Aku dend4m pda ayah sbb ceraikan ibu taIak 3 depan mata ak. Ak tak layak hukum ayah, skrg ak menyesal tpi tiada gunanye lgi

#Foto sekadar hiasan. Betul la orang cakap, rindu yang paling s4kit ialah rindu pada orang yang dah tak ada.

Aku seorang anak yang sangat degil dan sukar dibentuk dan aku jugak jenis yang tak rapat dengan mana – mana ahli keluarga aku.

Pendek kata aku jenis suka buat hal aku sendiri sebab tu aku jarang keluar bilik. Tapi semua tu berubah lepas keluarga aku ditimpa satu masalah besar.

Ujian itu merapatkan lagi hubungan keluarga aku. Mintak maaf sebab tak boleh nak bagitahu masalah apa tapi satu je nak pesan.

Apa pun keadaan, tolong jaga hubungan antara kau dengan family kau sebab keluarga adalah yang lebih utama. Walau kau ada kawan yang baik tahap dewa sekali pun.

Lepas kejadian tu, family aku memang m4kin rapat, kalau sebelum ni jarang makan sekali duduk semeja, borak – borak tapi semuanya berubah sejak hari itu.

Boleh kata family aku lebih bahagia dan gembira dari dulu. Tiap kali ada cuti sekali, mesti akan ada makan – makan dan memang adik beradik aku ni kaki makan, tambah lagi aku yang dah macam dinosur ni.

Yang nak cerita bukan pasal family aku yang happy sekarang tapi pasal anak yang sedang menanggung kekesalan.

Masa tahun 1 pengajian di Universiti, masa tu aku tengah tidur dengan akak aku dalam bilik, kemudian aku dengar mak dengan ayah aku g4duh kat luar tapi dah biasa dengar, jadi kami buat tak tahu je la.

Masa tu ada aku dengan akak aku je kat rumah sebab abang aku masa tu kerja.

Tapi g4duh kali ni lain sangat dan masa tu jugak aku dengar ayah panggil aku dengan kakak dan lafaz taIak 3 kat mak aku.

Waktu tu aku tak rasa apa – apa hanya senyap je pandang akak aku sebab aku tak tahu nak bagi respond apa.

Aku rasa macam biasa, tak ada apa yang berlaku dan aku rasa macam semua tu mimpi je. Aku tak buat apa dan terus pergi tidur dan dalam hati aku cakap ni semua mimpi.

Bila bangun pagi tu, ayah aku dah tak ade sebab dia balik rumah nenek aku dan mak aku cakap dia nak duduk kat rumah di KL je dan masa tu baru aku rasa yang benda tu betul – betul jadi.

Mak dan ayah aku betul – betul dah berpisah dan mak aku suruh aku duduk dekat rumah ni dengan ayah aku sebab ayah aku pun tak sihat.

Dalam hati aku hanya salahkan ayah aku sebab kenapa sampai cerai dan kenapa dia pilih taIak 3 terus.

Satu titik air mata pun aku tak nangis masa tu dan aku pergi kelas macam biasa macam tiada apa yang berlaku dan jiwa aku memang kosong time tu.

Tapi ada jugak beberapa orang kawan nampak aku macam diam hari tu.

Tapi aku senyap je tak bagitahu mereka apa – apa dan masa tu dah dekat sangat dengan final. Tapi tu la, sekuat mana pun kita akan kalah dengan perasaan sendiri.

Topik belajar hari tu pulak ada terseIit sikit pasal perceraian dan undang – undang dan memang aku betul – betul terpukuI.

Cepat – cepat aku keluar bilik kuliah kemudian pergi tandas sebab aku dah tak boleh tanggung lagi. Aku simpan benda ni sorang diri dan tak pernah pun cakap dekat kawan aku tentang hal ni.

Lepas lebih kurang sebulan macam tu, ayah aku menyesal dan mula kejar mak aku nak rujuk balik dengan mak aku tapi taIak 3 ok.

Memang dah tak boleh nak buat apa – apa Ayah aku macam giIa taIak, pergi rumah dekat KL dan aku memang cukup marah dengan ayah aku sebab dia buat mak aku macam tu.

Sebab cerai pun bukan masalah besar hanya salah faham dan entah kenapa dia boleh fikir nak ceraikan mak, isteri dia selama 30 tahun.

Ayah aku cakap mak aku ada orang lain tapi aku tahu yang mak tak akan buat macam tu dan aku tahu macam mana mak aku sayang sangat dekat dia.

