Lagi 2 mggu nk nikah, laki ni dtg bagitahu aku dayus kalau teruskan perkahwinan. Bila tahu kebenaran ak rasa nk t4mpar

#Foto sekadar hiasan. Aku dah habis belajar dari salah sebuah universiti tempatan. Cerita ni memang cerita betul hidup aku sendiri.

Bukan nak membuka pekung di d4da, tapi ada mesej yang ingin aku sampaikan. Dekat universiti aku kenal sorang perempuan.

Lama kenal berkawan selama 2 tahun, lepas graduasi dan masing–masing dapat kerja kitorang plan untuk kehidupan seterusnya. Kahwin.

Lepas grad, alhamdulillah dua-dua dah dapat kerja, kemudian kitorang bertunang selama 3 bulan.

Sementara tu jugak, aku ade buat jugak bisness printing baju dengan member aku. Saje tambah duit poket, boleh buat belanja kahwin sedikit sebanyak.

Kitorang buat online bisness, jadi kebanyakan orang nak order baju akan pm kitorang terus.

Tinggal sebulan je lagi aku dengan tunang aku akan disatukan. Kebanyakan semua persiapan dah siap.

Semua dah tempah, kad jemputan, pun semua dah diedarkan, sewa kanopi, semua hampir dah siap. Tunggu hari kejadian saja.

Malam tu semua keluarga aku kumpul, bincang pasal majlis kahwin aku. Abang–abang dan kakak–kakak aku semua macam bagi nasihat rumah tangga dekat aku,

sebelum mendirikan masjid ni semua, since aku anak bongsu dalam keluarga, aku dengar jelah semua nasihat abang dan kakak aku.

Semua tengah meriah bagi tips itu ini, nasihat dekat aku semua. Tengah duk berbincang, aku dapat call dari no yang aku tak kenal.

Tapi aku tak hairan sangat, mungkin customer nak order baju aku fikir camtu. Lepas aku angkat call yang masuk tu, senyap.

Lepas tu aku panggil tak menyahut, aku pun letak je mungkin salah no. Kali kedua no yang sama call lagi, kali ni ada suara lelaki yang menyahut.

Dia tanya aku ni Hafiz ke? Lepas tu aku jawab ye, lepas tu dia tanya boleh tak nak jumpa aku.

Aku tanya dia siapa, dia cakap nak tempah baju. Aku jawab selalunya aku tak jumpa dengan customer kalau nak order,

just bagi details melalui wassap pun boleh aku cakap, sebab aku pun sibuk nak uruskan majlis kahwin tak lama lagi, jadi tak sempat nak jumpa.

Tapi dia seakan memujuk aku untuk berjumpa juga, sebab katanya banyak helai baju yang ingin dia tempah dan dia ade design dia sendiri.

Aku jawab kalau camtu nanti aku minta tolong business partner aku yang pergi jumpa dia, takpun takyah jumpa pun takpe aku cakap, berapa helai nak tempah baju takde masalah, design pun boleh email je.

Tapi dia cakap dia tak nak jumpa partner aku, dia nak jumpa aku je. Aku cakap sama je mana-mana pun,

business partner aku pun boleh je pergi sebab dia pun tahu selok belok nak order baju, lepas tu tiba–tiba dia cakap aku nak cakap pasal tunang kau.

Aku tersent4k bila dia sebut nak cakap pasal tunang aku. Nak cakap apa? Aku pun cakap tadi nak order baju, ni nak cakap pasal tunang aku pulak, aku tak kenal dia pun.

Dia cakap, “aku kenal kau, aku just nak cakap tunang kau dah rosak banyak kali dengan aku.”

Aku dengan tiba-tiba sergah dia dalam phone call tu, aku cakap, “kau tak kenal aku, kau tak kenal tunang aku, jadi baik kau jangan buat fitnah sebelum aku report polis.”

Dia cepat–cepat bagitahu aku nama penuh tunang aku, lagi lah aku cuak, macam mana dia tahu nama penuh tunang aku, melainkan dia dah kenal dengan tunang aku.

Lepas tu dia bagitahu kalau kau tak caya nanti aku wassap gambar. Aku terus letak phone macam tu je. Kemudian aku m4tikan phone aku waktu tu. Fikiran tengah berserabut giIa waktu tu.

Yelah kau tiba-tiba dapat call dari orang yang kau tak kenal, lepas tu siap bagitahu nama penuh tunang kau, cakap tunang kau dah rosak semua dan nak tunjuk bukti semua.

Aku ambil kunci kereta, dan aku keluar rumah malam tu, mak aku sempat pesan nak keluar pergi mana malam malam dah ni, orang d4rah manis ni tak elok keluar malam.

Aku cakap nak lepak dengan kawan jap waktu tu dah pukuI 10.30 malam.

Mak aku macam pelik aku jarang keluar lepak dengan kawan lewat–lewat macam tu.

