami tak bagi hantaran.

Keluarga saya ingat kenduri tu saya mampu buat sebab dapat duit hantaran. Saya pinjam duit dari kawan – kawan sikit – sikit dan selebihnya saya guna duit simpanan yang tak seberapa.

Saya tak minta bantuan kelaurga langsung hatta abah sendiri untuk majlis tu.

Alhamdulillah semua dapat dilaksanakan. Yang penting, kami dah sah bergeIar suami isteri. Dan memang, Islam tak pernah menyusahkan.

Walaupun tanpa apa – apa majlis besar masa akad nikah, kami tetap sah disatukan dan kami tetap bahagia dengan kesederhanaan tu.

Sekarang, saya dan suami sama – sama kongsi bayar hutang kami. Lepas kahwin dan hidup bersama, Alhamdulillah perbelanjaan cukup walaupun secara sederhana.

Kami mampu untuk bayar hutang kami tiap bulan. Suami pun dapat beli motor second hand untuk dia pergi kerja, bulanan cuma RM200 untuk motor tu.

Rumah yang kami duduk sekarang pun murah sangat bulanan cuma RM150 rumah 3 bilik 2 bilik air dan dekat sangat dengan tempat kerja.

Jadi kat situ kos petrol dah banyak jimat. 3 minggu lepas nikah, suami dapat ambil anak – anak untuk tinggal dengan kami.

(Asalnya bekas isteri dia langsung tak bagi jenguk apatah lagi ambil untuk dijaga mungkin sebab cemburu saya dan suami bernikah, sebab dia mengharap suami rujuk dengan dia semula).

Anak – anak suami sekarang tinggal dengan kami dan ni pun saya anggap sebagai jalan pembuka rezeki buat saya dan suami.

Masa bekas isteri suami yang jaga anak, selalu merungut duit nafkah yang suami bagi tak cukup sampai anak kadang – kadang putvs makan (ini apa yang bekas isteri dia bagitau. Ntah betul ke tak).

Tapi setakat ni Alhamdulillah makan minum sekolah dan keperluan asas anak – anak semua cukup.

Masih banyak lagi perbelanjaan keluarga yang saya tanggung. Tapi saya cukup bahagia.

Walaupun suami yang Allah bagi pada saya ni tak mampu menyara saya macam mana suami orang lain, tapi suami saya sangat penyayang.

Selalu bantu kerja rumah. Selalu manjakan saya dengan kasih sayang.

Walaupun ada anak – anak suami kat rumah, saya tak sempat rasa hidup berdua dengan suami, tapi suami manjakan saya macam dia manjakan anak – anaknya.

Langsung saya tak rasa terpinggir atau kekurangan kasih sayang.

Saya rasa lebih bahagia sebab Allah bagi suami yang penyabar, rajin, berlemah lembut dan penuh dengan sifat kasih – sayang pada keluarga. Allah jugak bagi anak – anak yang manja dan senang dijaga.

Walaupun ramai yang meragui keikhlasan saya jaga anak – anak tiri, tapi Allah tahu. Suami dan anak – anak tiri saya yang mewarnai hidup saya sekarang.

Rumah sentiasa riuh dengan gelak anak – anak, dengan suami yang kuat mengusik dan bergurau.

Tak semua perempuan cuma pandang kemewahan. Tak semua perempuan cuma nakkan lelaki yang stabil kewangan.

Hati saya terlalu kuat untuk suami dan saya selalu berdoa Allah ikhlaskan saya bantu suami dari segi kewangan.

Loan saya tu akan selesai dalam masa 3 tahun je lagi. Insya Allah saya rancang nak pergi umrah dengan suami bila hutang ni dah selesai nanti. Doakan kami ye. – Newly Wed Wife