Ak dari kecik mmg tak ngam dgn mak walaupun ak anak tunggal. Ak ketawa bila nmpk mak jatuh dlm bilik air. Bila ada ank sendiri baru ak sedar

Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab siarkan luahan aku nie. Korang semua leh panggil aku Ju. Berumur 34 tahun dan berasal dari selatan tanah air.

Sudah berkahwin dan mempunyai sepasang cahaya mata yang masih kecil.

Pertama sekali, nak bagi warning. Luahan nie agak panjang. Terpulang pada korang nak baca atau tidak. Kisah yang aku paparkan memang kisah benar belaka. Ok aku mulakan.

Aku anak tunggal dalam keluarga. Sejak aku kecil lagi, aku memang “panas” dengan mak aku. Aku hanya boleh ngam dengan ayah aku, tapi tidak mak aku.

Ape2 masalah memang aku akan refer pada ayah aku. Mak dan ayah aku memang garang. Aku pernah baca 1 buku doa, iaitu doa untuk melembutkan hati orang yang keras.

Aku baca doa tu pastu aku tiup kat mak aku. Sampai tahap macam tu sekali mak aku punya garang. Aku hampir2 pernah kene ketuk dengan hammer oleh ayah aku sebab aku merayap pegi rumah orang.

Waktu tu aku darjah 1. Memang aku rajin merayap rumah orang, sebab bosan kat rumah takde kawan. Dan ayah aku pernah ikat aku kat tiang lampu atas sebab yang sama.

Setiap kali aku kena marah dengan ayah aku, memang mak aku tak pernah backing aku. Mak aku akan makin memarakkan lagi keadaan.

Tapi bila mak aku marah aku, ayah lah yang jadi penyejuk. Mak aku memang surirumah sepenuh masa.

Waktu aku darjah 3, kawan-kawan aku datang beraya kat rumah. Kitorang seronok la berbual2 sambil bergelak ketawa. Pastu ktorang cerita pasal classmate yang lain, termasuk la pasal classmate yang lelaki.

Bila mak aku dengar aku sebut nama classmate lelaki, mak aku jeling dan cubit peha aku tanda dia tak kasi aku sebut nama lelaki.

Keadaan tu buat aku fobia nak sebut nama lelaki kat dalam rumah.

Bila kawan-kawan aku datang, diorang cerita pasal classmate lelaki, aku terus gigil (seriously menggigil sebab takut mak aku marah) dan aku akan cuba ubah topik biar diorang tak cerita pasal budak lelaki.

Waktu aku darjah 5, mak dan ayah aku bergaduh teruk. Waktu tu pulak tv kat rumah aku tetiba rosak.

Aku ingat lagi masa tu, ayah aku pegi amek plug tv tu pastu hempas banyak2 kali ke dinding sampai plug tu pecah dan dinding rosak.

Ayah aku jerkah mak aku “kau punya pasal tv nie rosak!”. Mak aku masa tu hari2 menangis tak silap aku dalam seminggu diorang tak bertegur sapa.

Yang jadi kemarahan aku ialah, mak dan ayah aku bergaduh. Tapi kenapa mak pun buat macam aku yang salah? Mak langsung taknak tegur aku, taknak layan aku.

Semua urusan baju2 sekolah, makan etc ayah aku uruskan. Ayah aku cakap, biar mak dalam dunia dia. Ayah ade dengan Ju.

Bila diorang berbaik semula, aku la insan paling happy kat muka bumi nie sebab akhirnya mak aku nak layan aku dan bercakap dengan aku.

Dipendekkan cerita, waktu aku darjah 6, ktorang terpaksa pindah ke daerah lain sebab ayah dapat tukar tempat kerja.

Bila kat daerah yang baru nie, ekonomi ayah ade sikit terjejas dan mak terpaksa kerja untuk bantu ayah. Ayah waktu nie dah makin jadi seorang yang tenang.

ayah dah tak garang macam dulu. Mungkin faktor usia.Dan waktu mak dah mula kerja, arwah atok dan nenek belah mak mula sakit.

Mak mula jaga arwah gilir2 dengan adik beradik yang lain. Penat bekerja dan ditambah dengan penat jaga arwah atok dan nenek buat mak aku makin garang dengan aku.

Ade je tak kena kat mata mak aku. Hari2 aku kena marah walaupun salahnya sikit dan ayah lah yang pujuk aku. Kata ayah, mak jadi macam tu sebab penat.

Sampai la aku menginjak ke tingkatan 2, atok dan nenek aku dijemput Illahi. Tak berapa lama lepas tu mak aku pulak di detect ade ketumbuhan dalam rahim.

Punca tu lah yang wat mak aku susah nak mengandung dan senggugut teruk setiap kali period. Mak aku masuk wad dan perlu dioperate.

Waktu ayah bawa aku melawat mak kat hospital, ayah minta aku jaga mak. Tapi aku geleng kepala. Aku taknak. Alasan aku, aku sekolah.

Mase tu mak dengar perbualan kami. Aku nampak mak menangis tapi hati aku keras.

Dalam usia mak aku 38 tahun, mak aku dah takde rahim. Rahim mak terpakse dibuang sebab dah teruk terjejas.

Waktu mak dah takde organ paling penting wanita tu, mood mak makin dahsyat. Aku disuruh buat kerja kat dapur, tapi bila aku ade kat dapur, aku kene halau sebab katanye menyibuk.

Nak masak pun susah. Ade 1 hari tu, mak aku marah aku gile2. Then mak aku gi bilik air nak mandi. Kat dlm bilik air, mak aku jatuh.

Aku mase tu terus terbukak luas mata aku nampak mak aku jatuh dan aku ketawa senyap2. Mase tu aku rase macam dendam aku terbalas.