Aku tak tahu nak pergi mana, dalam hati aku kuat mengatakan tu hanya fitnah. Aku kenal tunang aku. Aku pergi lepak sorang–sorang dekat McD.

Sampai je situ, aku on kan phone aku balik, ade wassap dari tunang aku, tanya aku dekat mana, sebab mak aku bagitahu dia aku keluar tak balik-balik lagi, call tak masuk semua.

Aku bluetick je, then masuk wassap dari no yang aku tak kenal.

Budak jantan tadi wassap image dekat aku, banyak keping. Tapi aku tak download waktu tu, sebab aku tak bersedia nak tengok image ape yang dia hantar dekat aku, tapi hati aku tetap nak tahu.

Aku kuatkan hati jantan aku ni dengan download semua gambar.

Ya Tuhan.. r3muk hati aku waktu tu, rupanya dia hantar gambar tunang aku dengan dia yang tengah ambil gambar sekali dekat mana tah,

tapi tangan dia merangkul kemas pinggang tunang aku seakan berpeIukan, gambar tunang aku yang free hair, gambar tunang aku yang selfie dengan hanya pakai singIet.

Aku sendiri tak pernah pun tengok tunang aku dalam keadaan demikian, patah hati aku waktu tu, aku tak baIas, dalam kepala aku cuba untuk tenang dan fikir positif,

waktu tu aku cuba fikir ni orang yang sengaja nak rosakkan hubungan aku dengan tunang aku, aku fikir tu mungkin gambar edit je tu. tapi hati aku kuat mengatakan tu tunang aku.

Llepastu jantan tu wassap aku lagi, dia cakap dia tahu semua t4hi lalat tunang aku dekat mana, tanda lahir tunang aku dekat mana dan semua benda sensitif pasal tunang aku dia bagitahu.

Aku tak tahu pun semua tu, aku tak tahu t4hi lalat dan tanda lahir tunang aku dekat mana, aku tak tahu tahu rambut tunang aku paras mana, semua aku tak tahu.

Menangis aku waktu tu jugak, aku cuba tahan tapi air mata jantan aku keluar jugak. Malam tu aku balik rumah pukuI 3 pagi.

MembebeI mak aku, katanya dah nak kahwin tak boleh dah lepak sampai lewat pagi dengan kawan.

3 hari aku tak layan tunang aku, aku cakap aku sibuk dengan printing baju, tak sempat nak layan.

Rasa nak t4mpar pun ada, kalau duduk depan aku rasanya, mau dah kena t4mpar. Seminggu lepas tu, aku call jantan tu aku cakap aku nk jumpa.

Aku nak kepastian, nak tanya betul–betul. Then aku jumpa, jantan tu cerita satu–satu dekat aku, sebelum aku kenal tunang aku, tunang aku dah ade bf.

Dorang dah terIanjur banyak kali, dah buat macam–macam, lepastu dia tunjuk conversation lama dia dengan tunang aku, semua conversation perbualan yang tak senonoh.

Aku rasa nak je aku tumbvk muka jantan tu, tapi sebab aku duk tempat awam, aku tahan je. Aku tanya jantan tu satu je, ape tujuan kau bagitahu aku semua ni?

Dia cakap, “sebab aku tak nak kau jadi dayus la giIa, pompuan tu dah rosak, aku yang rasa dia dulu!”

Aku balik macam tu je, tiap hari aku menangis, sebak sayu semua ade. Majlis kahwin tinggal 2 minggu je lagi, ape patut aku buat.

Aku tak bagitahu sesiapa, aku tak tanya tunang aku hal ni, aku diam je. Waktu tu aku dekatkan diri dengan Tuhan aku buat istikharah tiap malam, aku buat solat hajat, aku mohon betul–betul dengan Tuhan.

Aku fikir nak je aku putvskan pertunangan dan batalkan majlis kahwin, tapi aku fikir tu must4hil nak memaIukan keluarga sendiri,

lagipun mak aku ade lemah jantung dan bakal mak mertua aku pun tak sihat ade d4rah tinggi, aku takut dorang terk3jut kalau dorang tahu hal ni.

Tapi aku tak kuat, lemah weh tak tahu nak buat ape. Aku sendiri tak pernah sentuh tunang aku, even tangan pun tak sentuh, aku sayang tunang aku betul2, aku merungut kenapa mesti aku yang dapat ujian macam ni.

Aku fikir kalau aku kahwin nanti macam mana dengan keturunan aku, dayuskah aku, semua keliru aku tak tahu nak pilih yang mana.

Aku tak dpt pape petunjuk dari istikharah. Sampailah aku dengar khutbah jumaat dekat masjid rumah aku, tajuk khutbah jumaat hari tu peluang kedua.

Dalam khutbah tu cakap, semua orang berhak untuk diberi peluang kedua, tak kisah jahat atau baik. Malah orang tu patut diberi peluang kalau dia ingin betul-betul berubah.

