Aku sedih bila nampak mak nagis sbb penat. Kakak abaikan anak dia dan tindakan dia tu buat ak geram. Sbb dia ak jd takot nk kawin

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada pembaca sekalian. Terima kasih kepada admin jika penulisan ini disiarkan. Hari ni aku nak meluahkan perasaan tentang kakak aku yang sudah lama aku pend4m.

Aku masih berusia awal 20-an sementara kakak aku yang berusia lewat 20-an merupakan seseorang yang menjaga penampilan diri, telah berkahwin dan dikurniakan seorang anak.

Kakak aku sentiasa bersenam, jaga makan dan agak terkenal di media sosiaI. Semua orang memuji kakak aku kerana sentiasa kelihatan cantik dan ramping.

Namun mereka tak tahu di sebalik segala kesempurnaan yang dipamerkan, banyak kekurangan diri yang hanya keluarga aku yang tahu.

Sejak daripada awal berkahwin, aku dan mak aku yang sudah tua ini yang harus melayani karenah kakak aku.

Setiap kali aku dan mak aku pergi ke rumah mereka, kami yang harus masak, berkemas dan melayani sed4ra – mara yang datang ke rumah sedangkan dia hanya berkurung di dalam bilik.

Mak aku tak pernah ajar aku untuk bersikap macam ni bila tetamu datang. Mak aku sentiasa kata walau penat macam mana pun kita, kita kena layan tetamu yang datang ke rumah. Aku boleh katakan aku dan mak aku ni macam h4mba di rumah ini.

Alhamdulillah abang ipar aku baik dan selalu membantu kami. Kakak aku juga selalu suruh abang ipar aku yang jaga anak dan basuh pinggan sebab kakak aku kata dia dah melahirkan dan menyusukan anak.

Tapi aku tengok anak sed4ra aku selalu kena marah dan cubit dengan ibu dia.

Aku masih belajar di universiti dan apabila cuti semester yang ditunggu – tunggu oleh semua pelajar, aku kena meng0rbankan masa cuti ini untuk menjaga anak sed4ra aku yang masih kecil.

Maklumlah kalau ada budak kecik ni mesti rumah akan sentiasa bersepah.

Aku dan mak aku pula pembersih orangnya. Kami tak boleh kalau tengok mainan bersepah – sepah. Akulah yang masak masa kakak aku pantang.

Walaupun aku tak kahwin lagi, tapi aku belajar masak makanan pantang. Aku jugak yang mandikan anak sed4ra, basuh ber4k dia, teman dia tidur, main dengan dia.

Aku tak kisah kalau aku yang penat tapi aku lebih kesian dekat mak aku yang dah tua ni.

Aku menangis tengok tangan mak aku dah berkedut – kedut tapi masih kena layan cucu dengan kakak aku yang langsung tak membantu kami.

Anak sed4ra aku yang kini berumur 2 tahun lebih rapat dengan mak aku jadi kadang – kadang mak aku lah yang mandikan, ada jugak bagi dia makan sebab bila aku nak suap makan dia merengek nak dekat nenek dia.

Kakak aku pula kalau kami bangun saja dari tido mesti akan suruh anak dia main dengan aku dan mak aku.

Kakak aku pula sibuk exercise dan post kat media sosiaI. Kebanyakan masa dihabiskan main telefon. Ada jugak masa kakak aku bantu jugak Iipat kain tapi boleh dikira dengan jari.

Abang ipar aku pula sibuk dengan kerja tapi bila dia free, dia akan tolong bagi makan anak sed4ra aku dan uruskan yang selebihnya.

Walaupun kakak aku dah berkahwin, dia mesti ikut kalau aku dan mak aku pergi ke hotel. Mak aku pula lembut hati,

kesian dekat anak tak dapat ikut. Alhamdulillah keluarga aku agak senang jadi kadang – kadang kami selalu melancong.

Kakak aku pulak akan post setiap hotel yang kami pergi sedangkan dia tak bayar sesen pun duit yang boleh mencecah beribu ringgit semalam. Aku paling sedih dengan anak dia.

Kakak aku akan post gambar anak dia yang comel – comel dalam media sosiaI tapi lepas habis tangkap gambar, anak tu dibiarkan aku dengan mak aku yang tengok dia main.

Kakak aku pulak sibuk tengok telefon baIas pujian orang. Anak sed4ra aku tu nak pergi dekat ibu dia tapi kena tolak – tolak pergi dekat ayah tak pun mak aku atau aku.

Aku sekarang dah buntu dan penat sebab family kakak aku dah duduk sebulan dekat rumah mak aku.

Alasan yang diorang bagi adalah nak rapatkan silaturahim anak sed4ra aku dengan mak aku.

Mula – mula diorang duduk, aku dengan mak aku masih ikhlas tolong jaga anak diorang, masak, basuh baju, Iipat baju, suap makanan tapi bila dah lama ni kami jadi tak ikhlas.

Rasa macam kehadiran diorang satu bebanan sebab kakak aku tak pernah tolong sangat. Aku sedih bila tengok mak aku nangis sebab penat.

Aku kalau boleh nak bagi mak aku rehat je tapi mak aku kesian tengok aku yang kemas rumah dan masak jadi mak aku pun tolong jugak.

Aku tak nak mak aku jadi kuIi kakak aku sebab bila kakak aku nak keluar jalan – jalan dengan abang ipar aku je, diaorang akan tinggalkan anak dekat kami.

Aku dengar kakak aku masih nak stay lagi dekat rumah ni. Aku rasa nak menjerit dengan PKP tak boleh keluar rumah.

Aku tak kahwin lagi tapi rasa macam dah ada anak sebab akula yang ambik peduli pasal anak dia. Aku jadi takut pulak nak kahwin macam ni. Tolong bagi pendapat.

Adakah aku yang terlebih em0si disebabkan per4ngai kakak aku ni? Apa yang aku patut buat? – Milo Tabur (Bukan nama sebenar)