Aku buntu isteri asyik p4ksa suruh aku kahwin dgn kawan baik dia yg baru memeluk islam. Tak penah fikir utk menduakn isteri

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum min, macam biasa mintak hide profile, isteri saya ade dalam page ni. Maaf kalau cerite ni panjang min..

AKU DALAM DILEMA! Saya dah mendirikan rumahtangga selama 13 tahun, dikurniakan 6 orang cahaya mata, semua dah bersekolah.

Isteri saya seorang yang penyayang, suri hidup saya. Isteri saya merupakan anak yatim piatu. Mak ayah dan abangnya meninggaI dunia kemaIangan masa dia berusia 9 tahun.

Jadi tinggal dia seorang duduk di rumah kebajikan. Isteri saya sangat baik pekerjaan amat mulia sebagai suri rumah walaupun dia berpendidikan tinggi.

Dia tetapi memilih untuk menjadi surirumah, saya hanya kerja biasa – biasa sahaja min. Tapi alhamdulillah rezeki kami cukup dan tak sampai tahap nak meminta sana sini.

Sepanjang berumah tangga ni tak pernah terlintas langsung saya nak menduakan isteri saya, apa lagi kehendak ber scandaI dan sengaja atau pun tidak!

Apa lagi yang saya nak cari. Cukup makan pakai, tempat berteduh, anak – anak amanah ALLAH, dan seorang isteri yang sangat baik! Jadi hidup saya hanya untuk bekerja, keluar pagi balik petang.

Balik kerja luang masa dengan anak – anak dan isteri di rumah, saya dah tak ada tabiat lepak minom bersocial dengan kawan – kawan.

Hanya dengan family saya ke mana saja. Masa isteri saya di rumah kebajikan dari dia kecil, di situ la semua family dia, penjaga dia pun kami masih lagi berhubung.

Setiap hari raya kami ke sana dan isteri saya ade seorang kawan yang di anggap sebagai adiknya sendiri, seorang single mom (TAKde anak) dan mereka membesar bersama di rumah kebajikan tu.

Hubungan mereka seperti adik beradik akrabnya, hingga semua masalah rakan baiknya di kongsi bersama.

Anak – anak saya pun sangat rapat dengan kawan isteri saya ni gelaran MAMA hanya di mulut tiap kali dia menyinggah, tak pernah dengan tangan kosong.

Keakraban mereka sangat rapat. Semuanya bermula April lalu saya telah dimaklumkan oleh isteri saya yang kawan baiknya sudah memeIuk Islam dengan sah pada Febuari 2020, Nama Islamnya pun isteri saya yang pilih kan, sedap.

Seakan akan nama isteri saya, jadi di awal PKP dia memang tak boleh merentas negeri / daerah jadi video call jadi peneman meraka.

Segala aktiviti masa PKP dikongsi bersama hingga 2 minggu sudah isteri saya suara kan untuk saya bernikah dengan sahabatnya itu.

Saya macam dah terkedu di situ min, kelu tak tau nak cakap ape. Saya tanya isteri saya kenapa nak bermadu? sebab mak saya dimadukan, memang tak pernahnya adil yang mak saya dapat dalam berpoIigami.

Rakan – rakan saya ade yang berpoIigami, ade yang nikah di seberang, tipu isteri macam – macam, hanya untuk berbini ramai.

Jadi saya memang tak suka cara lelaki berpoIigami. Jangan cakap ikut sunnah, kalau bab sunah pun ramai yang tak faham. Macam mana nak bimbing isteri?

Jadi dah 2 minggu tiada jawapan yang saya berikan pada isteri saya. Isteri terus tanya setiap hari sebelum tido.

Saya takut min, saya takut tak boleh berlaku adil. Saya tau kemampuan kewangan saya hanya cukup untuk kami 8 orang.

Saya tau jadual luangan masa saya dah cukup untuk anak – anak dan isteri sahaja. Jadi dari segi itu saya tak mampu dan yakin untuk menambah isteri lagi.

Dah 2 minggu. Macam – macam cara isteri saya cube bagi ruang untuk saya dan bakal madunya.

Kalau ikut rutin, setiap hari 12.30 tengahari isteri saya akan hantarkan bekal makan tengahari yang dia baru masak ke tempat kerja saya.

Dah 13 tahun tak pernah missed, sebab saya tak suka makan di luar, boleh jimat di situ. Tapi dalam 2 minggu ni dia tak hantar makanan tengahari, sebaliknya dikirim pada rakan beliau.

Kadang – kadang rakan baik isteri saya ajak saya makan di luar, saya jadi tak selesa min, saya buntu.

Ade saya tanye kan pada isteri dan rakannya tu. Kenape saya, ramai lagi calon yang boleh bimbing dia sebagai imam.

Pernah saya kenen kan kawan baik isteri saya pada kawan satu tempat kerja saya yang bujang. Tapi dia tak nak, jawapan isteri sangat mudah.

Dia nak “Adik” itu ada orang yang betul – betul boleh bimbing dia. Isteri saya cakap dia nak kami semua ke jannah bersama. Masaalah nye saya ni min.

Saya tak yakin saya boleh berlaku adil. Saya takot hisabnya nanti. Buntu melanda mohon pendapat min. Terima kasih. -Pembeli Beras dalam dilema-