Aku tanggung bayar 2kereta dan 2 rumah. Tp bila minta duit kat suami ini yg ak dpt. Tergamam ak bila suami dn mertua guna hukum agama plk

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum kepada pembaca yang budiman. Namaku Melur Putih semestinya nama samaran. Cerita ini ringkas sahaja.

Aku berpendapatan lagi tinggi dari suami bekerja di sektor swasta.

Alhamdulillah pekerjaan tidak terjejas dengan kobid nie. Suami bekerja di sektor awam sebagai staff sokongan.

2 biji kereta dan rumah aku yang bayar. Suami topup belanja sekolah anak – anak dan bil letrik, jalur lebar, air dan barang dapur.

Masalah terbesar rumahtangga aku ialah orang ketiga. Jangan salah faham, orang ketiga tak semestinya perempuan.

Orang ketiga ialah keluarga mertua dan ipar duai. Disebabkan keluarga kami tiada masalah kewangan, keluarga suami mengharapkan anak dia 100%.

Bila suami kene support family dia aku kene support family kecil. Tanggungjawab ini menyebabkan gaji bulanan habis dan aku langsung tak mampu nak hantar duit pada mak ayah aku kat kampung.

Bila ajak bincang, suami dan mertua menggunakan hukvm Islam. Anak perempuan tidak perlu bertanggungjawab pada keluarga.

Anak lelaki perlu jaga kebajikan ibubapa dan saud4ra – saud4ra perempuan. Mereka sekeluarga menggunakan agama dengan mempergunakan aku 100%.

Ibu mertua cakap aku bekerja atas ihsan suami, jadi aku kene bantu ekonomi keluarga.

Mertua suami isteri tidak bekerja. Adik beradik suami juga tidak bekerja. Ada yang masih bersekolah.

Kadang – kadang aku str3ss kerana gaji habis tiada simpanan. Sedangkan suami boleh menyimpan dan labur pada keluarga.

Jika aku minta nak pinjam duit, dia amatla kedekut 100 kali dari Haji Bakhil.

Tapi boleh pula mewahkan ibu bapa dan adik beradik. Bila cakap, macam biasa la. Guna hukvm agama.

Oh Ya. Mereka sekeluarga bukan la alim pun. Mereka menggunakan agama ikut keselesaan mereka.

Yang tidak menguntungkan mereka, mereka tak ikut pun. Solat pun tidak. Ibu bapa dan adik beradik suami tidak boleh susah.

Aku kene berdikari. Sampai s4kit demam pun ke hospitaI sendiri. Pernah aku tak dapat pergi kerja kerana kereta r0sak.

Suami tak nak hantar kerana dia dah janji nak hantar adik dia ke mana entah. Adik dia tak reti berdikari.

Aku kene cuti. Kadang – kadang aku terfikir, dia sayang aku atau duit gaji aku sebab aku tak rasa pun kasih sayang tu.

Dengan adik beradik dan ibu bapa cakap lemah lembut gemalai. Manja – manja. Nak makan apa, nak pergi mana semua sponser.

Tapi untuk aku dan anak – anak kami tidak dilayan sebegitu.

Sekarang, aku berkira – kira untuk tukar kerja dan pindah tempat lain yang sangat JAUH. Aku nak jual rumah. Jual 1 biji lagi kereta.

Biarlah suami berdikari pula. Biar dia menyewa rumah sendiri atau dia boleh pilih untuk tinggal dengan keluarga dia, jika dia nak berkahwin lain pun aku izinkan.

kalau susah, minta la tolong adik beradik. Aku dah tawar hati. Suami yang terlalu sayangkan keluarga sendiri meIampau – Iampau memang meny4kitkan jiwa dan hati.

Kita pun tak redha. Jadi, tidak guna kita bersama par4sit. Mereka semua par4sit. Mohon warga fb dan para pembaca doakan aku dapat tukar kerja lain dan pindah jauh – jauh dari suami dan keluarga mertua.

Aku dah tak ingin nak tengok mereka semua. Doakan aku murah rezeki. Semoga Allah permudahkan urusan aku.