Kita ni siapa nak menghukvm orang, seeloknya buka lah hati untuk memberi peluang kedua, insyaAllah Tuhan permudahkan urusan.

Terngiang–ngiang dalam kepala aku khutbah jumaat hari tu, majlis tinggal seminggu saja lagi dan aku tak dapat apa-apa tunjuk.

Aku buat keputvsan nk jumpa tunang aku, haritu aku jumpa dia dengan bawak hadiah. Aku hadiahkan dia sepasang stokin dengan sepasang handsock.

Dia agak terk3jut dengan hadiah yang aku kasi. Dia tanya kenapa? Aku cakap pakailah stokin tu, tutup kaki, handsock tu pakai la walaupun pakai baju lengan panjang, tapi tetap nampak lengan tu.

Tunang aku agak keberatan nak terima ape aku cakap, dan teragak–agak untuk pakai stokin.

Aku cakap nanti aku beli lagi yang lawa–lawa, baru sedap nak pakai. Aku cakap pakailah slow–slow baru laki tak usha, jagalah aur4t betul–betul, slow–slow takpe aku cakap.

Kemudian boleh pulak dia cakap cemburu ke? Aku panas hati, tapi aku diamkan je.

Rasa nak je naik tangan, tapi sebab perempuan aku tahan je, aku cakap dalam hati bukan aku cemburu, sebab aku tak nak lelaki lain tengok aur4t kau dah.

Aku kumpul kekuatan nak berterus terang. aku tunjuk gambar dia dan budak jantan tu yang sedang bergambar sambil berpeIukan.

Aku tanya ni apa? Terbeliak tunang aku waktu tu, terus dia tanya aku dari mana dapat gambar tu dan tiba–tiba je dia menangis teresak–esak.

Aku tanya kenapa nak nangis, benda dah pun jadi, kenapa tak terus terang je? Kenapa tak cakap yang dah ade bf sebelum ni.

Semua aku tanya sebab dah hampir sebulan aku pend4m sorang–sorang, sampai tumpah jugak air mata jantan aku ni depan tunang aku, dia bagitahu tu cerita lama,

dia dah tak contact dengan budak laki tu, budak tu just nak duit dan badan dia je waktu bercinta.

Tunang aku tanya aku, status kita macam mana, perasaan aku semua adekah aku akan batalkan majlis?

Aku cakap kita teruskan jelah, majlis tak sampai berapa hari dah lagi. Tentang perasaan tu tipu lah kalau aku tak s4kit hati.

Dah berkec5i hati aku sebenarnya, aku jaga tunang aku leklok, tapi alih–alih ade orang dah sentuh tunang aku sebelum aku sentuh dia,

aku fikir maru4h family, fikir mak aku yang s4kit jantung, a2b tunang aku dan semua lah aku fikir.

Tunang aku izinkan aku untuk batalkan majlis, dia malu dengan aku sebab dia dah rosak, aku jawab aku anggap ni ujian Tuhan dekat aku,

mungkin ade kebaikan yang aku dapat nanti, aku pun tak tahu. Ujian untuk aku bimbing isteri aku nanti.

Aku cakap walaupun dah jadi macam ni, sayang aku tu masih ade. Masih kuat. Jadi hargailah. Aku cuma minta satu je dengan tunang aku, tutup aur4t dengan sempurna.

Sebab tu aku hadiahkan stokin dengan handsock. Bukan aku suruh pakai tudung labuh dan purdah segala, hanya tutup mana yang basic.

InsyaAllah aku redha dengan ujian ni. Pernah jugak aku cuba untuk bagitahu mak ayah dia tentang hal ni, tapi tu a1b tunang aku.

Pernah aku nak batalkan majlis dan tinggalkan tunang aku, tapi aku p4ksa diri aku ingat balik semua kebaikan yang pernah dia buat dekat aku dulu.

Dulu dekat Universiti, dia pernah bayarkan yuran aku separuh, pernah dia support duit makan aku bila aku takde duit, Dialah tempat aku jatuh bangun struggIe dekat U selama 4 tahun,

hal duit tu tak payah cakap banyak sangat dia tolong aku, aku budak mustang, ade kalanya dia beli keperluan sukan untuk aku, bukan aku minta tapi dia yang kasi semua ni.

Jadi aku tak boleh lupa kebaikan yang pernah dia buat walaupun satu kesalahan besar dia buat tak cukup nak tampung kebaikan dia selama ni, tapi aku ingat.

Aku tak tinggalkan tunang aku bukan sebab kebaikan yang dia buat, tapi sebab kasih sayang aku yang betul–betul ikhlas dengan tunang aku.

Dan aku patut bagi dia peluang kedua untuk berubah. InsyaAllah aku akan redha. Doakan aku guys. Terima kasih – Hafiz