Beberapa tahun lepas tu, ayah aku mula s4kit teruk yang memang dia dah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang sebab banyak sangat ubat dia kena makan dan dia juga ada diab3tes.

Masa dia s4kit tu ada la aku jaga sikit sebab aku pun tengah belajar, jadi ada banyak masa aku banyak kat luar dari rumah.

Aku pulak memang yang jenis hati batu dan tak kisah sangat pasal orang lain walaupun dia ayah aku sendiri dan aku marah dia pasal dia ceraikan mak.

Jadi, akak aku la yang banyak jaga ayah dan aku tak peduli sangat pasal ayah. Hari tu, aku tak pergi kelas sebab memang aku malas sangat dan aku tak tahu sebab apa.

Masa tu mak aku ada balik jumpa kami adik beradik dan duduk rumah pakcik aku.

Dalam pukuI 7 pagi, akak aku jerit – jerit panggil aku cakap ayah sesak nafas dan aku macam biasa je sebab ayah memang selalu kena macam tu dan mak aku pun datang rumah kami nak tengok ayah.

Abang dengan akak aku berkeras nak bawak pergi hospitaI tapi nenek aku cakap tak payah la.

Nenek kata masa ayah dah sampai, biar dia habiskan nafas dia dekat sini. Nenek aku orang tua, aku rasa dia pun tahu apa yang akan jadi lepas tu.

Aku ingat saat ayah tengok semua muka anak – anak dia aku tahu, dah tiba masanya.

Ayah tengok sorang – sorang termasuk mak dan masa ayah tengok mata aku, lama sangat. Kemudian dia tutup rapat mata dan tak buka dah.

Waktu tu akak aku paling kuat menangis dan mintak nenek dengan mak k3utkan ayah.

Memang sedih sangat sebab akak paling rapat dengan ayah dan dia yang selalu jaga ayah.

Nenek dengan mak aku panggil semua kami adik beradik dan bagitahu redha sebab Allah dah ambik ayah dan aku memang tak nangis langsung sebab aku tak nak orang tengok aku lemah dan aku tak rasa apa – apa lagi.

Masa nak kucup arw4h ayah, aku mula rasa menyesal sebab aku tak pernah mintak maaf dengan ayah dan aku pernah benci dengan ayah aku sendiri aku kuatkan hati aku dan bagitahu kat diri sendiri jangan nangis sebab ayah mesti tak suka.

Masa tu jugak aku bisik dekat telinga ayah mintak maaf tapi aku tak tahu ayah maafkan aku tidak sebab aku pernah marah dia ceraikan mak aku.

Lepas siap kebvmi semua, mak bagitahu ayah pernah pesan dekat dia dulu nak m4ti di sisi mak dan Allah makbulkan doa ayah walaupun mak dengan ayah dah cerai.

Masa tu mak menangis sangta – sangat dan dia bagitahu aku yang dia tak pernah berhenti menyayangi ayah.

Selepas beberapa hari, aku mula rasa kehilangan, aku mula rindu ayah walau aku tak rapat dengan dia dan paling menyesal sebab pernah benci dia.

Genap seminggu ayah meningg4I, aku mimpi ayah balik rumah dengan muka bersih sangat dan dia senyum je dekat aku.

Aku bagitahu aku mintak maaf dan dia tak cakap sepatah pun hanya senyum je kemudian dia jalan keluar dari rumah.

Aku start menangis dan cakap jangan tinggalkan aku tapi ayah sikit pun tak berpaling dekat aku. Sekarang, dah 3 tahun ayah tinggalkan aku dengan satu penyesalan sebab tak sempat mintak maaf dengan dia.

Kadang – kadang nangis sendiri sebab ingat balik apa yang dah aku buat menyesal sangat sebab ikut sangat perasaan.

Bila kita dah kehilangan orang tu baru kita tahu erti sebenar kasih sayang lebih – lebih lagi mak ayah dan jangan pernah benci walau besar mana pun salah mereka sebab kita manusia mesti ada buat salah sebab kita tak akan pernah sempurna.

Bila mereka masih ada, bahagiakan mereka jangan jadi macam aku sampai sekarang menyesal sebab tak sempat mintak maaf dengan ayah aku.

Tak payah tunggu hari raya atau orang tu naz4k baru nak mintak maaf sebab maaf tu setiap hari boleh ungkap dan kasih sayang daripada orang yang dah pergi tak akan datang balik.

Kalau boleh putar balik waktu, aku nak sangat peIuk ayah dan bagitahu aku sayang dia dan aku mintak maaf sebab pernah benci ayah.

Semoga ayah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.