Langsung aku tak tolong mak aku. Aku biarkan dia bangun sendiri, pastu aku blah tengok tv kat ruang tamu.

Waktu aku lepas PMR, aku dapat offer masuk sekolah teknik. Kawan2 aku majority sume dah dapat surat offer, tapi aku tak dapat pape.

Aku anggap je aku takde rezeki walaupun result aku boleh dikatakan ok sangat. Berapa minggu sebelum kawan2 aku lapor diri kat sekolah teknik, ayah panggil aku.

Ayah kate, aku dapat offer sebenarnye. Tapi mak sorok surat aku, mak tak kasik aku pergi. Aku mase tu macam marah gile ngan mak aku, kenape la die wat aku macam nie.

Pastu mak aku x kasi aku pergi. Aku berkeras nak pergi jugak, akhirnya mak aku lepaskan aku. Duduk asrama, hidup aku rase tenteram, aman, bebas.

Takde orang marah, takde orang pekik, jerkah aku. Aku tak pedulik mak aku nak nangis sebab rindukan aku ke ape ke. Yang penting aku dah bebas dari rumah.

Lepas SPM, aku masuk driving school. Ayah aku sponsor. Tapi test JPJ aku failed.

Aku balik rumah, mak aku terus mengamuk maki2 aku sampai aku pikir tahap nak bunuh diri je.

Aku dah siap amek pisaau nak kelaar tangan kat dlm bilik. Tapi Alhamdulillah aku masih rasional lagi waktu tu.

Aku tak jadi bvnvh diri tapi aku tak bercakap dengan mak. Kali kedua test baru lulus.

Dipendekkan cerita, lepas SPM aku dapat offer sambung belajar. Lagi jauh dari rumah aku beratus kilometer. Memang aku happy sangat.

Kat tempat belajar, memang idup bebas la tapi aku still ingat batas2 dalam agama. Lepas abes belajar, aku dapat offer keje kat Putrajaya.

Waktu tu aku kerja kat stesyen minyak dalam setahun lebih. Oleh sebab duit tak berapa nak ade, aku mintak tolong mak aku pinjamkan aku duit untuk aku pegi Putrajaya sane.

Mak aku tetibe menangis, dan aku terus macam blur. Mak aku cakap, ko ni dah susah sangat ke sampai tahap nak pinjam2 duit mak.

Pastu mak aku cakap la die dulu susah tak pernah mintak tolong kat mak bapak die dan die masuk bilik, amek sampul surat pastu kasi kat aku.

Aku amek, ade dalam rm1k ++ dalam tu. Pastu mak aku cakap, tu sume duit yang aku kasi kat mak aku sepanjang aku kerja. Die tak usik pun.

Die soh aku amek duit tu tapi aku amek 100 je. Aku memang betul2 bingung mase tu kenape mak sampai tahap menangis, mengungkit.

Sebab aku nak pinjam duit die kot nanti dapat gaji aku bayar la. Waktu tu ayah tengok je drama yang jadi. Tup2 hp aku masuk mesej.

Rupenye ayah aku mesej aku. Ayah aku tny, kenape tak mintak duit kat die? Kenape mintak kat mak? Sebab kalu mintak kat mak, memang kompem jd drama.

Start dari tu ape2 sume aku tak cakap kat mak aku. Aku cakap n mintak kat ayah je.

Duit rm100 yang aku pinjam tu pun aku dah pulang balik dah malah berlebih2 lg aku kasi kat mak.

Oleh sebab aku kerja jauh dari rumah beratus kilometer, aku akan balik sebulan sekali. Aku pun dah ade kereta sendiri waktu tu.

Ntah kenape ade skali waktu aku balik tu, aku gaduh besar dengan mak. Aku tak ingat ape puncanye tapi yang aku ingat, aku cakap kat mak “pasni kau jangan mintak tolong ngan aku.

Sebab aku susah pun kau tak tolong. Kau mengungkit. Aku takkan bawak kau pegi mane2 lg kalau kau soh aku bawak!”

Mak aku memang tak pandai bwk kete so pegi memane mmg aku je yg bawak kalu aku blik.

Dah namenye mak sndiri, aku pun x sedap la bergaduh lame2 ngan mak. Aku mintak maaf kat mak aku dan mak aku maafkan.

Kami memang kerap bergaduh dan aku kerap melawan. Sampai la aku nak kawen, mak aku tak kasi aku duduk sendiri. Mak aku soh aku dok sekali.

Aku mase tu taknak la sebab dah kawen kan. Lagipun aku dah dapat transfer balik negeri aku sendiri dan rumah sewa aku pun dekat je ngan rumah mak.

Aku cakap kat mak, yang mase mak kawen dulu pun mane ade mak duduk umah nenek? Terus duduk sendiri kan? Mak aku diam je.

Nie aku dah 6 tahun kawen, dah ade 2 orang anak. Mak aku pun dah pindah duduk kampung. Semenjak aku jadi ibu buat pertama kali, aku dapat rasa hati seorang ibu.

Aku jadi makin sayang pada mak aku. Setiap kali mak aku nak datang rumah, aku lah insan paling gembira skali.

Malah aku paksa mak ngan ayah duduk lame2 kat rumah aku, xkasi dorang balik. Mak aku pun dah berubah sangat semenjak dah ade cucu nie.

Aku kalau boleh hari2 nak peluk cium mak aku, tapi agaknye ego aku masih tinggi melangit, aku Cuma peluk mak aku waktu salam hari raye je.

Padahal hati meronta2 nak cium dan peluk mak puas2 sebab aku pikir, mak dan ayah aku takkan selamanya ade.

Untuk semua, hargailah ibu dan ayah. Percayalah, bila kita sendiri dah jadi seorang ibu, kita akan faham bagaimana rasa hati seorang ibu.

– ju